SERUAN SOLAT HAJAT

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera.

Bersempena dengan minggu peperiksaan akhir semester musim bunga 2021 yang akan bermula mulai minggu ini bagi kebanyakkan universiti di Republik Korea, pihak PPMK ingin menyeru semua ahli PPMK beragama Islam untuk bersama-sama mendirikan solat hajat bagi memohon kemudahan dalam menjawab peperiksaan.

Melihat akan keadaan COVID-19 yang masih belum reda, para pelajar dinasihatkan untuk melaksanakan solat hajat secara bersendirian atau berjemaah dengan bilangan maksimum 4 orang kerana tahap penjarakkan sosial di Republik Korea yang masih di tahap 2.

Marilah kita bersama-sama berdoa dan bertawakal dalam kesibukkan diri bagi melakukan persediaan untuk menghadapi peperiksaan agar segala usaha menuntut ilmu sepanjang satu semester ini diberkati Allah s.w.t. amin.

Allahu yuftah alaina, moga pelajar-pelajar mendapat keputusan yang cemerlang.

مَنْ تَوَضَّأَ فَأَسْبَغَ الْوُضُوءَ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ يُتِمُّهُمَا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا سَأَلَ مُعَجِّلاً أَوْ مُؤَخِّراً

“Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.” (HR. Ahmad)