TALK TO US PPMK

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-64 kali ini, kita mengingati hasil perjuangan dan jasa tokoh-tokoh yang telah bertarung nyawa memperjuangkan kemerdekaan negara. Sebagai generasi peneraju globalisasi, kita haruslah menghargai dan rasa beruntung kerana kita masih dapat merasai nikmat kemerdekaan yang telah dikecapi sehingga ke hari ini.

Saksikan siaran langsung forum Talk To Us PPMK kali ini yang bertemakan Hari Kemerdekaan dan disertai panel jemputan yang akan membuka minda anda. Berikut adalah maklumat lebih lanjut:
Tajuk: "Merdeka 64: Belia Tonggak Negara"
Tarikh: 4 September 2021 (Sabtu)
Masa: 3pm-4pm

Panel:
1) Mohammad Amin Bin Mohd Sharudin (Batch 18)
2) Muhammad Husaini Bin Mat Ridzuan (Batch 20)

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung ini dan berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan meninggalkan komen di ruangan chat semasa sesi forum berlangsung.

Jumpa anda di sana!