WISDOM WEDNESDAY : KINI KEMBALI !

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wisdom Wednesday merupakan siri yang tidak asing lagi oleh ahli PPMK dimana siri ini menyajikan input yang menarik bertujuan menambah pengetahuan berkaitan hal kebajikan, sukan dan juga kebudayaan. Sukacita kami memaklumkan bahawa siri ini akan kembali segera di platform media sosial rasmi PPMK yang akan bermula pada hari Rabu minggu hadapan.
Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas, pada sesi kali ini kami juga membawakan tambahan kepada siri ini dengan kerjasama dari Biro Perumahan dan Penempatan. Dengan adanya penambahan ini pastinya akan membawa warna baharu pada siri Wisdom Wednesday kali ini.
Sama-sama kita nantikan kandungan Wisdom Wednesday yang baharu yang pastinya tampil dengan visual dan topik yang menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *