SCAM

Scam ataupun jenayah penipuan dalam komunikasi sudah wujud sekian lamanya dan bukanlah perkara yang asing lagi dalam masyarakat kita. Namun begitu, sejak kebelakangan ini, isu penipuan di atas talian semakin menjadi-jadi di kalangan pelajar kita di Korea Selatan.

Scammer akan menyamar sebagai pegawai yang mempunyai autoriti dan akan menimbulkan rasa was-was, panik dan tekanan terhadap mangsa untuk membela diri atau mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Antara faktor pelajar kita mudah tertipu adalah dengan kewibawaan dan kesahihan yang ditunjukkan oleh penipu yang mana membuatkan mangsa bertindak tanpa fikir dahulu, pemerasan, tekanan, kelalaian, kenaifan dan paksaan.

Oleh yang demikian, pelajar hendaklah sentiasa berwaspada terhadap setiap panggilan yang diterima. Jangan panik dan mudah memberikan info peribadi kepada orang lain. Semoga kita semua dilindungi daripada menjadi mangsa jenayah penipuan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *