PROGRAM AGIHAN MAKANAN 2021

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Pihak PERWAKILAN dan Kedutaan Besar Malaysia di Republik Korea dengan kerjasama pihak PPMK akan mengadakan Program Agihan Makanan bagi tahun 2021. Tujuan program ini adalah untuk memberi sumbangan iftar kepada semua ahli PPMK.
Tarikh dan ketetapan program adalah seperti berikut:

- Tarikh: 1 Mei 2021(Sabtu)
- Tempat: Lokaliti universiti

Maklumat lanjut berkenaan program akan diberikan melalui wakil universiti masing-masing. Semoga sumbangan yang diberikan mampu memudahkan para pelajar dalam urusan belajar dan beribadah sepanjang bulan Ramadhan ini dan sedikit sebanyak memberikan suasana iftar seperti di tanah air.