Pendaftaran Program Autumn Hiking 2021

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Pada tahun ini, pihak PPMK 2020/2021 akan mengadakan sebuah program mendaki bukit Achasan, Inwangsan dan Gwanaksan yang dinamakan sebagai Autumn Hiking 2021.

Program ini akan dijalankan pada 30 dan 31 Oktober 2021. Jadi, para peserta dapat menikmati pemandangan musim luruh di Republik Korea sambil dapat berekreasi bersama kawan-kawan. Sarapan dan makanan tengah hari akan disediakan

Atas faktor pandemik, cara pelaksanaan program adalah berbeza daripada tahun lepas. Butir penerangan dan borang pendaftaran atas talian telah pun disertakan dalam emel kepada anda semua. Untuk makluman, tarikh pendaftaran akan ditutup pada 10 September 2021 tepat 11.59 malam.

Jumpa anda di sana!