Pencarian Fasilitator PRM INTEC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga PPMK!

Di saat jiwa raga ahli-ahli PPMK gusar dengan peperiksaan akhir semester ini, PPMK kembali untuk menceriakan hati anda semua dengan menjemput anda yang berkelapangan untuk turut hadir dalam program PRM 2019 sebagai fasilitator yang akan diadakan pada:

Tarikh : 6 Januari 2019 (Ahad)
Masa : 9.00 am – 12.15 pm
Tempat : Dewan 3S, Kolej Cemara, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor

Program Ramah Mesra ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada junior-junior yang sedang membuat persediaan di INTEC Education College untuk melanjutkan pelajaran ke Korea Selatan pada tahun hadapan. Berkonsepkan perkongsian pengalaman daripada pelajar senior, program ini pasti dapat merapatkan hubungan di antara pelajar.

Anda hanya perlu daftar pada pautan di bawah
https://goo.gl/forms/UeVoKvu54bZH1Pkv2

Masa pendaftaran adalah dari hari Isnin, 10 Disember 2018 (10.00 AM) sehingga hari Isnin, 17 Disember 2018 (11.59 PM)

Mari sertai kami dalam Program Ramah Mesra 2019 kali ini!
Jumpa anda di sana!