IFTAR PERDANA 2021

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Sedar ataupun tidak, kita akan bertemu dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan. Ramadan pada tahun 2021(1442H) akan bermula sesudah masuknya waktu Maghrib 12hb April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H.

Justeru itu, pihak PPMK akan mengadakan program Iftar Ramadan 2021 secara atas talian dengan kolaborasi bersama persatuan GMIK, IMAN Korea dan ISMA Korea.

Program ini bertujuan untuk memberi penghayatan mengenai bulan Ramadan dan mewujudkan suasana ihya Ramadan dalam kalangan pelajar Malaysia di Korea.

Program ini merupakan inisiatif yang diambil bagi menggantikan program Iftar Perdana yang dianjurkan seperti tahun-tahun sebelum ini. Program ini akan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi ZOOM berikutan keadaan COVID-19 yang menghalang pertemuan melebihi 5 orang.
Pelajar boleh mendaftar untuk menyertai program ini melalui pautan Google Form di bawah sehingga 15hb April 2021, Khamis. Tiada had penyertaan untuk program ini.

https://forms.gle/MdnC7ukYNszzzzoR8

Ayuh sertai program ini dan bersama-sama memeriahkan suasana Ramadan di Korea ini. Jumpa anda di sana.