WISDOM WEDNESDAY: PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU DI BULAN RAMADAN

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah kita telah seminggu berada di dalam bulan Ramadan. Bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa kerana dipenuhi dengan mukjizat dan peristiwa penting yang belaku di dalam sirah dan sejarah Islam.

1. Bulan Ramadan disinonimkan dengan bulan turunnya Al-Quran, yang disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 185 :
"Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekali manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah"
2. Berlakunya Perang Badar, perang pertama yang terjadi dalam Islam
3. Pembukaan Kota Mekah, yang berlaku setelah Perjanjian Hudaibiyyah dikhianati
4. Berlakunya Perang Tabuk
5. Pemergian beberapa orang insan yang begitu istimewa buat Nabi Muhammad SAW, iaitu isteri Baginda, Khadijah binti Khuwailid dan bapa saudara, Abu Thalib dan juga sahabat baginda, Saidina Ali RA.
6. Pemergian Ummul Mu’minin Saidatina Aisyah RA
7. Malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu malam Lailatul Qadr

Moga peristiwa yang berlaku mampu diteladani dan memberi ibrah serta pengajaran buat semua muslimin dan muslimat untuk menambahkan keimanan dan memberi kekuatan untuk menempuhi bulan Ramadan.