WIWISDOM WEDNESDAY : PROSEDUR KELUAR MASUK NEGARA MALAYSIA DAN REPUBLIK KOREA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berkuat kuasa mulai 1 Mei 2021, beberapa perubahan berkenaan prosedur bagi warganegara Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia dari Republik Korea telah dilakukan. Antara perubahan yang berlaku adalah:

1. Pelajar tidak perlu memohon notis perjalanan(travel notice) daripada Kedutaan Malaysia.
2. Pelajar tajaan JPA adalah dikehendaki mengisi Borang Kebenaran ke Luar Negara dan Borang Aku Janji.

Bagi sesi Wisdom Wednesday kali ini, pihak PPMK telah menyenarai ringkas prosedur bagi pelajar yang akan pulang ke Malaysia dan akan kembali ke Republik Korea sebagai langkah persediaan. Pelajar juga boleh melayari laman web Kedutaan Besar Malaysia di Republik Korea bagi mendapatkan info terkini atau memuat turun Prosedur Pulang Ke Malaysia yang boleh didapati pada laman web PPMK.