WISDOM WEDNESDAY : SUKAN OLIMPIK ISTIMEWA DUNIA

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Pada edisi Wisdom Wednesday kali ini, kami ingin berkongsi mengenai Sukan Olimpik Istimewa Dunia, sejarah dan acara yang dipertandingkan.

Sukan Olimpik Istimewa 2019 merupakan temasya pelbagai sukan antarabangsa untuk atlet yang kurang upaya intelektual. Matlamatnya adalah untuk mempamerkan kemahiran dan pencapaian orang kurang upaya intelektual di peringkat global dan menyebarkan mesej bahawa orang kurang upaya juga boleh berjaya jika diberi peluang pada platform yang betul.

Sukan Olimpik Musim Panas Istimewa Antarabangsa yang pertama diadakan di Chicago, Illinois, AS, pada tahun 1968, manakala Sukan Olimpik Musim Sejuk Istimewa Antarabangsa yang pertama diadakan pada bulan Februari 1977 di Steamboat Springs, Colorado, Amerika Syarikat. Pada tahun 1991, nama tersebut secara rasmi diubah daripada Sukan Olimpik Istimewa Antarabangsa Musim Panas / Musim Sejuk ke Sukan Olimpik Istimewa Dunia Musim Panas / Musim Sejuk Dunia.

Pada tahun ini, Sukan Olimpik Istimewa Dunia akan diadakan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dari 14 hingga 21 Mac 2019 dan mempertandingkan 24 jenis sukan. Terdapat sukan bergelanggang seperti tenis, bola tampar, bocce, perlumbaan seperti berbasikal, berkayak, pertandingan yang dinilai seperti ekuestrian, judo dan sukan lain seperti boling, bola sepak, golf dan banyak lagi.

Negara kita, Malaysia ialah salah satu negara yang bakal mengambil bahagian iaitu dalam acara sukan ini iaitu aquatik, olahraga, bocce, boling, bola sepak, ekuestrian dan golf. Marilah kita sama-sama menyokong semangat juang mereka!

---------------------------------------------

Jika anda ingin berkongsi pendapat atau cadangan, boleh hubungi kami menerusi :
Emel PPMK : myppmk@gmail.com

Atau lawati laman sesawang kami di :
http://ppmkonline.com/contact/

- - -

Assalamualaikum and greetings everyone.

In this edition, we would like to share about Special Olympics World Games and information about its history and the games that are held.

The 2019 Special Olympics World Games is an international multi-sport event for athletes with intellectual disabilities. The main purpose of this event is to showcase the skills and accomplishments of people with intellectual disabilities on a global stage and spreading messages that people with intellectual disabilities can succeed if given chances through proper platform.

The first International Special Olympics Summer Games were held in Chicago, Illinois, US, in 1968, while the first International Special Olympics Winter Games were held in February 1977 in Steamboat Springs, Colorado, US. In 1991, the name was officially changed from International Special Olympics Summer/Winter Games to Special Olympics World Summer/Winter Games.

For this year it will be held in Abu Dhabi, United Arab Emirates from March 14–21, 2019 and 24 sports will be featured. There will be court sports such as tennis, volleyball, bocce, races such as cycling, kayaking, judged competitions such as equestrian, judo and other sports such as bowling, football, golf and many more.

Our country, Malaysia is one of the participating nation in this games which are aquatics, bocce, bowling, football, equestrian and golf. Let us support them!
---------------------------------------------

If you wish to share any useful tips or suggestions, feel free to contact us through
PPMK Email : myppmk@gmail.com

or visit our website :
http://ppmkonline.com/contact/