WISDOM WEDNESDAY : ISRAK MIKRAJ

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 kenabian baginda, merupakan mukjizat terbesar Rasulullah SAW selepas Al-Quran dan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam. Israk ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin manakala Mikraj merupakan perjalanan baginda dari Masjidil Aqsa menuju ke Sidratul Muntaha (langit ketujuh) dalam satu malam. Peristiwa ini menunjukkan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dan tidak ada apa-apa yang mustahil dengan izinNya.

Di sidratul muntaha, Rasulullah SAW menerima tuntutan solat 50 waktu dan akhirnya dikurangkan kepada 5 waktu solat, namun Allah SWT tetap memberi 50 ganjaran pahala. Peristiwa ini menunjukkan betapa pentingnya ibadah solat di sisi Allah SWT kerana Rasulullah SAW sendiri telah menerimanya secara langsung daripada Allah SWT di 'Sidratul Muntaha' dalam peristiwa ini. Perintah solat ini adalah berbeza dengan ibadah-ibadah yang lain yang diterima melalui wahyu dengan perantaraan Malaikat Jibril AS. Ini menunjukkan bahawa ibadah solat itu terlalu istimewa di sisi Allah SWT.

Justeru, kami dari pihak PPMK ingin menyeru kepada semua ahli PPMK yang beragama Islam untuk mengenang kembali peristiwa bersejarah ini untuk meningkatkan ketaatan dan keimanan kepada Allah SWT. Peliharalah solat sebaik mungkin kerana solat dapat mencegah diri dari kemungkaran dan sebagai bukti kehambaan kepadaNYA.

Menjelang 32 hari sebelum Ramadan ayuh kita bersama-sama bersiap sedia dan memperbanyakkan amalan sebagai persiapan memasuki bulan yang mulia!

-----------------------------------------------------

Jika anda ingin berkongsi pendapat atau cadangan, boleh hubungi kami menerusi :
Emel PPMK : myppmk@gmail.com

Atau lawati laman sesawang kami di :
http://ppmkonline.com/contact/

---

Assalamualaikum and greetings everyone,

The Israk and Mikraj events which took place on 27 Rejab 10th year of Prophethood, were the greatest miracles of Prophet Muhammad SAW after the Quran and one of the milestones in Islamic history. Israk was the journey of Prophet Muhammad from the Haram Mosque in Mecca to the Aqsa Mosque in Palestine while Mikraj was travelling from Aqsa Mosque to Sidratul Muntaha (seventh heaven) in one night. This event shows the greatness and power of Allah SWT and nothing is impossible with His permission.

In sidratul muntaha, Rasulullah SAW accepted the prayer of 50 times and eventually reduced to 5 times of prayer, but Allah SWT still gives 50 rewards. This event demonstrates the importance of prayer in the presence of Allah SWT because the Messenger of Allah himself has received it directly from Allah SWT in 'Sidratul Muntaha' through this event. This prayer order is different from other worships received through revelation by the Jibril AS. This shows that the prayer is too special to Allah SWT.

Therefore, we from PPMK want to call on all Muslim PPMK members to recall this historic event to increase obedience and faith in Allah SWT. Keep the prayer as best as possible because prayer can prevent itself from misbehaviour and as proof of slavery to Him.

By 32 days before Ramadan let us together prepare and multiply the practice in preparation for the glorious month!

---------------------------------------------

If you wish to share any useful tips or suggestions, feel free to contact us through
PPMK Email: myppmk@gmail.com

or visit our website :
http://ppmkonline.com/contact/