WISDOM WEDNESDAY: FAEDAH AKTIVITI BERENANG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada edisi Wisdom Wednesday kali ini, kami ingin berkongsi mengenai beberapa faedah yang anda dapat perolehi melalui aktiviti berenang.

Pertama sekali, aktiviti berenang dapat meningkatkan jisim tulang. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Jurnal Fisiologi Gunaan, tikus yang diuji melalui aktiviti berenang mengalami peningkatan jisim tulang yang paling tinggi. Seterusnya, aktiviti ini juga dapat membakar kalori berlebihan. Kajian mendapati berenang dapat membakar 150 kalori melebihi aktiviti berlari.

Selain itu, berenang dapat membantu mengurangkan asma yang disebabkan oleh senaman. Ia membantu untuk mengurangkan gejala asma dan memperbaiki keadaan keseluruhan paru-paru. Pada masa yang sama, tahap kecerdasan minda dapat ditingkatkan melalui aktiviti ini. Kajian yang dilakukan terhadap kanak-kanak di Australia mendapati bahawa kanak-kanak yang menyertai kelas berenang mempunyai tahap kecerdasan lebih tinggi.

Bermula 23 Jun sehingga 23 Ogos, kolam renang terbuka di Sungai Han akan dibuka untuk musim panas. Ia terletak di Ttukseom, Yeouido, Gwangnaru, Mangwon, Jamwon, Jamsil, Nanji, dan Yanghwa. Pusat Kolam Renang Olimpik juga merupakan salah satu kolam renang tertutup di Seoul.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyertai aktiviti ini untuk melahirkan generasi yang mengamalkan cara hidup sihat!

---

Assalamualaikum and greetings everyone.

In this edition, we would like to share about 4 benefits of swimming.

Firstly, swimming can build up bone mass. Based on the study conducted by the Journal of Applied Physiology, rats tested by swimming activities showed the most increase in bone mineral density (BMD). Swimming can also burn excessive calories. Studies showed that swimming can burn 150 more calories than running.

Besides, swimming can improve exercise-induced asthma. It helps to alleviate asthma symptoms and improve the overall condition of the lungs. At the same time, level of mind intelligence can be improved through this activity. Swimming makes you smarter. A study conducted on children in Australia found that children participating in swimming classes have higher levels of intelligence.

Starting June 23rd on through August 23rd the outdoor swimming pools in Han River will be open for the summer. The pools are located at Ttukseom, Yeouido, Gwangnaru, Mangwon, Jamwon, Jamsil, Nanji, and Yanghwa. Also, Olympic Park Swimming Center is one of the indoor swimming pools that you can find in Seoul.

Let's join this activity together to produce a generation that practices a healthy lifestyle!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *