WISDOM WEDNESDAY: BUDAYA KEDAI MAMAK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tajuk yang akan dikongsikan pada hari Rabu ini pastilah dapat menarik perhatian para pembaca, iaitu tajuk tentang budaya kedai Mamak di Malaysia.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, istilah “Mamak” sudah tidak asing lagi untuk didengari. Istilah Mamak ini merujuk kepada golongan India Muslim yang menetap di Malaysia. Golongan India Muslim tersebut berhijrah dari bahagian India Selatan ke Semananjung Malaysia dari seawal abad ke-9 lagi. Istilah “Mamak” dikatakan berasal daripada panggilan “Pak Cik” dalam Bahasa Tamil yang berbunyi “Maa-Ma”. Kanak-kanak yang mengunjungi kedai-kedai makan yang dimiliki oleh golongan India Muslim tersebut kebiasaannya memanggil penjaga kedainya dengan sebutan “Maa-Ma” sebagai tanda hormat semasa berinteraksi dengan mereka. Justeru muncullah istilah “Mamak” yang merujuk kepada golongan India Muslim yang mengusahakan kedai makan dan istilah “kedai Mamak” yang merujuk kepada kedai makan tersebut.

Kedai Mamak menjadi pilihan orang ramai kerana harganya yang murah dan kebanyakannya beroperasi setiap hari selama 24 jam. Terutamanya di bandar-bandar yang “hidup” waktu malam, kedai-kedai tersebut biasa dipenuhi pelanggan-pelanggan dari semua usia yang ingin “bersupper” mahupun bersembang dengan rakan-rakan. Kedai Mamak juga menjadi tempat berkumpul peminat-peminat bola sepak pada musim bola seperti musim Piala Dunia untuk menonton lawanan bola dan bersorak sama-sama.

Antara makanan dan minuman popular di kedai Mamak termasuklah Roti Canai, Teh Tarik, Naan dan Ayam Tandoori, Limau Ais, Roti Tisu, Rojak dan Mee Goreng Mamak. Selain harganya yang berpatutan, makanan-makanan tersebut juga dinikmati oleh semua rakyat Malaysia kerana pilihannya yang pelbagai dan ia dijamin halal. Walaupun kedai Mamak sering kali menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia, tetapi disebabkan oleh makanannya yang berkalori tinggi dan menggunakan banyak bahan perasa, makanan tersebut menjadi kurang berkhasiat kepada tubuh badan jika diambil secara berlebihan. Oleh itu, demi menjaga kesihatan tubuh badan, kita haruslah mengurangkan pengambilan makanan sebegini.

Sebagai konklusi, kedai Mamak telah menjadi budaya yang istimewa di Malaysia dan merupakan salah satu lambang perpaduan antara kaum di Malaysia kerana ia menjadi platform kepada semua kaum untuk bergaul antara satu sama lain. Diharapkan budaya yang unik ini terus hidup dalam kalangan rakyat Malaysia.

-----

Assalamualaikum and greetings.

The title that we will be sharing today will surely catch your attention! Yes, the title for this Wednesday is about the Mamak Culture!

As a Malaysian, the word “Mamak” is surely not strange to you. The word "Mamak" refers to the Indian Muslims society in Malaysia. They migrated from Southern India to the Peninsula of Malaysia from as early as the 9th century. It is believed that the word “Mamak” comes from the term “Maa-Ma” which means uncle in Tamil. The kids who went to the restaurants or food stalls owned by the Indian Muslims usually calls the owner “Maa-Ma” as a respectful address to the adults, hence forming the word “Mamak” and “Mamak stall” which bring the meaning of the Indian Muslims, and the restaurants they run respectively.

Mamak stall has became a popular choice for Malaysian because of its affordable price and operation hours which is usually 24/7 throughout the year. Especially in cities with lively night life, Mamak stall has become a place for people to have supper or to spend time with their friends at night. Mamak stall is also a good place for the football fans to watch football matches during football seasons such as the World Cup season and cheers together with others strangers there.

Popular food at the Mamak stalls includes Roti Canai, Teh Tarik, Naan and Ayam Tandoori, Limau Ais, Roti Tisu, Rojak and Mee Goreng Mamak. Other than its cheap prices, the food also attracts attention of many people because they are halal as the owners are usually Muslim. However, the food at Mamak stalls often contains high calories and MSG hence it is not encouraged to consume them in a big amount.

To sum up, the Mamak culture is a one and only culture in Malaysia which is also one of the representations of the unity of all the races in Malaysia as it serves as a platform for different races to communicate with each other. We hope that the Mamak Culture will keep going in the Malaysian society!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *