WISDOM WEDNESDAY : AMALAN TAHNIK

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada sesi Wisdom Wednesday minggu ini, kami akan memperkenalkan amalan Tahnik.

Amalan Tahnik atau “belah mulut” bermaksud membelah mulut bayi dengan buah tamar atau manisan yang dikunyah dan digosokkan ke lelangit bayi, dan sebahagiannya lagi masuk ke dalam perutnya.

Jumhur ulama’ bersepakat mengatakan bahawa amalan Tahnik adalah sunat. Dalam masyarakat Melayu, Tahnik biasanya dilakukan oleh orang yang alim. Sebagai contoh, imam masjid misalnya dijemput untuk melakukan upacara tersebut. Sedikit kurma atau manisan dibasahkan sehingga lembut lalu disapukan di bibir dan lelangit bayi dan kemudian diletakkan sedikit untuk ditelan oleh bayi itu. Semasa melakukan tahnik doa dibacakan untuk meminta keberkatan Allah ke atas bayi tersebut. Setelah selesai dibelah mulut bayi itu selawat dibacakan secara beramai-ramai.

Terdapat beberapa hikmah amalan Tahnik diamalkan. Selain bertujuan untuk mendapatkan keberkataan Allah, amalan Tahnik juga mempunyai beberapa kelebihan yang lain. Jika dilihat dari sudut saintifik, kekurangan kandungan gula atau glukosa di dalam badan bayi adalah amat berbahaya, maka upacara tahnik boleh membantu mengelakkan masalah ini. Selain itu, buah tamar atau kurma biasa digunakan dalam upacara Tahnik. Buah tersebut mempunyai banyak khasiat yang baik untuk bayi. Upacara tahnik juga bertujuan melatih bayi mengunyah dan menelan makanan.

---------------------------------------------

Jika anda ingin berkongsi pendapat atau cadangan, boleh hubungi kami menerusi :
Emel PPMK : myppmk@gmail.com
Atau lawati laman sesawang kami di :
http://ppmkonline.com/contact/

---------------------------
Assalamualaikum and greetings.

On today's Wisdom Wednesday, we are going to share to you about the Tahnik ceremony.

Tahnik is an Islamic ceremony or ritual that means to “split” the mouth of a newborn baby by rubbing the baby’s lips and palate with dates or something sweet and making the baby swallow a little bit of the food.

The Islamic scholars (Ulama) has agreed that Tahnik is sunnah. In the Malay society, Tahnik is performed by pious people. For example, the mosque’s imams are usually invited to perform Tahnik. Dates or sweet food are soaked until it is soft and are touched at the baby’s lips and palate, while bits of the food were left for the baby to swallow. While performing Tahnik, the Imam recites prayer so that the baby may receive blessings from Allah. Then, the people who attend the ceremony read the selawat for the baby.

There are a few benefits of performing Tahnik. Other than seeking blessings from Allah, it can also help to prevent the problem of deficiency of sugar or glucose in newborn babies. This is very important as it is scientifically proven that the deficiency of sugar or glucose in newborn babies is very dangerous. Besides, dates that are usually used in the ceremony contains a lot of nutrients and are good for the body. The Tahnik ceremony also serves as training for the babies to learn to chew and swallow.

---------------------------------------------
If you wish to share any useful tips or suggestions, feel free to contact us through
PPMK Email : myppmk@gmail.com
or visit our website :
http://ppmkonline.com/contact/