Maklumat Hospital

[INFO HOSPITAL]
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bagi kebanyakan pelajar yang berada di mana-mana tajaan, pelajar akan mempunyai lindungan insurans yang dibuat atas nasihat tajaan masing-masing dan polisi insurans kebanyakannya akan melindungi pelajar dalam bahagian kesihatan.
Untuk pelajar tajaan JPA, Soonchunhyang University Hospital merupakan hospital yang mempunyai lindungan insurans secara terus sebanyak 300,000 KRW jika anda mengambil rawatan di sana.
Bagi pelajar yang belum pernah ke hospital tersebut, anda dinasihatkan untuk melakukan pendaftaran seperti berikut:
  1. Mendaftar di International Department (tingkat 2 bangunan utama hospital),
  2. Nyatakan status anda sebagai pelajar tajaan JPA Malaysia.
Dokumen yang perlu dibawa ialah pasport dan Alien Registration Card, ARC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *