Cara Memperbaharui Alien Registration Card

PEMBAHARUAN ALIEN REGISTRATION CARD 

Pembaharuan Alien Registration Card untuk pelajar yang menuntut di Korea Selatan ini bertujuan untuk menukar status daripada D-4 kepada D-2. Pembaharuan ini dibuat adalah untuk memperbaharui kelayakan anda sebagai pelajar luar negara yang menuntut di Korea Selatan di samping melanjutkan tempoh keberadaan anda di sini.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Pasport
  2. Borang Permohonan
  3. 2 keping gambar terkini berukuran 35mmx50mm berlatar belakang putih tanpa bayang
  4. Surat Pengesahan Universiti
  5. Kontrak Tempat Tinggal
  6. Surat Pengesahan Tempat Tinggal ( Bagi Pelajar Yang Tinggal di Asrama)
  7. Transkrip Peperiksaan

Laman web HiKorea: www.hikorea.go.kr

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke booklet kebajikan PPMK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *