BORANG TUNTUTAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada ‘Wisdom Wednesday’ kali ini, kami ingin berkongsi mengenai borang tuntutan dan jenis tuntutan yang boleh dibuat oleh pelajar JPA kepada Pejabat Pendidikan dan Latihan (PPL) Seoul.

Antara jenis tuntutan termasuklah tuntutan perubatan, yuran pengajian, yuran peperiksaan seperti TOEIC atau TOPIK, pembaharuan visa atau ARC, penginapan dan yuran pendaftaran.

Untuk permohonan tuntutan yuran pengajian, pelajar perlu kemukakan ke Pejabat Pendidikan dan Latihan (PPL) Seoul selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh akhir pembayaran. Manakala permohonan tuntutan perubatan, perumahan, yuran dan lain-lain pula perlu dikemukakan pada bulan semasa. Misalnya permohonan tuntutan perubatan pada bulan Februari perlu dihantar pada bulan Februari juga.

Pelajar boleh memuat turun borang tuntutan yang terdapat di laman sesawang rasmi PPMK. Kemudian isikan borang tersebut dengan lengkap dan permohonan secara berkumpulan hendaklah melengkapkan Lampiran A sebagai dokumen tambahan. Pelajar juga diingatkan untuk membuat tandatangan asal dan tampalkan resit di kertas bersaiz A4 sebelum dihantar ke PPL Seoul.

Untuk maklumat lebih lanjut, pelajar boleh rujuk booklet kebajikan yang terdapat di laman sesawang rasmi PPMK.

---

Assalamualaikum and greetings everyone.

We would like to share about claim forms and certain claims that could be made by JPA students to Training and Education Office Seoul (PPL Seoul).

Claims that can be made by students include medical claims, school fees, exam fees such as TOEIC or TOPIK, visa or ARC renewal, accommodation and registration fees.

School fees need to be submitted to PPL Seoul 7 days before the payment due date. Whereas medical claims, housing and other fees need to be submitted within the month from the bill issue. For instance, medical claims in the month of February need to be submitted within February.

Students are required to download the claim forms from PPMK’s official website. Then, fill out the form. Claims need to be made by group has to fill out A attachment as extra document. Students are advised to use hand-written signature and paste the resit on A4 paper size before handing them in to PPL Seoul.

Please revise our welfare booklet available on PPMK’s official website for more information.