CERITA AKU : AMIR ASYARAF

Siapa sangka aku akan kahwini dia. Dia yang mencintai aku selama 5 tahun tanpa pengetahuan aku. Dia yang tidak pernah berbicara denganku selama tempoh itu. Sampai sekarang aku masih tidak memahami bagaimana seorang sanggup meyimpan perasaan begitu lama. Kalaulah aku di tempatnya, sudah tentu aku menjadi gila.
————————-
Aku memang pendiam. Jika sepatah ditanya, sepatah aku jawab. Aku memang bukan jenis orang yang suka berbicara apatah lagi bercerita. Mungkin kerana aku bersekolah di sekolah agama dan kami diajar untuk tidak berbicara perkara-perkara yang tidak penting. Aku memang kekok jika berurusan dengan mahluk bernama perempuan. Selalunya aku akan menggunakan orang perantaraan untuk menyampaikan sesuatu kepada mereka dan orang yang akan menjadi perantaraan antara kami ialah Naufal.
Naufal seorang yang mudah ramah dengan sesiapa sahaja. Aku bertemu dengannya sejak kami sama-sama berada dalam program persediaan untuk ke Jepun. Kebetulan pula kami tinggal serumah. Di mana ada aku , disitu ada Naufal. Kami memang sudah seperti adik beradik kembar.
Aku tahu ramai pelajar perempuan di dalam batch kami yang menyukai aku. Bukan aku perasan tetapi itu memang kenyataan. Naufal juga selalu memberitahu aku bahawa ramai pelajar perempuan didalam kelasnya yang selalu bertanyakan tentang aku. Reaksi aku? Aku tidak peduli semua itu. Aku ada kriteria perempuan yang aku cari. Nak cari isteri bukan senang oi. Sudah tentu aku inginkan seseorang yang beragama . Kalau cantik, itu dikira bonus.
—————————–
Sebulan kami berada di dalam program persediaan, datang pelajar pengambilan kedua. Semuanya perempuan. Salah satunya ialah perempuan yang free hair. Dia merupakan satu-satunya perempuan melayu yang free hair didalam batch kami. Aku memang tidak berminat dengan gadis free hair kerana aku dididik untuk mencari perempuan yang beragama.
Dia ditempatkan didalam kelas yang sama denganku. Keadaaan bertambah rumit apabila aku perlu berada satu kumpulan dengannya. Pada kali pertama perjumpaan kumpulan, dia orang pertama yang tiba di kafe dan aku orang kedua. Ahli kumpulan yang lain tiba 10 minit kemudian. 10 minit berada disitu bagaikan 10 jam. Dia tidak berbual. Hanya diam sahaja sambil melihat telefon bimbitnya. Aku juga tidak berminat untuk memulakan bicara.
—————————
Esok adalah hari penerbangan kami ke bumi Jepun. Aku dan keluargaku sudah menempah penginaan berdekatan dengan lapangan terbang. Aku tinggal di Johor Bahru dan perjalanan untuk ke KLIA mengambil masa lebih kurang 4 jam. Bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini, kami membuat keputusan untuk menginap sahaja di kawasan berdekatan dengan KLIA.
Semasa hari penerbangan kami, suasana sayu dapat dirasakan. Semua mata kelihatan merah dan bengkak termasuk pelajar lelaki. Mataku tertangkap wajah Karin. Ya. Nama budak perempuan itu Karin. Dia kelihatan tenang sahaja. Dia tidak menangis seperti yang lainnya.
Masuk sahaja didalam kapal terbang, aku terus mencari tempat dudukku. Sebelah aku masih kosong dan aku berharap agar pelajar lelaki yang akan memenuhi kedua-dua kerusi tersebut. Aku memasang earphone dan mengambil majalah di poket hadapan kerusi kapal terbang.
Sedang asyik mendengar lagu, aku terasa bahuku disentuh seseorang. Aku melihat Karin berada di hadapanku. Dia duduk betul-betul disebelahku. Tempat terakhir iaitu di tepi tingkap dipenuhi oleh seorang perempuan berbangsa Jepun. Aku kurang selesa dengan keadaan tersebut. Namun apakan daya, aku perlu akur dengan tempat duduk tersebut.
Keadaan sunyi sepi sehinggalah aku terdengar suara tangisankecil disisiku. Pada ketika itu, baru aku sedar, lagu yang aku pasang telah habis diputar. Aku tidak terus memandang ke arahnya kerana takut timbulnya kesalahfahaman. Aku meninjau keadaan melalui ekor mataku. Dia sedang melihat gambar keluarganya didalam telefon bimbit. Aku dapat rasakan bahawa walaupun dia kelihatan tenang semasa di KLIA tadi, sebenarnya dia hanya menahan tangisan dihadapan kedua orangtuanya.
————————–
Selepas habis tahun ketiga di university, aku menerima sepucuk surat. Aku boleh kategorikan surat itu sebagai surat cinta. Surat itu daripada Karin. Dia memberitahuku bahawa dia menyukaiku sejak pertama kali kami bertemu semasa dalam program bahasa lagi. Pada akhir suratnya berbunyi
‘Saya hanya ingin meluahkan apa yang telah tersimpan di dalam hati dan fikiran saya. Saya tidak memerlukan jawapan kerana sudah tentu jawapannya ‘tidak’. Ini adalah kali pertama dan terakhir saya melakukan perkara sebodoh ini. Saya harap awak dapat melupakannya. Sekian, terima kasih.’
Aku tergamam sebentar apabila membaca bait terakhirnya. Aku tahu ramai perempuan batch kami yang meminati aku tetapi ini kali pertama ada perempuan yang berani menunjukkan perasaannya kepada aku. Kebanyakannya lebih memilih untuk bersikap biasa denganku dan ada juga yang menggunakan media yang lain seperti whatsapp untuk memulakan perbualan denganku.
Aku amat menghargai keberaniannya. Tetapi sejujurnya aku sudah menyukai orang lain dan ah aku tidak pasti tentang hal itu. Mungking aku perlu melakukan istikharah dalam masalah ini.
———————–
Hari ini, aku akan menikahi seorang bernama Nur Karin binti Muhammad. Dia yang tidak pernah terlintas untuk aku jadikan isteri. Kami tidak pernah berkomunikasi sehinggalah aku mendapat surat daripadaanya. Mesej pertama yang aku karang kepadanya berbunyi
‘Saya telah menerima surat daripada awak. Jika itu yang awak harapkan daripada saya, Insya Allah, selepas kita gradute saya akan jadikan awak yang halal bagi saya.’
Dia hanya membalas
‘Baiklah. Saya tunggu.’
Aku meminta keluargaku untuk masuk meminang dan ia berlaku seminggu yang lalu. Aku meminta untuk mempercepatkannya kerana aku tidak mahu berada dalam hubungan yang haram. Hari ini merupakan hari bersejarah bagi aku dan dirinya. Aku berjanji akan menjadi yang terbaik untuknya dan berusaha semampu aku untuk menjadi yang terbaik untuknya.
————————-
Aku melihat kembali gambar pernikahan kami sambil menidurkan Adam disampingku. Kami dikurniakan seorang putera yang diberi nama Adam bin Amir Asyaraf. Air mataku jatuh dan perasaanku sebak. Aku cuba untuk menahan tangisanku kerana takut Adam terbangun daripada tidurnya.
Karin telahpun menghadap ilahi sebaik sahaja dia melahirkan Adam. Dia tidak pernah memberitahu sesiapapun tentang penyakit yang dihadapinya. Dia berusaha untuk membahagiakan aku sementara dirinya sendiri terseksa.
Ayat terakhirnya sebelum dia menutup mata
‘Saya gembira dapat bersama awak walaupun hanya sementara dan saya telah tunaikan hajat awak untuk memiliki seorang waris. Jagalah dia sebaik mungkin dan jadikanlah dia seperti awak yang selalu membimbing ke arah kebenaran.’
Aku harap aku dapat menunaikan hajat terakhirnya untuk menjaga Adam sebaik mungkin sepertimana dia menjaga makan pakaiku selama kami bersama. Aku tidak akan menghampakan permintaan terakhirnya itu.
Tenanglah engkau disana wahai bidadariku. Aku harap kau akan tunggu aku dipintu syurgaNya.

Posted in Writting Week.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *