7 DARIPADA 7

Aku bongsu.
Norma masyarakat yang aku membesar.
Logik mereka ‘ manja’
Tapi logik tak boleh pakai
Kau kena lalui
Hidup aku jauh
Jauh sekali dengan manja
2 bulan aku diasuh Nenek Gayah
6.30 pagi aku berpisah dengan Mak Abah.
7.00 petang bertemu kembali.
Malam – tidur
Dimana manja?
Tahun 1 hari pertama aku daftar sendirian
Bang chik tunjukkan kantin.
Dan aku terbiasa
Membesar tidak bersedih
Sentiasa mencuba memahami
Semuanya demi aku
Kami bukan hidup senang
Aku tak boleh dapat semua yang aku nak daripada orang lain
Aku kena usaha sendiri
“ Nak? Belajar rajin-rajin “ , abah
Itu yang aku dapat setiap kali aku menyatakan keinginan terhadap setiap benda
Menangis juga si kecil aku yang tidak dapat yang diingini
Tetapi Itu jugalah motivasi aku
Dan aku membesar dengan motivasi
Aku akan dapatkan segalanya dengan usaha aku sendiri
Usaha – belajar
Manja ? Jauhkan?
Hadiah hari jadi? Tidak pernah, hanya kek
Aku bersyukur.
Hadiah pencapaian UPSR PMR SPM ?
Jam jam jam
Aku bersyukur
Begini mak abah ajar aku asingkan apa yang penting dan tidak
13 tahun aku mula berjauhan daripada keluarga
5 tahun di bagan datoh
Tiada yang aneh
Aku membesar seorang
6 yang lain tiada dirumah disaat aku dirumah
Dan mereka di rumah saat aku berhijrah
Aku membesar sendiri
Aku redha
Saat remaja
Aku bergaul
Timbul persoalan
Kenapa keluarga aku tak macam orang lain
Sayang? Tak pernah dengar
Masa bersama? Raya mungkin
Aku sedih, rasa tak cukup bahagia
Aku tak disayangi
Aku 7 daripada 7
Mak Abah dah penat
Tiada perhatian, hidup aku tak menarik
Sedih
Sekali lagi aku membesar sendiri
Belajar menerima seadanya keluarga ini
Aku punya , bukan orang lain
Aku ada bahagian aku
Aku selesa membesar begini
Kalau aku curi hidup orang lain
Aku tak mampu hidup
Aku syukur ini hidup aku
Begitu aku terima
19 tahun
Semakin jauh aku berhijrah
Tapi kali ini berbeza
Sayang ? Tak dengar tapi jelas terasa
Perhatian? Semuanya kini kepadaku
Pengorbanan ? terlampau banyak
19 tahun
Manja ? Ya, sangat !
Jadi ini rasanya
Jadi ini caranya
Aturan hidupku
Begitu indah Allah atur
Aku syukur
Kerana aku terima hidup ini seadanya
Dan tidak mati kerana cuba curi hidup orang lain
Aku syukur aku terima keluarga ini seadanya
Kasih dalam tanpa ungkapan
Ini lebih sesuai denganku
Dan begini Allah atur untukku
Aku syukur.

Posted in Writting Week.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *