SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,

Sebulan menahan lapar dan dahaga,
Hari kemenangan kembali tiba,
Ibadah sebulan moga diterima,
Diharap amalan terus terlaksana.

Alhamdulillah summa alhamdulillah, kita telah berjaya mengharungi Ramadan dengan penuh kekuatan dan keimanan dan akhirnya dipertemukan dengan bulan kemenangan, bulan Syawal yang dinanti-nantikan walaupun terdapat cabaran yang melanda seperti wabak COVID-19 yang mengehadkan pelbagai aktiviti berjemaah dan serangan pihak zionis ke atas penduduk Palestin. Kemenangan yang kita raikan ini bukanlah kebebasan daripada menahan lapar dan dahaga semata, tetapi juga menyambut kemenangan daripada menahan hawa nafsu dan meraikan usaha memperbanyak ibadah di bulan Ramadan yang lalu.

Pihak PPMK sesi 2020/2021 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya dan memohon kemaafan sekiranya terdapat salah dan silap. Kami berharap seluruh ahli PPMK dapat menyambut dan meraikan hari yang bahagia ini dengan penuh kesyukuran dan keinsafan di samping mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
"Semoga tahun ini tiba dalam keadaan kamu baik-baik belaka. Semoga Allah SWT menerima amalan kami dan amalan kamu."