SELAMAT HARI MALAYSIA!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersempena tanggal 16 September, PPMK ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2019 kepada semua rakyat Malaysia tidak kira di mana jua anda berada.

Setiap tahun apabila menjelang sambutan Hari Malaysia, ia menyedarkan kita semula tentang pentingnya semangat patriotisme dan cinta kepada negara. Semangat cinta kepada negara ini merupakan satu daripada ciri-ciri penting dalam pembinaan sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya supaya kita semua dapat hidup secara rukun dan damai.

Walaupun Malaysia mempunyai berbilang kaum, agama dan budaya, perbezaan ini jugalah yang berjaya menyatu-padukan kita selama mana kita bergelar rakyat Malaysia. Walau di mana juga kita berada, kita pasti akan berasa gembira apabila dapat bertemu dan berkumpul sesama rakyat Malaysia. Selamat menyambut Hari Malaysia. Semoga harapan kita agar Malaysia terus maju, aman dan saksama akan kekal selamanya. Sayangilah Malaysiaku ini.

Selamat Hari Malaysia

---

HAPPY MALAYSIA DAY!

Assalamualaikum wbt and greetings.

In conjunction with September 16, PPMK would like to wish you all Happy Malaysia Day 2019.

Every year on the eve of Malaysia Day, it reminds us again of the importance of patriotism and love of the country. These spirits are an important feature of building a nation of many races, religions, and cultures so that we can all live in harmony and peace.

Although Malaysia is multiracial, religious and cultural, it is this difference that has unified us as long as we are Malaysians. No matter where we are, we will be very happy to meet and with fellow Malaysians. Happy Malaysia Day. May our hope for Malaysia continue to prosper, peace and equality will last forever.

Happy Malaysia Day!