1 RAMADAN 1440H

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Marhaban ya Ramadan! Alhamdulillah, bulan suci penuh keberkatan telah pun tiba dan marilah kita sama-sama bersyukur kerana telah diizinkan untuk berada dalam bulah penuh rahmat ini.

Ramadan merupakan bulan keberkatan dan mempunyai malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Lailatul Qadar.

Jadi sebagai umat Islam yang ingin mendapat keredhaan dan ganjaran yang besar daripada Allah SWT, kita hendaklah mengamalkan ibadah sunat yang telah diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Antara ibadah sunat yang kita dapat amalkan sepanjang bulan Ramadan adalah seperti berikut:

1. Melambatkan sahur
2. Mengawalkan berbuka
3. Solat terawih
4. Tadarus Quran
5. Bersedekah
6. Berzikir
7. Memberi makan kepada orang berpuasa
8. Bersedekah
9. Iktikaf (duduk di masjid dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT)
10. Bertaubat
11. Qiamullail (beribadah pada malam hari)

Marilah kita bersama-sama memperbanyakkan ibadah kita di samping memperbaiki diri untuk menjadi muslim yang lebih baik!

Dari Abu Hurairah ra. berkata:

Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Barangsiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ramadan Karim dan selamat menjalani ibadah puasa!

---

Assalamualaikum and greetings.

Marhaban ya Ramadan! Alhamdulillah, the blessed month of Ramadan has arrived and let us be grateful for having been permitted to be in this blessed month.

Ramadan is a blessed month and has a better night of a thousand months, it is called as Lailatul Qadar.

So as Muslims who want to receive great rewards from Allah SWT, we must practice the ibadah which has been practised by Prophet Muhammad SAW.

The ibadah we can practice throughout Ramadan is as follows:

1. Delay the sahur
2. Fasten the break of the fast
3. Solat Tarawih
4. Read the Quran
5. Give charity
6. Zikir
7. Feed the people who are fasting
8. Give charity
9. Iktikaf (sitting in the mosque with the intention of getting close to Allah SWT)
10. Repent
11. Qiamullail (worship at night)

Let us together increase our ibadah as well as improve ourselves to become a better Muslim!

From Abu Hurairah ra. said:

Rasulullah SAW once said,
"Whoever fasts Ramadan out of faith and hope for rewards from Allah, his previous sins will be forgiven"

(Al-Bukhari and Muslim)

Ramadhan Karim and happy fasting!