TALK TO US PPMK: ‘Education: Enhancing Malaysia’s Global Competence’

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Talk To Us PPMK kini kembali lagi!

Apakah pandangan anda terhadap sistem pendidikan di Malaysia? Sistem pendidikan di Malaysia disifatkan sebagai sistem yang mementingkan prestasi pelajar berdasarkan beberapa indikator utama demi memaksimumkan kecekapan, ketelusan dan kredibiliti pelajar dalam semua aspek. Namun begitu, apakah sifat-sifat ini terus kekal relevan dalam arus ekonomi yang kian membangun? Wajarkah sistem ini diteruskan tanpa perlu diubah? Ataupun perlu diberi wajah serta nafas baru agar selaras dengan kehendak global masa kini?

Sistem pendidikan di Malaysia memberi penekanan terhadap kemahiran berkomunikasi, kemahiran berasaskan pengetahuan dan fleksibiliti. Untuk menjayakan kesemua matlamat ini, semestinya Malaysia memerlukan sokongan dan semangat yang tidak berbelah bagi daripada golongan pendidik dan juga pelajar. Namun apakah langkah atau tindakan yang wajar kita corak selaku golongan yang bergelar mahasiswa? Justeru itu, kami PPMK berminat untuk membawa hal ini ke meja bulat untuk dibincangkan dengan lebih mendalam terutamanya tentang kebolehan pelajar mengaplikasi pembelajaran di dalam kelas dalam kehidupan
seharian secara terus.

Berikut merupakan butiran TTUs yang akan datang:

Tajuk: ‘Education: Enhancing Malaysia’s Global Competence’

Tarikh: 11 April 2019 (Khamis)

Waktu: 8.00 malam (KST)

Panel Jemputan :
1. Mohammad Luqman Nur Hakim Bin Md Zim (Masters, Seoul National University)
2. Anwar Bin Othman (Batch 15, Sungkyunkwan University)
3. Ravi Shanker A/L Sugamar (Batch 15, Sungkyunkwan University)

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, Talk To Us PPMK merupakan satu wadah yang membolehkan pelajar untuk berhubung secara terus dengan PPMK melalui perbincangan secara langsung mengenai pelbagai topik menarik, padat dan berkait rapat dengan isu semasa.

Jika terdapat sebarang pertanyaan sepanjang perbincangan tersebut, sila ajukan soalan tersebut di ruang komen.

Jangan lupa untuk sama-sama kita menjana pemikiran kritikal melalui TTUs kali ini melalui siaran secara langsung di laman Facebook dan Instagram PPMK pada 11 April nanti!


---

Assalamualaikum and Greetings everyone!

Talk To Us PPMK is back!

What are your views on Malaysia’s education? It has always been strongly characterized by placing an emphasis on key performance indicators and the push for greater efficiency, transparency and accountability. Within the backdrop of rapidly increasing global competitiveness, diversity and interconnectedness, there is a need for us to think of transformation strategies to reinvigorate Malaysian education system.

Highlighting interpersonal skills, knowledge‐acquiring skills and flexibility of students and teachers as being highly important in contributing toward success in performance, there will be so much to discuss about since these generic competencies are equally important for enabling Malaysian students to transfer learning from the classroom to the actual workplace for success in work performance.

Here are the details for the upcoming TTUs:

Topic: ‘Education: Enhancing Malaysia’s Global Competence’

Date: 11th April 2019 (Thursday)

Time: 8.00 PM (KST)

Guests:
1. Mohammad Luqman Nur Hakim Bin Md Zim (Masters, Seoul National University)
2. Anwar Bin Othman (Batch 15, Sungkyunkwan University)
3. Ravi Shanker A/L Sugamar (Batch 15, Sungkyunkwan University)

For those who are new, Talk To Us PPMK is a platform which allows PPMK and its members to connect through a live program, discussing about entertaining and insightful topics along with current-issues related topics as well.

If you have any questions during the live stream, feel free to leave your comment on the comment section! We would love to hear from you!

Save the date and don’t forget to tune in to PPMK’s Facebook and Instagram live on the 11th of April! See you there!