SEOUL FRIENDSHIP FAIR 2016 (Report)

Pada 7 dan 8 Mei 2016 yang lalu, pihak PPMK telah mengambil bahagian dalam acara tahunan pihak Seoul City Hall dan Korea Tourism Organization iaitu Seoul Friendship Fair dengan mengendalikan booth kebudayaan dalam acara “World Tourism Promotion Fair (Culture & Art)”. Seoul Friendship Fair merupakan satu festival yang melibatkan lebih daripada 60 buah negara untuk memperkenalkan dan mempromosikan keunikan budaya negara masing-masing kepada masyarakat luar terutamanya masyarakat Korea.

Kali ini, pihak PPMK telah melibatkan sebanyak 51 orang tenaga kerja yang terdiri daripada 21 orang AJK PPMK dan 30 orang sukarelawan ahli PPMK yang dibahagikan kepada shif pagi dan shif petang dalam memastikan kelancaran dan kejayaan festival kali ini. Menggunakan cadangan daripada PPMK sesi yang lalu, pihak PPMK telah mengadakan persembahan secara kecil-kecilan iaitu silat bagi menarik lagi ramai pengunjung ke booth kebudayaan Malaysia dan juga telah membuka penyertaan kepada pelajar yang ingin menjual kraftangan masing-masing yang bercirikan budaya Malaysia.

Festival telah dimulakan dengan persiapan booth seawal jam 9.00 pagi dan kemudiannya dibuka kepada pengunjung bermula pukul 11.00 pagi sehingga 6.00 petang.. Seperti sebelumnya, booth kebudayaan Malaysia menyediakan pakaian tradisional untuk dicuba oleh pengunjung. Pakaian-pakaian yang disediakan adalah hasil pinjaman daripada stor Tourism dan daripada pelajar sendiri.

Booth kebudayaan Malaysia telah mendapat sambutan yang hangat dengan cuaca yang baik di kedua-dua hari membolehkan ramai pengunjung datang dan mencuba pakaian serta bergambar dengan memakai pakaian tradisional Malaysia. Booth kebudayaan Malaysia juga turut menyediakan servis menangkap gambar menggunakan kamera Polaroid dengan mengenakan caj sebanayak 1000won bagi setiap keping gambar. Permainan tradisional seperti congkak dan sepak takraw turut diperkenalkan kepada pengunjung untuk mempromosikan lagi budaya dan seni Malaysia yang turut mendapat sambutan yang meriah dari semua golongan peringkat umur

Pihak PPMK ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua sukarelawan dan AJK PPMK yang terlibat kerana telah menjayakan festival Seoul Friendship Fair 2016 kali. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia yang telah memberi peluang untuk terlibat dalam festival kali ini di samping banyak membantu dalam penyediaan sebelum festival berlangsung.

Disediakan oleh,

MOHAMAD AIMAN BIN HASSAN

BIRO KEBUDAYAAN DAN KESENIAN 1

PPMK SESI 2015/2016

Galeri Seoul Friendship Fair 2016

Posted in report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *