Program Course and Career Talk (Laporan)

Pada 14 Mei 2017 yang lalu, bertempat di Dewan Utama Dongyang Mirae Universiti telah berlangsung Program Course and Career Talk . Program ini merupakan kesinambungan daripada program Mini Simposium namun telah diberi nafas baru dengan menggabungkannya bersama sesi perkongsian kerjaya. Bertemakan ‘Planning My Future’ program ini diharapkan dapat membantu pelajar Malaysia di Korea dalam menentukan arah dan fokus masa depan mereka. Tambahan pula, target utama program ini adalah kepada pelajar persediaan Bahasa, pelajar tahun akhir peringkat diploma dan juga pelajar tahun akhir peringkat ijazah.

Program bermula seawal jam 8.30 bagi sesi pembentangan dan pengenalan untuk setiap university dan kursus. Seramai 10 orang wakil universiti yang terlibat dalam memperkenalkan universiti masing-masing seperti Korea University, Yonsei University dan Seoul National University. Masa selingan antara sesi pengenalan universiti telah digunakan dengan menjemput Puan Noor Aida binti Misran , selaku PPL Seoul untuk memberikan taklimat Akademik.
Program berhenti rehat seketika pada untuk makan tengahari dan solat zuhur. Selepas itu, program diteruskan dengan pameran booth universiti. Manakala, pada masa yang sama, program diteruskan dengan sesi perkongsian kerjaya bersama Mohamad Hamzi bin Abdul Aziz dan Encik Adi bin Salleh yang berkongsi tentang beberapa perkara penting dalam penulisan resume menurut pandangan dan pengalaman mereka.

Kesimpulannya, Program Course and Career Talk ini berlansung dengan jayanya kerana adanya kerjasama dan komitmen daripada semua pihak yang terlibat. Justeru itu, pihak PPMK mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepada anda semua yang membantu dalam menjayakan program pada kali ini.

Disediakan oleh,
Siti Hajar binti Abd Latiff
Biro Akademik dan Kerjaya 2

Posted in report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *