Majlis Iftar & Takbir Raya 2017 (Laporan)

Pada 24 Jun 2017, Pihak PPMK sesi 2016/2017 seperti tahun-tahun yang sebelum ini telah menganjurkan program keagamaan untuk pelajar Islam sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal. Program ini merupakan kesinambungan program-program
PPMK pada sesi-sesi yang lepas. Penglibatan bagi program ini adalah terdiri daripada para pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Korea Selatan dan pegawai-pegawai yang bekerja di Kedutaan Besar Malaysia Korea Selatan serta rakyat Malaysia yang tinggal di Korea Selatan.

Pada keseluruhannya, program ini akan dijalankan secara bersepadu di mana terdapat pelbagai aktiviti yang yang telah disusun supaya sambutan lebih meriah dan bermakna. Satu jawatan kuasa pelaksana telah dirangka bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan program.

Sesetengah Ajk telah memulakan persiapan majlis dengan merebus and memotong bahan mentah pada pukul 9 pagi. Ajk yang lain telah sampai di Kedutaan Malaysia pada jam 12 tengah hari dan memulakan persiapan untuk memasak. Antara persiapan yang telah dibuat adalah goreng ayam, membuat kicap and kuah, menyediakan sup, membuat pembungkusan makanan, mengemas dewan dan
membersihkan tempat memasak. Semua Ajk telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan menyempurnakan tugas yang diberi pada masa yang ditetapkan.

Pada pukul 6 petang, wakil dari pihak AMIR KOREA iaitu saudara Anir Syahmi Bin Sharbirin, pelajar tahun ketiga dari Sungkyungkwan Universiti telah memberi tazkirah berkenaan bulanRamadhan. Dalam tazkirah tersebut, beliau jupa memberi tahu supaya kita perlu lebih banyak memberi daripada menerima, menziarahi rakan-rakan dan teruskan beramal walaupun bulan ramdhan telah berakhir.

Apabila azan Maghrib dilaungkan, tetamu berbuka puasa dengan kurma dan air mineral yang telah diedarkan semasa sesi tadarus. Limaminit selepas azan dilaungkan, solat Maghrib secara berjemaah telah dilakukan. Selepas tamat solat Maghrib, tetamu
dihidangkan dengan masakan nasi ayam yang telah siap dibungkus bersama dengan pencuci mulut yang dibeli. Majlis berjalan dengan lancar dimana pelajar bukan sahaja dapat berjumpa dengan kenalan baru, malah dapat merapatkan hubungan dengan pihak Kedutaan. Majlis diteruskan dengan takbir raya dan solat Isyak. Selepas tamat solat Isyak, pelajar-pelajar bersalam-salaman dan sesi bergambar dijalankan.

Secara keseluruhan, pihak PPMK merasakan segala objektif yang dirangka telah tercapai dan program berjalan dengan lancar. Majlis takbir raya yang dianjurkan julung kalinya telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan. Diharapkan program ini mampu diteruskan pada masa yang akan datang dengan mengambil kira komen dan cadangan yang dibangkitkan oleh para responden.

Disediakan oleh:
Ahmad Razin Bin Che Johari
Biro Agama dan Kebajikan 1
Persatuan Pelajar Malaysia Korea 2016/17

Posted in report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *