Majlis Iftar Perdana 2017 (Laporan)

Pada 3 Jun 2017, Pihak PPMK sesi 2016/2017 seperti tahun-tahun yang sebelum ini akan menganjurkan program keagamaan untuk pelajar Islam sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan dan Syawal. Tujuan program ini diadakan adalah untuk Mewujudkan suasana tarbawi di samping ingin mengingatkan ahli-ahli persatuan PPMK yang beragama Islam, bulan ramadhan bukan sekadar bulan yang berlapar dan dahaga tetapi bulan yang membentuk muslimin dan muslimat yang kuat. Ia bukan sahaja dari segi fizikal, malah yang lebih besar adalah untuk memupuk ketaqwaan kepada Allah SWT.

Penglibatan bagi program ini adalah terdiri daripada para pelajar yang sedang melanjutkan pengajian di Korea Selatan dan pegawai-pegawai yang bekerja di Kedutaan Besar Malaysia Korea Selatan serta rakyat Malaysia yang tinggal di Korea Selatan. Angaran pelajar dan pihak kedutaan yang hadir pada hari tersebut adalah seramai 150 orang.

Pada hari kejadian, AJK PPMK, pihak kedutaan dan sukarelawan dari Batch 17 bersama dengan telah memulakan persiapan untuk memasak. Wakil dari pihak ISMA KOREA iaitu saudara Fikri telah memberi tazkirah berkenaan bulan ramdhan. Dalam tazkirah beliau, beliau jupa memberi ‘tips’ bagaimana untuk menghadapi bulan puasa di Korea memandangkan waktu berpuasa di Korea adalah lebih lama berbanding dengan Malaysia.

Sejerus sahaja azan dilaungkan, tetamu dihidangkan dengan kurma dan air mineral yang telah diedarkan semasa sesi tadarus. Sepuluh minit selepas azan dilaungkan, solat maghrib secara berjemaah telah dilakukan. Selepas tamat solat maghrib, tetamu dihidangkan dengan kari ayam, sayur goreng dan makan yang telah dibawa oleh pihak kedutaan . Majlis berjalan dengan lancer dimana pelajar bukan sahaja dapat berjumpa dengan kenalan baru, malah dapat merapatkan diri mereka dengan pihak kedutaan. Majlis diteruskan dengan solat Isyak dan Solat Terawih. Selepas tamat Solat Terawih, pelajar bersalam-salaman dan sesi bergambar dijalankan.

Secara keseluruhan, pihak PPMK merasakan segala objektif yang dirangka telah tercapai dan program berjalan dengan lancar. Majlis iftar yang dianjurkan julung kalinya telah mendapatkan sambutan yang menggalakan. Diharapkan program ini mampu diteruskan di masa yang akan datang dengan mengambil kira komen dan cadangan yang dibangkitkan oleh para responden.

Disediakan oleh:
Ahmad Razin Bin Che Johari
Biro Agama dan Kebajikan 1
Persatuan Pelajar Malaysia Korea 2016/17

Posted in report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *