Futsal & Frisbee Festival 2017 (Laporan)

Pada tanggal 26 Mac 2017, PPMK dengan kolaborasi dan kerjasama Kelab Umno Korea(KUK), ISMA Korea dan AMIR Korea telah berjaya menganjurkan kejohanan futsal dan frisbee yang terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan. Kejohanan yang berlangsung di Dongyang Mirae Universiti ini mendapat sambutan hangat dengan penyertaan sebanyak 12 pasukan futsal dan 7 pasukan frisbee.

 

Bagi acara futsal, 12 buah pasukan dibahagikan ke dalam 3 kumpulan di mana setiap kumpulan diwakili oleh 4 pasukan. Setiap pasukan yang menduduki dua tangga teratas setiap kumpulan akan secara automatik layak ke peringkat suku akhir manakala dua slot lagi diisi oleh 2 pasukan yang menduduki tempat ketiga dengan mengumpul markah paling banyak di antara mereka. Setelah tamat peringkat kumpulan, kedudukan setiap kumpulan adalah seperti berikut:

 

KUMPULAN A                    

PASUKAN MENANG SERI KALAH GOL BOLOS MATA
BALOQ FT*

2

1 0 4 1

7

MAROSS*

8

2 0 4 2

5

SAILOR SCOUT*

1

1 1 2 1

4

HANYANG BLACKLISTED

0

0 3 2 7

0

 

KUMPULAN B                    

PASUKAN MENANG SERI KALAH GOL BOLOS MATA
NOOB 3.0*

2

1 0 5 1

7

GINGKO MEWANGI*

1

2 0 2 0

5

GELABAH*

1

1 1 10 2

4

17 BOYS

0

0 3 1 15 0

 

KUMPULAN C                    

PASUKAN MENANG SERI KALAH GOL BOLOS MATA
TENANG*

2

0 1 7 4

6

JOMBLO HAPPY*

1

2 0 5 2

5

PENAT FC

0

2 1 3 4

2

SILA BELASAQ

0

0 3 2 7

0

*Pasukan yang ditanda (*) layak ke suku akhir

 

Berikut adalah keputusan peringkat kalah mati:

 

SUKU AKHIR

Baloq FT 1 - 0 Gelabah

Gingko Mewangi 0 - 1 Tenang

Noob 3.0 0 – 1 Maross

Jomblo Happy 1 – 0 Sailor Scout

 

SEPARUH AKHIR

Baloq FT 1 – 1 Tenang (Baloq FT layak penalti 3-1)

Maross FC 0 – 1 Jomblo Happy

 

PENENTUAN TEMPAT KETIGA

Maross 2 – 0 Tenang

 

AKHIR

Jomblo Happy 1 – 0 Baloq FT

 

Oleh yang demikian, pasukan Jomblo Happy dinobatkan sebagai juara keseluruhan setelah menewaskan pasukan Baloq FT dengan jaringan 1-0. Manakala pasukan Maross di tempat ketiga setelah menewaskan pasukan Tenang pada penentuan tempat ketiga. Anugerah penjaring terbanyak bagi acara futsal telah dimenangi oleh Muhammad Naqib bin Muhammad Firdaus dari pasukan Tenang dengan jumlah jaringan sebanyak 7 gol.

 

Bagi acara frisbee pula sistem liga digunapakai bagi mencari pemenang. Kedudukan liga adalah seperti berikut:

 

PASUKAN MENANG SERI KALAH SKOR BOLOS MATA
FOREVER 21 5 0 1 28 8 15
NEWBIES 4 2 0 15 7 14
MK16 2 3 1 7 14 9
LAST MINUTE 2 2 2 7 8 8
POWERPUFF GIRLS 2 1 3 5 11 7
17 GIRLS 1 2 3 2 8 5
FRISBEE AKHAWAT 0 0 6 6 12 0

 

Pasukan Forever 21 bergelar juara setelah merakamkan 5 kemenangan dan 1 kekalahan diikuti rapat oleh pasukan Newbies dengan jurang hanya 1 mata. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan MK16. Anugerah Most Valuable Player bagi acara frisbee telahpun dimenangi oleh Fozi Addiba binti Mohamad Fozi dari pasukan Last Minute.

 

Pihak PPMK sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada para peserta dan jutaan terima kasih kepada semua peserta serta hadirin yang memeriahkan kejohanan 3F ini.

 

Disediakan oleh,

Syamsul Ikmal Hassan

Biro Sukan dan Rekreasi 1

Posted in report.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *