Pembukaan Jawatan AJK Orientasi 2016

12418005_926455080779378_3322091199072944641_n

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacitanya dimaklumkan kami, Barisan Kepimpinan PPMK 2015/2016 telah membuka jawatan AJK Orientasi 2016 yang akan dijalankan pada 22-24 Februari 2016. Sehubungan dengan itu, kepada ahli-ahli PPMK yang berminat dan bersedia untuk memberi komitmen dalam menjayakan Orientasi 2016 ini, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda.

2. Antara jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah:

Fasilitator LDK

• Berperanan untuk menjayakan aktiviti LDK melalui penyampaian dalam skala kecil kepada pelajar junior berlandaskan modul yang telah dibincangkan dan ditetapkan oleh barisan tertinggi AJK orientasi.

• Satu mesyuarat bersama Ketua Fasilitator/Ketua LDK akan diadakan bertujuan untuk mempersiapkan diri fasilitator-fasilitator dengan modul LDK yang telah disediakan untuk Orientasi 2016.

Biro Disiplin

• Berperanan untuk menjayakan aktiviti disiplin pelajar melalui modul yang telah ditetapkan.

• Satu mesyuarat bersama Presiden PPMK/Kem Komandan akan diadakan bertujuan untuk mempersiapkan diri AJK Biro Disiplin dengan modul yang telah ditetapkan untuk Orientasi 2016.

AJK Bantuan

• Membantu Biro-biro sepanjang perjalanan Orientasi 2016.

• Antara biro yang dibentuk untuk orientasi kali ini ialah:

a) Biro Makanan

b) Biro Tugas-tugas Khas

c) Biro Perumahan

d) Biro Multimedia

e) Biro Agama dan Moral

3. Mereka yang memohon untuk jawatan ini mesti berada di Korea sekurang-kurangnya sebelum 15 Februari 2016.

4. Kepada yang berminat anda boleh memohon jawatan-jawatan yang dinyatakan seperti diatas dengan mengisi borang ini :

Borang AJK Orientasi 2016

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Januari 2016, pukul 11.59 malam.

6. Kami sekali lagi mengalu-alukan saudara/i untuk menyertai kami dalam menjayakan program orientasi kali ini. Semoga dengan penyertaan anda, program Orientasi 2016 dapat mencapai objektif untuk memperjelaskan tentang hala tuju kehidupan pelajar serta mempersiapkan diri pelajar dengan asas-asas kehidupan bagi memudahkan penyesuaian diri sepanjang pengajian mereka di Korea Selatan.

Sekian.

“Pengetahuan Untuk Pembangunan”

Yang menjalankan tugas,

Nabilah Hannah Binti Elias
Setiausaha Agung
Persatuan Pelajar Malaysia Korea Sesi 2015/2016

Posted in News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *