Jemputan ke Grand Annual Dinner 2015 “AURELIA”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk perkara di atas, PPMK akan melangsungkan Grand Annual Dinner (GAD) Aurelia ’15 pada 8 November 2015 (Ahad) bertempat di Bellagium Convention Grand Ballroom, Gangnam. Majlis ini akan dihadiri oleh Puan Yang Terutama Duta Malaysia ke Korea Selatan, tetamu- tetamu kehormat daripada kedutaan Malaysia, serta wakil- wakil daripada syarikat dan universiti di Korea Selatan.

2. GAD pada sesi ini diberi penjenamaan “Aurelia ‘15” bermaksud emas untuk melambangkan kecemerlangan dan nilai kesemua ahli  yang tidak terhingga. Penjenamaan ini juga turut merujuk kepada kenangan indah sepanjang tahun bersama komuniti pelajar dan rakyat Malaysia di Korea Selatan.

3. Sebanyak 500 tempat duduk telah ditempah untuk memuatkan semua tetamu kehormat dan para pelajar serta perancangan yang rapi telah diusahakan untuk menjayakan Aurelia ‘15.

4. GAD merupakan acara kemuncak dan program terbesar PPMK pada setiap tahun. Oleh kerana pemotongan elaun untuk GAD tidak lagi dilaksanakan, pihak PPMK akan mengutip yuran sebanyak KRW 20,000 seorang bagi menampung sedikit perbelanjaan majlis ini. Kami amat berharap ahli- ahli PPMK dapat menjelaskan yuran tersebut kepada wakil batch masing- masing selewat- lewatnya pada 1 November 2015.

5. Sedikit penambahan acara seperti lucky draw telah diatur untuk memberi sedikit saguhati kepada hadirin yang bertuah. Kod pakaian adalah formal dan mestilah sopan, dan bertemakan emas.

6. Kami amat berharap semua pelajar dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan Aurelia '15 di samping mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan komuniti Malaysia di Korea.

Sekian, terima kasih.

gadposter

gadtentative

 

 

Posted in News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *