SOLAT HAJAT PERDANA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersempena minggu peperiksaan akhir Semester Musim Bunga 2019 yang sudah bermula bagi kebanyakan universiti di Republik Korea, PPMK ingin mengajak semua ahli beragama Islam untuk bersama-sama mendirikan solat hajat secara berjemaah.

Solat Hajat Perdana ini akan diadakan mengikut lokaliti universiti masing-masing, oleh itu waktu dan tempat akan dimaklumkan oleh wakil universiti.

Dalam kesibukan kita melakukan persediaan bagi menghadapi peperiksaan, marilah kita bersama-sama berdoa dan bertawakal agar segala usaha sepanjang hampir empat bulan ini diberkati Allah S.W.T., ameen.

---


Assalamualaikum and greetings everyone,

As most of the universities in Republic of Korea has started the final examinations for 2019 Spring Semester, PPMK would like to invite all the Muslims members to perform hajat prayer.

This “Solat Hajat Perdana” will be held at each university’s locality, thus the date and time will be announced soon by the university representatives.

While we are busy preparing for the examinations, let us pray and put tawakkal in everything so that all the efforts for the past four months will be blessed by Allah S.W.T., ameen.