IFTAR PERDANA 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudahkah anda bersedia untuk menyambut Ramadhan yang akan datang 19 hari lagi?

Ramadhan tahun ini dijangkakan bermula pada masuknya waktu maghrib pada Ahad, 5 Mei 2019 bersamaan 1 Ramadhan 1440H.

Justeru, pihak PPMK dengan kerjasama ISMA, AMIR dan GMIK akan mengadakan majlis berbuka puasa atau lebih dikenali sebagai Iftar Perdana di Kedutaan Besar Malaysia di Republik Korea pada Sabtu, 11 Mei 2019.

Program ini bertujuan untuk menghidupkan suasana iftar secara berjemaah dalam kalangan ahli-ahli persatuan khususnya sekaligus mewujudkan suasana ihya ramadhan.

Selain daripada makanan yang akan dihidangkan ketika berbuka, terdapat juga beberapa gerai makanan yang akan dibuka. Solat terawih yang hanya ada pada bulan ini sahaja juga akan dilaksanakan secara berjemaah.

Jadi marilah kita meluangkan masa dan berbuka puasa bersama-sama!

Pendaftaran peserta dan gerai boleh dibuat pada pautan di bawah sehingga 8 Mei 2019, Rabu.

Pautan pendaftaran peserta: https://bit.ly/2DftPal
Pautan pendaftaran gerai: https://bit.ly/2IhGVYV

Disebabkan tempat adalah terhad, maka pemilihan penyertaan pelajar ke program ini adalah berdasarkan sistem siapa cepat dia dapat dan keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk menyertai mana-mana program PPMK sebelum ini. Jangan lepaskan peluang ini dan daftarlah sekarang!

---

Assalamualaikum and greetings everyone.

Are you ready to welcome the upcoming Ramadhan in 19 days?

Ramadhan this year is expected to start at maghrib on Sunday, 5th of May 2019 equivalent to 1 Ramadhan 1440H.

Thus, PPMK with the collaboration of ISMA, AMIR, and GMIK will hold a breaking fast or better known as Iftar Perdana at the Malaysian Embassy in the Republic of Korea on Saturday, 11th May 2019.

This program is aimed to enable the atmosphere of iftar in congregation among the members, at the same time to create the atmosphere of Ramadhan.

Apart from the food that will be served during iftar, there are also several food stalls to be opened. Tarawikh prayer that only exist in this month only will also be performed in congregation.

So let us spend some times to break the fast together!

Registration of participants and stalls can be made at the link below until 8th May 2019, Wednesday.

Participants registration link: https://bit.ly/2DftPal
Stall registration link: https://bit.ly/2IhGVYV

Due to limited space, selection of participants will be made based on first come first serve policy and students who had missed the chance in joining any previous PPMK’s events will be prioritized. So do not miss this opportunity and register now!