Garage Sale and Donation 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan pada tahun ini dan tahun sebelumnya, pihak PPMK sesi kali ini dengan sukacitanya ingin mengumumkan Garage Sale and Donation 2019 (GSD’19) akan diadakan pada bulan Februari 2019 (tarikh akan dimaklumkan kemudian).

Garage Sale and Donation ini adalah bertujuan untuk mengelakkan pembaziran di samping memberi peluang kepada para pelajar untuk menderma sambil membantu antara satu sama lain. Di samping itu, Garage Sale and Donation ini juga boleh menjadi platform kepada para pelajar untuk menceburi bidang perniagaan.

Terdapat pelbagai jenis booth yang boleh anda dapati semasa Garage Sale and Donation kelak. Antaranya ialah booth barang jualan, booth makanan dan sebuah booth khas untuk pelajar menderma barang. Selain itu, terdapat juga beberapa aktiviti sukaneka yang menarik yang akan diadakan untuk pengunjung Garage Sale and Donation.

Kepada pelajar yang akan pulang ke Malaysia untuk cuti semester dan terutamanya pelajar-pelajar batch 14 yang akan pulang ke Malaysia, anda tidak perlu untuk membawa balik barangan yang tidak dipakai ke Malaysia kerana anda boleh menjual atau menderma barangan tersebut semasa Garage Sale and Donation kelak.

Jumpa anda di Garage Sale and Donation 2019!