Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

PPMK Dash 2016

October 15, 2016

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Berita baik buat pencinta marathon tegar sekalian!!
PPMK bakal mengadakan pertandingan larian sambil beramal dan terbuka kepada semua warga Malaysia di Korea. PPMK DASH 2016 merupakan siri pertandingan larian WeRunPPMK yang telah diadakan pada tahun 2014. Berikut merupakan butiran program:

Tarikh: 15 Oktober 2016
Masa: 8.30 pagi
Tempat tamat: Dongyang Mirae University
Kategori: Lelaki(8km) dan Perempuan(5km)
Yuran: 2,000won/seorang
Hadiah: Pingat (top 10 bagi setiap kategori) + Sijil

Untuk pengetahuan anda, wang yuran 100% akan disalurkan ke Tabung Syria Winter Appeal. Bagi mereka yang berkeinginan untuk menderma lebih, kami juga akan menyediakan tabung.

Bagi sesiapa yang berminat bolehlah mengisi borang di link di bawah. Penyertaan akan dibuka sehingga 11 Oktober 2016(Selasa). PPMK juga bakal menyediakan baju PPMK DASH 2016 dan kesemua peserta diwajibkan memakai baju tersebut pada hari kejadian. Saiz terdiri daripada S,M,L dan XL. Namun begitu, baju hanyalah terhad kepada 75 ORANG PESERTA TERAWAL MENDAFTAR SAHAJA. Jadi tunggu apa lagi? Daftar segera!

https://goo.gl/forms/rSkn2Bq2Wj7Rm2Um2

Maklumat lanjut mengenai tempat berlepas akan diumumkan kelak.

Details

Date:
October 15, 2016
Event Category: