Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

GAWAI, KAAMATAN AND CULTURE DAY

June 2

[GAWAI, KAAMATAN AND CULTURE DAY]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari Kebudayaan kini kembali menemui anda!😊

Untuk makluman semua, Hari Kebudayaan telah dijalankan pada dua tahun lalu dan tahun ini PPMK telah memberi nafas baru kepada program ini. Program ini bukan sahaja berbeza dari segi nama malah dari segi aktiviti yang dijalankan. Pembaharuan nama program ini adalah bertujuan untuk meraikan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan serta budaya daripada pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia. Oleh itu, program ini dikenali sebagai “Gawai, Kaamatan and Culture Day”.

Hari Gawai merupakan pesta menuai yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak pada 1 Jun manakala Tadau Kaamatan disambut oleh kaum Kadazan pada 31 Mei. Berikutan itu, PPMK mengambil peluang ini untuk menganjurkan program “Gawai, Kaamatan and Culture Day” pada 2 Jun 2018.

Walaupun, program ini dijalankan semasa bulan Ramadhan, kami dari pihak PPMK yakin bahawa bulan Ramadhan ini bukan penghalang untuk bersama-sama meraikan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan. Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, pelbagai aktiviti kebudayaan akan dipertandingkan.

Antara aktiviti yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
1. Tangram
2. Pantun
3. Laman Budaya
4. Interpretasi Budaya
5. Galah Panjang
6. Permainan Kabaddi
7. Permainan Melastik Tin

PPMK berharap agar para pelajar dapat meluangkan masa untuk menyertai aktivti kebudayaan yang akan dipertandingkan serta hadir memberi sokongan kepada rakan batch kerana markah kehadiran juga akan dimasukkan dalam markah Batch War.

Kami menantikan kehadiran anda di sana!😄

Details

Date:
June 2

Organizer

PPMK
Website:
www.ppmkonline.com

Venue

Dongyang Mirae University
Guro, Seoul Korea, Republic Of + Google Map
Website:
ppmkonline.com