32 Days | 14 Countries | 22 Cities | 3 Persons

Alhamdulillah kami selamat sampai di Malaysia selepas 32 hari menjelajahi pelusuk Eropah termasuk negara-negara Balkan. Tapi perjalanan kali ini lebih tertumpu di negara-negara selatan Eropah. Sengaja masuk beberapa negara Eropah yang bukan negara Balkan juga; dah alang-alang masuk Eropah.

Selamat membaca.

Tukaran matawang di setiap negara Balkan adalah berlainan. Namun, semua negara di Eropah menerima Euro. Jadi perlu sediakan wang Euro berbanding USD kerana Euro lebih berbaloi.

Istanbul, Turkey (Hari 1-3)

Kami menjadikan Istanbul sebagai tempat permulaan dan pengakhiran perjalanan. Di Turki, kami menginap di rumah kenalan kami. Antara lokasi menarik yang telah kami lawati termasuk Blue Mosque, Hagia Sofia, Topkapi Palace, Masjid Ayob dan Makam Abu Ayob. Pastikan anda keluar seawal pagi untuk mendapatkan perjalanan yang berbaloi. Jangan lupa untuk mencuba pelbagai makanan Turki yang disediakan di sini.

London, United Kingdom (Hari 3-5)

Kota London. Siapa tidak teringin nak menjejakkan kaki di sini kan? Selain terkenal dengan keindahan bandarnya dan kelab-kelab bola sepak terkenal di dunia seperti Chelsea, Arsenal dan Spurs, London juga dikenali sebagai bandar membeli belah dengan lambakan barangan berjenama. Memang menjadi kegilaan pelancong untuk membeli-belah terutamanya wanita. Janji kena poket tebal baru seronok shopping kan. Antara lokasi menarik untuk dikunjungi termasuklah Emirates Stadium, London Bridge, Tower Bridge, Tower of London, Eyes on London, Ben Hur, Stamford Bridge Stadium dan Oxford Street. Kalau berminat hendak membeli belah di sini, dinasihatkan jadikan London destinasi terakhir. Kalau jadikan tempat terawal dalam perjalanan takut tak larat untuk usung barangan shopping pula.

Munich, Germany (Hari 5-6)

Hari kelima, dari London kami menaiki penerbangan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Tiba di Jerman, bermulalah interaksi dengan orang tempatan yang majoritinya sukar untuk memahami Bahasa Inggeris. Jadi kami terpaksa mengunakan bahasa isyarat.

Dari Nurembery kami ke Munich dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Kami ke Munich kerana Munich adalah tuan rumah kelab bola sepak terhebat di Jerman iaitu Bayern Munich. Kalau bukan sebab kelab ini, memang tak datang kami ke sini kerana Munich tidak ada apa sangat untuk diterokai melainkan reka bentuk bangunan yang menarik dan klasik. Kami juga telah ke Marianplatz, Rathaus-Glockenspiel, BMW Museum//Welt, Olympiastadion dan Nymphenberg Palace. Jangan lupa untuk cuba Pasta German disini. Memang padu. Roti di sini pun sedap.

Vienna, Austria (Hari 6-8)

Vienna adalah ibu negara Austria. Terkenal sebagai bandar yang mempunyai kelainan dalam seni bina. Tenang dan nyaman. Juga dikenali sebagai “City Of Love”. Sangat disyorkan untuk yang hendak berbulan madu.  

Tempat yang menarik di sini termasuklah Hofburg Palace, Museumsquartier, Leopold Museum, Vienna State Opera, Belvedere Palace, Prater, Stadtpark, Parliament Building, Ernst-Happel-Stadion, Vienna Islamic Centre, Schonbrunn Palace dan Naschmarket.

Elakkan berkunjung ke sini pada hujung minggu kerana semua kedai tutup. Anda digalakkan untuk mendapatkan ‘One Day Pass’. Jangan lupa untuk ke restoran Der Wiener Deewan Plan yang mengamalkan konsep “Pay As You Wish”. Yang penting ianya kedai 100% halal dan sedap. Anda boleh beli produk Swarovski di sini sebab disinilah bermulanya Swarovski sebelum di ambil alih oleh Swiss.

Bratislava, Slovakia (Hari 8-9)

Bagi saya, Bratislava antara bandar yang kurang sesuai untuk dilawati kerana pembangunannya agak lewat berbanding bandar berdekatan. Namun, bandar ini ada keunikannya tersendiri. Orangnya peramah. Antara tempat yang dilawati termasuklah Bratislava Castle dan Roland Fountain.

Budapest, Hungary (Hari 9-11)

Selain Vienna, Budapest juga terkenal dalam kalangan peminat filem kerana bandar ini telah banyak kali menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antaranya James Bond, Mission Impossible, Doctor Stranger dan lain-lain. Seiring dengan statusnya sebagai bandar yang romantik, Budapest juga boleh dikatakan bandar “Syurga Coklat Murah”. Kebanyakan coklat yang mahal dijual di Malaysia, dijual dengan harga yang amat murah di Budapest seperti Milky, Kinder Bueno dan lain-lain. Antara lokasi menarik termasuklah Hungary State Opera House, Chain Bridge, Buda Castle, Fisherman Bastion, Hosok Tere, Heroes Square, Szechenyi Thermal Bath, Margaret Island, Vajdahunyad Castle dan Hungarian Parliament. Anda boleh ambil ‘One Day Pass’ sepanjang berada di sini. Jangan lepaskan peluang untuk lihat matahari terbenam atau matahari terbit di Chain Bridge.

Zagreb, Croatia (Hari 11-12)

Ibu negara Croatia. Menarik untuk dijelajahi. Saya merasakan bandar Zagreb kurang maju berbanding negara-negara Eropah yang telah diterokai. Antara lokasi yang dilawati ialah Museum of Broken Relationship, Dinamo Zagreb Stadion dan Kip bana Josipa Jelacica.

Plitvicka Lake, Croatia 🇭🇷 (Hari 12)

Salah satu taman negara yang tertua di tenggara Eropah dan terbesar di Croatia. Dipelihara di bawah UNESCO dari tahun 1979. Sangat digalakkan untuk melawat ke sini. Bayaran masuk hanya RM 100. Antara tempat wajib pergi bila anda ke Croatia. Anda boleh dapatkan bas dari Zagreb. Kekerapan bas agak tinggi. Anda boleh naik feri yang disediakan secara percuma untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

Sambungan…

 

Split, Croatia (Hari 12-13)

Sebuah bandar di persisiran pantai yang mempunyai air yang sangat jernih. Hanya “Subhanallah” mampu diungkap apabila melihat keindahan kawasan pantainya. Disebabkan ianya sebuah bandar di persisiran pantai, tidak hairanlah aktiviti jual beli dadah sangat berleluasa. Perlu berjaga-jaga dan elakkan daripada diberi dadah oleh orang yang tidak dikenali. Namun, kawasannya selamat dilawati kerana Split memang terkenal dengan bandar “Backpackers” di Europe. Bandarnya memang dikelilingi pulau. Boleh dijelajahi sama ada hanya berjalan kaki, menaiki bas dengan ‘One Day Pass’ atau ‘One Way Pass’. Sediakan sunblock untuk mengelakkan kulit anda terbakar.

Mostar, Bosnia and Herzegovina (Hari 13-14)

Bosnia memang tidak asing lagi bagi pelancong dari Malaysia. Malaysia sangat dikenali kerana sopan dan budi yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Merupakan negara Islam dan yang paling menyeronokkan, mereka sangat mempraktikkan amalan Islam disini. Perjalanan dari Split, Croatia mengambil masa lebih kurang 4 jam. Setibanya kami di stesen bas Mostar, laungan azan Isyak dapat didengari. Hampir mengalirkan air mata selepas hampir 2 minggu perjalanan tanpa mendengar laungan azan. Sejarah Bosnia amat sedih untuk diceritakan kerana ia melibatkan isu keagamaan. Ditindas oleh negara jiran sendiri dan sekutu yang lain. Kisah ini diceritakan oleh rakyat Bosnia sendiri. Tetapi bagi saya kisah tersebut kurang manis untuk disoal oleh kita kepada rakyatnya melainkan mereka sendiri yang ingin menceritakannya. Namun begitu, Bosnia dikurniakan sebuah negara yang subur dengan tanah serta alam sekitar. Buah-buahannya sangat sedap dan manis. Bandar dikelilingi gunung ganang, tasik dan air terjun. Pergerakan memerlukan bas. Hanya ‘One Way Pass’ sahaja yang boleh dibeli.

Sarajevo, Bosnia and Herzegovina (Hari 14-16)

Ibu negara Bosnia. Lebih maju berbanding Mostar. Anda mempunyai 2 pilihan untuk bergerak ke Sarajevo dari Mostar menggunakan bas atau kereta api. Sebuah bandar yang dipenuhi masjid yang tersergam indah. Antara tempat yang dilawati adalah Gazi Huzrev-beg Mosque, Latin Bridge, Sebilj, Eternal Fire, Vrelo Bosne dan Cekalusa Dzamija Mosque.

Pengangkutan yang digunakan adalah tram. Agak mahal harga pengangkutan. Cevapi (makanan Bosnia) terbaik adalah di Sarajevo. Ais krim yang dijual di Bosnia adalah yang termurah berbanding di negara lain. Jangan tidur sepanjang perjalanan dari Mostar ke Sarajevo, bimbang anda terlepas pemandangan yang sangat indah sepanjang perjalanan.

Dubrovnik, Croatia (Hari 17-18)

Dubrovnik atau lebih dikenali sebagai ‘The King’s Landing’ atau ‘The Pearl of Adriatic Sea’. Sepanjang perjalanan, Dubrovnik adalah sebuah bandar yang mempunyai pantai yang paling cantik. Lokasi utama bagi penggambaran filem “The Game Of Thrones”. Maka tidak hairanlah segalanya agak mahal disini. Sila rancang bajet anda sebaiknya setibanya disini. Antara lokasi menarik ialah Bellevue Beach, Pile Gate, Wall of Dubrovnik, Cava Beach dan Copacabana Beach. Lebih baik masak di rumah kerana harga makanan di luar yang agak mahal. Boleh berjalan kaki atau menaiki bas. Tapi jika berjalan kaki agak letih kerana bandarnya agak berbukit dan dikelilingi pantai.

Kotor, Montenegro 🇲🇪 (Hari 18-19)

Bukan semua “Kotor” itu kotor. Bila sampai terus terpegun dengan keindahan tempat tersebut. Tambahan pula, kami menyewa rumah dalam kawasan ‘old town’. Antara lokasi yang kami lawati ialah Vrmac, Lovcen National Park, Cats Museum, Kalardovo Beach dan Kotor Fortress. Wajib mendaki di sini. Agak tinggi tapi bila sampai di puncak, anda dapat melihat pemandangan seluruh bandar. Wajib mandi di sini. Pantai kedua terbaik selepas Dubrovnik, Croatia.

Budva, Macedonia (Hari 19-21)

Sengaja kami singgah di Budva kerana Budva merupakan bandar yang berada di persisiran pantai. Sebelum kami ke Tirana kami merancang untuk berada di Budva selama 3 hari 2 malam. Kami telah melawat Mogren Beach dan Парк Милочер. Anda boleh berjalan sahaja untuk menjelajah Budva. Tiket bas boleh didapati di Kotor.

Tirana, Albania (Hari 21-23)

Tirana adalah ibu negara Albania, negara Islam. Tirana adalah sebuah bandar yang mempunyai banyak masjid. Sebuah negara yang boleh dikatakan agak perlahan untuk membangun selepas kemerdekaannya. Tidak banyak yang istimewa di sini. Anda hanya boleh melihat cara hidup dan budaya rakyat. Rakyatnya peramah. Antara lokasi menarik termasuklah National Historical Museum, National Art Gallery, Pyramid of Tirana, Tanners Bridge, Skanderberg Square dan Et’hem Bey Mosque. Kawasan tumpuan untuk dilawati hanya boleh dituju dengan berjalan kaki. Tidak perlu menetap terlalu lama. Sehari suntuk sudah mencukupi untuk jelajah seluruh bandar Tirana.

Pristina, Kosovo (Hari 23-25)

Kosovo juga merupakan negara islam. Sebuah negara termuda di Eropah. Mendapat kemerdekaan pada tahun 2008. Juga dikenali sebagai “New Born” oleh rakyatnya sendiri. Di sinilah kami bertemu backpacker Melayu lain selepas hampir 3 minggu tak jumpa mana-mana Melayu melainkan kami sendiri. Lokasi menarik disini termasuklah Xhamia e Sulltanit Mosque dan Taukbashçe. Antara yang anda mesti cuba di sini ialah hamburger Kosovo.

Skopje, Macedonia (Hari 25-26)

Skopje merupakan tuan rumah Super Cup 2017 antara Manchester United vs Real Madrid. Memang sebuah bandar yang meriah dari lewat malam sehingga awal pagi. Bandar yang mempunyai bentuk bangunan dengan keunikannya tersendiri. Lokasi menarik untuk dilawati termasuklah Telekom Arena Stadium, Matka Canyon Lake, Old Bazaar, Mustafa Pasha Mosque, Stone Bridge, Art Bridge, Skopje Fortress dan Archaeological Museum. Kebanyakan lokasi ini boleh dilawati dengan hanya berjalan kaki sepanjang berada di Skopje. Cuma perlu menaiki teksi dari Skopje ke Matka Canyon Lake.

Sofia, Bulgaria (Hari 27-28)

Sofia merupakan antara tempat utama pengambaran filem Hindustan yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Dilwale. Bandarnya seindah namanya. Kami memilih perjalanan malam dari Sofia ke Istanbul. Perjalanan mengambil masa 6 jam. Antara tempat yang dilawati termasuklah Ivan Vavo National Theatre, National Art Gallery, Sofia Central Mineral Bath, Banya Bashi Mosque, Saint Nedelya Church dan Saint George Church. Boleh dilawati dengan berjalan kaki sepanjang di sini. Wajib cuba hamburger dan pizza Bulgaria. Terdapat sebuah masjid besar ditengah bandar Sofia dan dikelilingi kedai-kedai halal.

Istanbul, Turkey (Hari 29-32)

Destinasi terakhir. Boleh dikatakan bandar honeymoon. Syurga manisan dan kain tudung Turki. Antara tempat idaman kaum Hawa ialah Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Antara tempat yang dilawati termasuklah Blue Mosque, Hagia Sofia, Grand Bazaar, Spice Bazaar, Eminuno, Taksim, Besiktas Stadium, Tokkapo Palace dan Masjid Ayob. Mesti mengunakan kad transit untuk mengunakan tram atau bas. Makanan wajib ialah Baklava, Lokum, Balik Etmek, Yogurt Turkey dan lain-lain. Dinasihatkan solat berjemaah di Blue Mosque untuk melihat suasana meriah di dalamnya. Spice Bazaar lebih baik berbanding Grand Bazaar dari segi harga barang manakala Grand bazaar lebih baik dengan pelbagai pilihan barang.

Semoga membantu anda semua yang berhajat ke Eropah terutamanya ke negara-negara Balkan.

Travel dan ibrah tidak dapat dipisahkan, bergantung bagaimana kita mengambil pengajaran daripada perjalanan kita sendiri. Tepuk dada tanya iman.

Travel To Inspire People

KARYA CETUSAN 2016

14380115_1086036274821257_5431125328504281129_o

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi,
Minat berkarya ?
Menulis adalah hobi anda ?
Berita baik untuk anda .Seperti tahun-tahun sebelum ini, majalah tahunan PPMK, Cetusan tidak akan lengkap tanpa kiriman kreatif dan berbakat dari anda. Oleh itu, kami dari team cetusan 2016 sangat berbesar hati untuk menerima kiriman karya anda untuk dipaparkan ke dalam majalah Cetusan 2016.

1. Karya-karya yang anda boleh hantarkan adalah seperti:
i. puisi
ii. sajak
iii. penulisan kreatif/ ilmiah (tidak lebih dari 800 patah perkataan)
iv. komik

Jika anda ingin sertakan sekali gambar berkaitan dengan karya anda, kami sangat mengalu-alukan. Pemilihan bahasa adalah bebas (malay, english, korean). Team editor kami akan meneliti hasil karya anda dan karya menarik akan dipapar dalam Cetusan 2016
Sila hantarkan karya anda ke alamat emel:

teamcetusan@gmail.com

sebelum 8 Oktober 2016

2. Disamping itu, jika anda berminat untuk berkongsi kenangan travelogue anda, sila berikan alamat emel anda dan kami akan berhubung dengan anda untuk maklumat lanjut.

Expresikan diri anda dan selamat berkarya!

Karya CETUSAN 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi,
Minat berkarya ?
Menulis adalah hobi anda ?

Berita baik untuk anda .Seperti tahun-tahun sebelum ini, majalah tahunan PPMK, Cetusan tidak akan lengkap tanpa kiriman kreatif dan berbakat dari anda. Oleh itu, kami dari team cetusan 2016 sangat berbesar hati untuk menerima kiriman karya anda untuk dipaparkan ke dalam majalah Cetusan 2016.

1. Karya-karya yang anda boleh hantarkan adalah seperti:
i. puisi
ii. sajak
iii. penulisan kreatif/ ilmiah (tidak lebih dari 800 patah perkataan)
iv. komik

Jika anda ingin sertakan sekali gambar berkaitan dengan karya anda, kami sangat mengalu-alukan. Pemilihan bahasa adalah bebas (malay, english, korean). Team editor kami akan meneliti hasil karya anda dan karya menarik akan dipapar dalam Cetusan 2016
Sila hantarkan karya anda ke alamat emel:
teamcetusan@gmail.com sebelum 1 Oktober 2016

2. Disamping itu, jika anda berminat untuk berkongsi kenangan travelogue anda, sila berikan alamat emel anda dan kami akan berhubung dengan anda untuk maklumat lanjut.

Expresikan diri anda dan selamat berkarya!

#teamCETUSAN 2016

cetusan

[#teamCETUSAN]

Assalamualaikum & salam sejahtera.

CETUSAN merupakan majalah tahunan terbitan PPMK yang memaparkan kepelbagaian bakat terpendam ahli-ahli PPMK. Sehubungan dengan itu,  bagi memastikan CETUSAN 2016 lebih wow!, lebih gempak!, kami Biro Multimedia dan Penerbitan dengan sukacitanya mengajak anda yang berbakat untuk bersama-sama kami dalam #teamCETUSAN 2016.

Terbuka kepada semua ahli PPMK

#teamCETUSAN terbahagi kepada 3 team:

  1. Editor
  2. Designer
  3. Photographer

Anda berbakat? Tunggu apa lagi? Jangan sia-siakan bakat anda. Mari sertai kami dalam #teamCETUSAN dan kita akan bekerjasama dalam satu pasukan bagi menghasilkan satu karya yang agung!

link pendaftaran:

http://goo.gl/forms/L26QnqHV7DSEtxnn2

PENTING!

**Tempat adalah terhad

**Penyertaan akan dibuka sehingga 11.59pm, 1 Jun 2016

**Kepada yang terpilih, mesyuarat #teamCETUSAN akan diadakan pada 6 Jun 2016. Maklumat terperinci akan diberitahu kemudian.

 

Kiriman karya Cetusan 2015

Assalamualaikum dan salam sejatera,

Seperti tahun-tahun sebelum, majalah tahunan PPMK, cetusan tidak akan lengkap tanpa kiriman kreatif dan berbakat dari anda. Oleh itu, kami dari team cetusan crew 2015 sangat berbesar hati untuk menerima kiriman karya anda untuk dipaparkan ke dalam majalah Cetusan 2015.

1. Karya-karya yang anda boleh hantarkan adalah seperti puisi, sajak dan cerpen pendek yang mengandungi tidak lebih dari 800 patah perkataan. Jika anda ingin sertakan sekali gambar berkaitan dengan cerpen anda, kami sangat mengalu-alukan. Pemilihan bahasa adalah bebas (malay, english, korean). Team editor kami akan meneliti hasil karya anda dan karya menarik akan dipapar didalam Cetusan 2015.
Sila hantarkan karya anda ke alamat emel cetusancrew@gmail.com sebelum 12 oktober 2015.

2. Disamping itu, jika anda berminat untuk berkongsi kenangan travelogue anda, sila berikan alamat emel anda dan kami akan berhubung dengan anda untuk maklumat lanjut.
Terima kasih dan selamat berkarya!

Yang benar,
Ahmad Nazirul
Director
Cetusan 2015