Seoul Friendship Fair 2015

Seoul Friendship Fair 2015 yang telah diadakan pada 2 dan 3 Mei lepas adalah satu festival yang memberi peluang kepada lebih 60 negara untuk dan mempromosikan keunikan budaya negara mereka kepada masyarakat luar terutamanya masyarakat Korea. Program ini dianjurkan oleh pihak Seoul City Hall dan Korea Tourism Organization, dengan kerjasama pihak Kedutaan dan Tourism negara lain. Pengunjung dapat merasai keunikan dan kepelbagaian budaya negara-negara lain dengan menghadirkan diri ke festival ini.

Malaysia juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dengan melibatkan diri dalam acara "World Culture Fair" dan “World Food Fair” sepanjang festival tersebut. Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) telah menguruskan Booth Kebudayaan manakala Kelab Umno Korea (KUK) dan Malaysian Association in the Republic of Korea (MARK) pula telah menguruskan Booth Makanan.

Pihak PPMK telah menggunakan tenaga kerja seramai 37 orang dari kalangan AJK PPMK dan pelajar. Para sukarelawan dibahagikan kepada 7 shif (4 shif pada hari Sabtu dan 3 shif pada hari Ahad). Dengan kerjasama para sukarelawan, pengurusan booth adalah baik dan lancar sepanjang masa. Pihak penganjur juga telah membekalkan peterjemah bahasa Korea untuk memudahkan proses penjelasan peraturan-peraturan congkak kepada warga Korea.

Cuaca kurang baik pada hari Ahad menyebabkan bahagian dalam booth menjadi basah dan menyusahkan urusan mencuba pakaian tradisional. Permainan congkak juga terpaksa diperhentikan buat sementara waktu. Namun, booth Malaysian tetap mendapat sambutan yang baik secara keseluruhannya.

Satu kaji selidik telah dilakukan selepas Seoul Friendship Fair 2015 melalui laman sosial PPMK dan KUK (Facebook) untuk menilai pendapat dan pandangan dari kesemua peserta yang terlibat dalam program ini. Antara cadangan yang dikemukakan ialah:
- Memperbanyakkan variasi permainan tradisional seperti gasing, wau dan batu seremban.
- Mengutamakan promosi congkak untuk menarik perhatian para pengunjung.
- Mempersembahkan tarian tradisional di hadapan Booth Kebudayaan pada masa yang tertentu.

Secara ringkas, Booth Kebudayaan Malaysia Seoul Friendship Fair 2015 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Pihak PPMK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan program ini termasuklah Tourism Malaysia, Pejabat PPL Seoul, KUK, MARK dan semua ahli PPMK. Diharapkan semua pelajar dapat memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam memperkenalkan kebudayaan Malaysia kepada masyarakat asing pada masa hadapan.

Disediakan oleh
Wong Shuming
Biro Kebudayaan 1


KakaoTalk_Photo_2015-05-13-00-21-12

11173411_803864339705120_4617110879018394363_n

KASUMA Indoor Games 2015 (report)

IMG_2971-2

Pada 25 April 2015 telah diadakan program Kasuma Indoor Games 2015 bertempat di Dongyang Mirae Universiti, Seoul. Program ini adalah merupakan antara salah satu aktiviti sukan yang dipertandingkan dalam program Karnival Sukan Mahasiswa Korea Selatan (KASUMA) 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dengan kerjasama Kelab Umno Korea (KUK) dan 1Malaysia for Youth (IM4U). Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru pelajar-pelajar dalam bidang sukan yang diceburi serta menerapkan semangat kesukanan dan nilai kerjasama dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai kaum, bangsa dan agama di Korea Selatan.

Program ini telah mempertaruhkan sebanyak empat (4) jenis sukan yang dipertandingkan iaitu badminton, ping pong, catur dan pool. Bagi setiap jenis sukan, terdapat beberapa kategori telah dipertandingkan iaitu badminton perseorangan dan beregu (lelaki dan perempuan) , ping pong perseorangan dan beregu (lelaki dan perempuan), catur individu (lelaki dan perempuan) serta pool beregu (lelaki dan perempuan). Program ini telah menggunakan sistem pertandingan antara batch yang juga dikenali sebagai sistem “Batch War” yang terdiri daripada Batch 11, Batch 12, Batch 13, Batch 14 dan Batch 15.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan serta perasmian majlis oleh Pn. Dinatra Bt Mohd Saat selaku Pegawai Pendidikan dan Latihan Seoul (PPL Seoul). Selesai upacara perasmian majlis, program diteruskan dengan acara-acara yang dipertandingkan. Setiap batch telah menghantar pemain yang hebat-hebat bagi mewakili batch masing-masing untuk merebut gelaran juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan mengambil kira isu cadangan yang telah dibangkitkan oleh peserta dalam program ini.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan :

Badminton Perseorangan (L)

Johan       : Batch 14

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 15

Ke-5         : Batch 11

 

Badminton Perseorangan (P)

Johan       : Batch 14

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 15

 

Badminton Beregu (L)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 11

Ke-4         : Batch 14

Ke-5         : Batch 12

 

Badminton Beregu (P)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 14

Ke-3         : Batch 13

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 12

 

Ping Pong Perseorangan (L)

Johan       : Batch 11

N.Johan   : Batch 12

Ke-3          : Batch 14

Ke-4          : Batch 13

Ke-5          : Batch 15

 

Ping Pong Perseorangan (P)

Johan       : Batch 13

N.Johan  : Batch 14

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 15

Ping Pong Beregu (L)

Johan       : Batch 14

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 15

 

Ping Pong Beregu (P)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 14

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 12

 

Pool Beregu (L)

Johan       : Batch 12

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 15

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 14

 

Pool Beregu (P)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 14

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 13

 

Chess Individu (L)

Johan       : Batch 12

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 14

Ke-4         : Batch 14

 

Chess Individu (P)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 11

Ke-3         : Batch 11

Ke-4         : Batch 14

 

 

Jumlah pungutan mata terkini sistem Batch War:

Batch 11 : 40 mata

Batch 12 : 44 mata

Batch 13 : 58 mata

Batch 14 : 62 mata

Batch 15 : 58 mata

 

Sekian, terima kasih.

Dilaporkan oleh,

Wan Abdul Raheem Rasyeed Bin Wan Lokman

Biro Sukan & Rekreasi PPMK 2014/2015.

Futseoul 2015 (report)

Program FutSeoul 2015 adalah merupakan antara salah satu aktiviti sukan futsal yang dipertandingkan dalam program Karnival Sukan Mahasiswa Korea Selatan (KASUMA) 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dengan kerjasama Kelab Umno Korea (KUK) dan Malaysian Students Football Club (MSFC) pada 28 Mac 2015, bertempat di Annyangcheon River, Dongyang Mirae University. Program ini bertujuan untuk mengasah bakat pelajar-pelajar dalam bidang sukan serta menggalakkan semangat kesukanan dan nilai kerjasama dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar dan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, bangsa dan agama di Korea Selatan. .

 

Program ini telah bermula dengan sesi pendaftaran pada pukul 9 pagi di mana 10 pasukan telah berjaya mendaftarkan diri dalam pertandingan ini. Antara pasukan yang telah menyertai pertandingan ini ialah Boboi Gendut FC, Encik Kentang FC, Kishan FC, Madgaon, Attitude FC, Gingko Mengaum FC, Masa Depan Timur, Noob, Nazmeen dan InKuk Wonderers FC. Pihak penganjur telah membahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B yang terdiri daripada lima pasukan bagi setiap kumpulan. Perlawanan bermula dengan saringan peringkat kumpulan dan pasukan yang berada di dua kedudukan teratas kumpulan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Berikut merupakan carta kedudukan kumpulan:

 

Group A

TEAM MATCH WIN DRAW LOSE GF GA POINT
MADGAON 4 4 0 0 14 3 12
ENCIK KENTANG FC 4 3 0 1 10 5 9
KISHAN FC 4 2 0 2 9 8 6
ATTITUDE FC 4 1 0 3 3 13 3
GINGKO MENGAUM FC 4 0 0 4 1 8 0

 

Group B

TEAM MATCH WIN DRAW LOSE GF GA POINT
NAZMEEN 4 3 1 0 7 1 10
MASA DEPAN TIMUR 4 3 0 1 5 2 9
INKUK WONDERERS FC 4 1 1 2 4 4 3
NOOB 4 1 0 3 5 6 3
BOBOI GENDUT FC 4 1 0 3 1 9 3

 

Di peringkat kalah mati iaitu separuh akhir, pasukan Madgaon dan Encik Kentang FC telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir setelah berjaya menundukkan lawan masing-masing. Persaingan sengit di peringkat akhir antara Madgaon dan Encik Kentang FC telah berakhir dengan keputusan memihak kepada Madgaon setelah berjaya menang dengan jaringan tipis 1-0 sekaligus merangkul Johan bagi pertandingan ini.

 

Pada keseluruhannya, FutSeoul 2015 ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan mengambil kira isu cadangan yang telah dibangkitkan oleh peserta dalam program ini.

 

Keputusan penuh perlawanan:

Johan : Madgaon

Naib Johan : Encik Kentang FC

Ketiga : Masa Depan Timur

Keempat : Nazmeen.

 

Program Orientasi 2015

Program Orientasi 2015 merupakan aktiviti pertama PPMK yang telah diadakan di Korea Selatan pada tahun ini . Program ini telah diadakan dua hari selepas ketibaan pelajar batch 15 ke Korea. Program Orientasi pada kali ini merupakan program 3 hari yang bertujuan untuk memperkenalkan asas kehidupan di Korea di samping memperjelaskan dasar-dasar yang termaktub dalam perjanjian kontrak yang perlu dipatuhi oleh pelajar-pelajar baru yang pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke bumi sonata ini.

Bertempat di Dongyang Mirae Universiti(DMU) pada tarikh 19 hingga 21 Februari yang ketika itu melibatkan pelajar batch 15 seramai 70 orang serta ahli jawatankuasa(AJK) Orientasi yang terdiri dari senior yang kebanyakannya tidak pulang bercuti pada musim sejuk pada awal tahun 2015.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa Program Orientasi ini, yang antaranya adalah aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK) dan juga program kembara. Tidak terlupa juga slot khas Bersama Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA, Puan Dinatra . Beliau telah mengadakan satu sesi perkongsian mengenai kes-kes pelajar tajaan JPA di serata negara turut membuka mata pelajar mengenai isu-isu yang dihadapi sepanjang pengajian.

Secara keseluruhannya, program orientasi pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Pihak AJK PPMK selaku pihak penganjur Orientasi 2015 ingin mencucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, terutama kepada semua AJK Orientasi 2015. Diharapkan apa yang baik semasa program ini akan dijadikan sebagai teladan dan apa yang kurang itu akan dijadikan sebagai pengajaran bagi boleh menjalankan program yang lebih baik pada sesi hadapan. Kepada pelajar Batch 15 pula, kami harapkan agar hubungan silaturahim antara adik-adik dan semua senior akan sentiasa terjalin erat. Dan kami juga mendoakan yang terbaik dan selamat maju jaya kepada semua pelajar batch 15.

For more photos, click here

Disediakan oleh Ahmad Dahlan bin Zolkipli

Perayaan Tahun Baru Cina 2015

Perayaan Tahun Cina merupakan salah satu perayaan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Pada tahun ini, Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) telah berkolaborasi bersama Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan dan Malaysian Association of the Republic of Korea (MARK) untuk menganjurkan perayaan ini pada 28hb Februari 2015 (Sabtu), bertempat di Kedutaan Besar Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, Ahmad Farouq Ahmad Said. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan P.Y.T. Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Dato’ Rohana Ramli, seterusnya ucapan Presiden MARK, En. Aloysius Wee, serta ucapan daripada Presiden PPMK, saudara Ahmad Dahlan Zolkipli.

Seterusnya, majlis dirasmikan dengan sesi menggaul Yeesang. Menggaul yeesang merupakan adat yang dilakukan oleh kaum Cina pada Tahun Baru Cina dan pada tahun ini juga, acara ini dikekalkan bagi menghormati dan mengekalkan adat-adat yang dilakukan. Sesi ini disempurnakan oleh Dato’ Rohana Ramli, Encik Aloysius Wee, Ahmad Dahlan, serta wakil-wakil bagi setiap kaum dari kalangan pelajar Malaysia yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam menyambut sesuatu perayaan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video yang disediakan oleh Biro Multimedia PPMK. Video ini membawa mesej bahawa kita tidak keseorangan meraikan perayaan ini walaupun berada jauh dari keluarga kerana kita sentiasa ada kawan untuk meraikannya bersama. Seterusnya, persembahan nyanyian lagu-lagu Tahun Baru Cina daripada pelajar batch 15 telah memeriahkan lagi majlis ini. Selepas itu, satu lagi tayangan video yang disediakan oleh pelajar batch 15 telah dipersembahkan kepada para hadirin. Video ini menceritakan tentang pengalaman pertama pelajar batch 15 yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina di negara orang dan jauh dari keluarga dan juga membawa mesej bahawa kawan juga merupakan ahli keluarga. Akhirnya, majlis diceriakan lagi dengan satu lagi persembahan tarian tradisional daripada batch 15.

Kesimpulannya, program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PPMK bersama Kedutaan Besar Malaysia dan MARK telah berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama serta sambutan dari semua pihak yang terlibat. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kolaborasi yang telah membantu pihak PPMK dalam konteks sumbangan dana untuk menampung kos perbelanjaan dan meminjamkan dewan untuk melaksanakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada AJK Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan semua pelajar, terutamanya pelajar batch 15 dan saudara pengacara yang telah memberi komitmen penuh dalam menjayakan majlis sambutan ini.

For more photos click here

Disediakan oleh Wong Shu Ming

Program Ramah Mesra 2015

On the 17th of January 2015, PPMK has conducted “Program Ramah Mesra” for the students of batch 15 who will be flying off to South Korea very soon. The event aims to share and instil the needed skills and information for their preparation before flying while building stronger relationships between juniors and seniors. The event was attended by 103 students from batch 15 as well as 22 seniors who acted as facilitators for the group discussions.

We started off at 10.05am with the introductory remarks by the Secretary of PPMK, Zulfikri Ahmad, and a brief introduction on PPMK by the Head of Bureau for Communications and Special Tasks, Ralph Lauren Thaddeus, before moving on with the presentation on academic and welfare aspects of the students by Zulfikri Ahmad and Head of Bureau for Culture and Arts, Wong Shu Ming, respectively. At 11.30am, after having breakfast, the students were divided into groups where the facilitators answered any questions that the students had, gave personal insight, and shared their experience on life in South Korea. The event was concluded at 12.45pm with a group photo session and lunch.

Through this event, we hope that the students of batch 15 have gained invaluable input from the presentations and discussions. We also look forward to meeting them as they fly off to Korea in February.

for more photos, click here

By Ralph