SEOUL FRIENDSHIP FESTIVAL 2018 (LAPORAN)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 1 dan 2 September yang lepas telah berlangsungnya Seoul Friendship Festival di Seoul Plaza.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak PPMK telah terlibat secara langsung bagi pembukaan booth kebudayaan manakala booth makanan dikendalikan oleh pihak PERWAKILAN. Pelbagai aktiviti berkaitan dengan Budaya Malaysia telah diperkenalkan sepanjang festival tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan ialah permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan ceper. Selain itu terdapat juga aktiviti mencuba pakaian tradisional serta perkhidmatan gambar polaroid dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan yang bersama-sama menjayakan festival ini. Tidak lupa juga diucapkan kepada mereka yang datang memeriahkan lagi booth kami. Kami berharap sokongan anda terhadap PPMK akan berterusan. Terima kasih diucapkan.

Posted in Blogging.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *