Program Ramah Mesra 2016 (Report)

2016-01-16 08.13.27 1

Pada 16 Januari 2016, PPMK telah menganjurkan Program Ramah Mesra 2016 bertempat di Dewan 3S, Kolej Cemara Intec, Shah Alam. Program Ramah Mesra kali ini telah dihadiri oleh pelajar batch 16 seramai 76 orang dan para senior sebagai fasilitator seramai 23 orang termasuk 7 orang ajk PPMK sesi 2015/2016. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan pendedahan tentang suasana belajar dan kehidupan di Korea Selatan kepada pelajar-pelajar batch 16. Selain itu, objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan tentang dokumen-dokumen yang perlu disediakan sebelum berlepas ke Korea Selatan dam juga memperkenalkan PPMK kepada pelajar batch16.

Program telah dimulakan tepat pukul 10.00 pagi oleh pengerusi majlis oleh saudari Nur Syahidah binti Zulkefli dan bacaan doa bagi memberkati perjalanan program telah dibaca oleh saudara Mohmad Norshafiq bin Mohmad Sallih. Program diteruskan dengan pengenalan PPMK oleh saudara Ahmad Zulkamal bin Abd Manaf. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, program diteruskan dengan sesi bersama fasilitator untuk pembentangan akademik. Seterusnya program diteruskan dengan pembentangan hal ehwal kebajikan oleh fasilitator. Program diteruskan dengan sesi 3. Sesi ini merupakan waktu dan peluang untuk para junior bertanyakan apa sahaja yang mereka ingin tahu. Disebabkan oleh bilangan junior seramai 78 orang, mereka telah dibahagikan kepada 9 kumpulan sewaktu sesi pendaftaran dijalankan. Setiap kumpulan dianggotai oleh 8 hingga 10 orang junior dan 2 atau 3 orang senior.

Tepat jam 12.45 petang , sesi penggulungan telah dijalankan oleh Pengarah Program Ramah Mesra 2016. Junior-junior diminta menyiapkan borang soal selidik yang diedarkan oleh PPMK. Para junior amat berpuas hati dengan Program Ramah Mesra yang telah dijalankan kerana ia sangat bermanfaat kepada mereka dalam persediaan sebelum berlepas ke bumi Korea. Akhir sekali, satu sesi fotografi telah dijalankan dan selepas itu, para hadirin telah disajikan dengan juadah ringan yang telah disediakan. Program bersurai pada pukul 1.00 petang.

 

Pihak PPMK mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pelajar yang dapat menghadirkan diri pada Program Ramah Mersa pada kali ini. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada AJK PPMK 2015/2016 dan juga para fasilitator yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam menjayakan program ini.

Klik sini untuk galeri gambar Program Ramah Mesra 2016

Disediakan oleh,

Ahmad Latiff Bin Abu Hassan

Program Ramah Mesra 2016

Biro Akademik dan Kerjaya 2

Persatuan Pelajar Malaysia Korea

Posted in Blogging.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *