PERTAMA 2016 (Report)

12400914_919489464809273_5033635811108533993_n

Pada 8 Januari 2016 program “PERTAMA” yang merupakan singkatan bagi “Persidangan Tahunan
Mahasiswa” telah diadakan bertempat di Language Education Institute, Seoul National University
serta melibatkan seramai 63 pelajar Batch 15 dan turut disertai Ahli Jawatankuasa Biro Perumahan
dan Penempatan bersama Ahli Jawatankuasa Penggerak Biro sesi 2015/2016. “PERTAMA” mula
diperkenalkan pada tahun 2010 oleh pihak PPMK bertujuan untuk menerima dan mendapat maklum balas serta pandangan daripada pelajar‐pelajar junior, dikhususkan kepada aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun oleh pihak PPMK serta program orientasi. Selain itu, mereka juga berpeluang mendengar penerangan mengenai cara‐cara mencari rumah serta prosedur‐prosedur yang perlu diikuti apabila menandatangani kontrak perumahan di Korea.
Majlis bermula pada waktu 2.30 petang selepas semua pelajar muslim lelaki batch 15 menunaikan
solat jumaat. Program ini dimulakan dengan penerangan mengenai sistem perumahan di Korea dan
diikuti dengan cara mencari rumah serta presedur‐prosedur yang perlu diikuti apabila
menandatangani kontrak perumahan oleh AJK Biro Perumahan 1, Nur Syahidah. Majlis diikuti
dengan sesi ‘Soal Jawab’ daripada pelajar‐pelajar batch 15. Pelbagai persoalan berkaitan perumahan
dan prosedur menandatangani kontrak telah diajukan oleh para pelajar Batch 15, menunjukkan
kepentingan program ini dalam menjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh mereka. Selain itu,
penyerahan kontrak rumah juga turut dilakukan pada penghujung program oleh para pelajar yang
telah siap menandatangani kontrak rumah mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan pada pukul
5.00 petang.
Pihak PPMK mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pelajar yang dapat menghadirkan
diri pada program ini yang julung kali diadakan sebagai pembukaan program PPMK yang pertama
sekali bagi tahun 2016. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada AJK Penggerak Biro Perumahan
dan Penempatan yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam menjayakan program
ini.
Disediakan oleh
Nur Syahidah binti Zulkefli
Biro Perumahan dan Penempatan 1

Posted in Blogging.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *