Pengenalan Hari Kebudayaan 2015

11165311_805145999576954_3909163244117542612_n

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dengan kerjasama Kelab Umno Korea (KUK) akan mengadakan Hari Kebudayaan 2015 untuk memupuk semangat perpaduan kaum dan setiakawan di kalangan ahli PPMK dan KUK di samping ingin menerapkan keistimewaan budaya pelbagai kaum dalam diri setiap ahli. Program ini juga akan meraikan perayaan Hari Gawai dan Tadau Kaamatan yang kebetulan jatuh pada minggu yang sama.

2. Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 30 Mei 2015 (Sabtu)
Masa : 9:30 pagi hingga 6:00 petang
Tempat : Dewan orientasi, Dongyang Mirae University.

3. Senarai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang Hari Kebudayaan 2015 ini adalah seperti berikut:

3.1 “Multicultural Booth”.
3.2 Pertandingan Gubahan Lagu.
3.3 Pertandingan Menghias Kipas.
3.4 Pertandingan Masakan Tradisional.
3.5 Pertandingan Berbalas Pantun.
3.6 Pertandingan Interpretasi Budaya.
3.7 Pertandingan Permainan Tradisional.
3.8 Kuiz Kebudayaan Malaysia.
3.9 Pertandingan Fotografi.
3.10 “Talentime”.

4. Untuk makluman semua ahli, “Talentime” dan Pertandingan Fotografi tidak akan dimasukkan dalam sistem markah ‘Batch Wars’. Dua acara ini dibuka kepada semua ahli PPMK dan KUK tanpa mengira Batch, bertujuan untuk menggalakkan kolaborasi antara Batch yang berlainan terutamanya dalam sesi Talentime.

5. Keputusan acara 3.2~3.8 akan dimasukkan dalam sistem markah terkumpul ‘Batch Wars’ untuk menzahirkan semangat kerjasama dalam diri setiap batch yang terlibat. Sila rujuk kepada dokumen yang disertakan untuk pembahagian markah setiap acara. Markah terkumpul ini akan dibawa sehingga ke aktiviti terakhir PPMK dan Batch yang mendapat markah terkumpul paling tinggi akan menjadi juara keseluruhan Batch Wars pada tahun ini.

6. Pada kali ini, pihak kami akan membuka penyertaan booth kepada semua ahli PPMK dan KUK untuk menjual makanan atau barangan lain dalam sesi 3.1 "Multicultural Booth" . Masa beroperasi untuk booth tersebut adalah dari jam 9.30 pagi sehingga jam 1.30 petang. Sila rujuk kepada dokumen yang disertakan untuk cara menyertai sesi ini.

7. Bersama-sama emel ini, disertakan tentatif program dan syarat-syarat penyertaan bagi setiap pertandingan. Disebabkan tentatif untuk tahun ini agak berbeza daripada Hari Kabudayaan tahun-tahun lepas, pihak kami memohon jasa baik pelajar sekalian untuk membaca secara teliti. Seperti yang dinyatakan dalam lampiran yang diberi, semua penyertaan perlu dihantar kepada harikebudayaan@gmail.com selewat-lewatnya 27 Mei 2015 (Rabu), jam 11.59 malam. Segala penyertaan yang dihantar selepas tarikh tersebut tidak akan diterima.

8. Untuk sebarang pertanyaan, sila menghantar email kepada harikebudayaan@gmail.com atau menghubungi Biro Kebudayaan dan Kesenian 1 PPMK, Wong Shu Ming di talian (+82-10-5813-0601).

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,,

Wong Shu Ming
Biro Kebudayaan dan Kesenian 1
PPMK Sesi 2014/2015

Akmal Hakim Azizey
Biro Kebudayaan dan Kesenian 2
PPMK Sesi 2014/2015

Muhammad Zul Amin bin Md Maarof
Biro Sukan 1
KUK Sesi 2014/2015

11205611_805453029546251_2645665330027108973_n

KASUMA Indoor Games 2015 (report)

IMG_2971-2

Pada 25 April 2015 telah diadakan program Kasuma Indoor Games 2015 bertempat di Dongyang Mirae Universiti, Seoul. Program ini adalah merupakan antara salah satu aktiviti sukan yang dipertandingkan dalam program Karnival Sukan Mahasiswa Korea Selatan (KASUMA) 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dengan kerjasama Kelab Umno Korea (KUK) dan 1Malaysia for Youth (IM4U). Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat baru pelajar-pelajar dalam bidang sukan yang diceburi serta menerapkan semangat kesukanan dan nilai kerjasama dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang pelbagai kaum, bangsa dan agama di Korea Selatan.

Program ini telah mempertaruhkan sebanyak empat (4) jenis sukan yang dipertandingkan iaitu badminton, ping pong, catur dan pool. Bagi setiap jenis sukan, terdapat beberapa kategori telah dipertandingkan iaitu badminton perseorangan dan beregu (lelaki dan perempuan) , ping pong perseorangan dan beregu (lelaki dan perempuan), catur individu (lelaki dan perempuan) serta pool beregu (lelaki dan perempuan). Program ini telah menggunakan sistem pertandingan antara batch yang juga dikenali sebagai sistem “Batch War” yang terdiri daripada Batch 11, Batch 12, Batch 13, Batch 14 dan Batch 15.

Program ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan serta perasmian majlis oleh Pn. Dinatra Bt Mohd Saat selaku Pegawai Pendidikan dan Latihan Seoul (PPL Seoul). Selesai upacara perasmian majlis, program diteruskan dengan acara-acara yang dipertandingkan. Setiap batch telah menghantar pemain yang hebat-hebat bagi mewakili batch masing-masing untuk merebut gelaran juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan mengambil kira isu cadangan yang telah dibangkitkan oleh peserta dalam program ini.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan :

Badminton Perseorangan (L)

Johan       : Batch 14

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 15

Ke-5         : Batch 11

 

Badminton Perseorangan (P)

Johan       : Batch 14

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 15

 

Badminton Beregu (L)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 11

Ke-4         : Batch 14

Ke-5         : Batch 12

 

Badminton Beregu (P)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 14

Ke-3         : Batch 13

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 12

 

Ping Pong Perseorangan (L)

Johan       : Batch 11

N.Johan   : Batch 12

Ke-3          : Batch 14

Ke-4          : Batch 13

Ke-5          : Batch 15

 

Ping Pong Perseorangan (P)

Johan       : Batch 13

N.Johan  : Batch 14

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 15

Ping Pong Beregu (L)

Johan       : Batch 14

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 15

 

Ping Pong Beregu (P)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 14

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 12

 

Pool Beregu (L)

Johan       : Batch 12

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 15

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 14

 

Pool Beregu (P)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 14

Ke-3         : Batch 12

Ke-4         : Batch 11

Ke-5         : Batch 13

 

Chess Individu (L)

Johan       : Batch 12

N.Johan  : Batch 13

Ke-3         : Batch 14

Ke-4         : Batch 14

 

Chess Individu (P)

Johan       : Batch 15

N.Johan  : Batch 11

Ke-3         : Batch 11

Ke-4         : Batch 14

 

 

Jumlah pungutan mata terkini sistem Batch War:

Batch 11 : 40 mata

Batch 12 : 44 mata

Batch 13 : 58 mata

Batch 14 : 62 mata

Batch 15 : 58 mata

 

Sekian, terima kasih.

Dilaporkan oleh,

Wan Abdul Raheem Rasyeed Bin Wan Lokman

Biro Sukan & Rekreasi PPMK 2014/2015.

Seoul Freindship Fair 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ini admin ingin memperkenalkan Seoul Friendship Fair 2015!

Butiran program adalah seperti berikut:
Tarikh: 2&3 Mei 2015 (Sabtu & Ahad)
Masa: 12pm - 6pm
Tempat: City Hall Station (시청역), Exit 6

PPMK akan mengendalikan booth Kebudayaan, manakala KUK dengan MARK akan mengendalikan booth Makanan. PPMK ingin menjemput semua warga Malaysia yang berada di Korea Selatan untuk mengunjungi booth kami dan mengundi Booth Malaysia sebagai BOOTH TERBAIK!

Selain itu, jangan lupa untuk membawa WANG TUNAI yang mencukupi kerana mesin kad kredit hanya boleh didapati di beberapa booth yang tertentu.

Jumpa anda di sana!
Untuk maklumat lanjut, sila melayari http://seoulfriendshipfair.org

11200814_801966173228270_5088946549663395439_n

10660177_801959006562320_2501899879920650629_n

1493238_801958996562321_8539130037938003365_n

Futseoul 2015 (report)

Program FutSeoul 2015 adalah merupakan antara salah satu aktiviti sukan futsal yang dipertandingkan dalam program Karnival Sukan Mahasiswa Korea Selatan (KASUMA) 2015 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dengan kerjasama Kelab Umno Korea (KUK) dan Malaysian Students Football Club (MSFC) pada 28 Mac 2015, bertempat di Annyangcheon River, Dongyang Mirae University. Program ini bertujuan untuk mengasah bakat pelajar-pelajar dalam bidang sukan serta menggalakkan semangat kesukanan dan nilai kerjasama dalam kumpulan yang terdiri daripada pelajar dan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum, bangsa dan agama di Korea Selatan. .

 

Program ini telah bermula dengan sesi pendaftaran pada pukul 9 pagi di mana 10 pasukan telah berjaya mendaftarkan diri dalam pertandingan ini. Antara pasukan yang telah menyertai pertandingan ini ialah Boboi Gendut FC, Encik Kentang FC, Kishan FC, Madgaon, Attitude FC, Gingko Mengaum FC, Masa Depan Timur, Noob, Nazmeen dan InKuk Wonderers FC. Pihak penganjur telah membahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B yang terdiri daripada lima pasukan bagi setiap kumpulan. Perlawanan bermula dengan saringan peringkat kumpulan dan pasukan yang berada di dua kedudukan teratas kumpulan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Berikut merupakan carta kedudukan kumpulan:

 

Group A

TEAM MATCH WIN DRAW LOSE GF GA POINT
MADGAON 4 4 0 0 14 3 12
ENCIK KENTANG FC 4 3 0 1 10 5 9
KISHAN FC 4 2 0 2 9 8 6
ATTITUDE FC 4 1 0 3 3 13 3
GINGKO MENGAUM FC 4 0 0 4 1 8 0

 

Group B

TEAM MATCH WIN DRAW LOSE GF GA POINT
NAZMEEN 4 3 1 0 7 1 10
MASA DEPAN TIMUR 4 3 0 1 5 2 9
INKUK WONDERERS FC 4 1 1 2 4 4 3
NOOB 4 1 0 3 5 6 3
BOBOI GENDUT FC 4 1 0 3 1 9 3

 

Di peringkat kalah mati iaitu separuh akhir, pasukan Madgaon dan Encik Kentang FC telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir setelah berjaya menundukkan lawan masing-masing. Persaingan sengit di peringkat akhir antara Madgaon dan Encik Kentang FC telah berakhir dengan keputusan memihak kepada Madgaon setelah berjaya menang dengan jaringan tipis 1-0 sekaligus merangkul Johan bagi pertandingan ini.

 

Pada keseluruhannya, FutSeoul 2015 ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan mengambil kira isu cadangan yang telah dibangkitkan oleh peserta dalam program ini.

 

Keputusan penuh perlawanan:

Johan : Madgaon

Naib Johan : Encik Kentang FC

Ketiga : Masa Depan Timur

Keempat : Nazmeen.

 

Penyertaan FUTSEOUL 2015

TARIKH : 28 MAC 2015 (SABTU)
TEMPAT : COURT FUTSAL ANNYANGCHEON RIVER,DMU
MASA : 9.00AM – 4.00PM

Syarat-syarat penyertaan:
1. Pertandingan adalah terbuka kepada LELAKI sahaja.
2. Penyertaan dibuka kepada 8 pasukan. (Jika sambutan menggalakkan, penganjur boleh menambah penyertaan sehingga 10 pasukan).
3. Setiap pasukan dikehendaki mendaftarkan seramai tujuh (7) orang pemain dalam satu (1) pasukan.
4. Seorang (1) pemain dibenarkan mendaftar dalam satu (1) pasukan sahaja.
5. Penyertaan dibuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum,umur dan sebagainya.
6. Masa permainan adalah 5-1-5 (tertakluk kepada perubahan).
7. Pertandingan diadakan secara liga liga kumpulan pada peringkat awal dan kalah mati pada pusingan berikutnya.(Tertakluk kepada penyertaan)
8. Semua pasukan dikehendaki berada dan sedia untuk bermain di tempat pertandingan 30 minit sebelum perlawanan dimulakan.
9. Yuran penyertaan adalah 12,000won untuk setiap pasukan dan mestilah dibayar pada hari pendaftaran. Pasukan yang tidak membuat pembayaran sedemikian akan ditolak serta merta penyertaannya.
10. Segala keputusan oleh penganjur adalah muktamad.

Tarikh tutup permohonan: 25 MAC 2015 (RABU)

ANDA BOLEH MENDAFTAR DENGAN MENGISI BORANG DI BAWAH

Borang penyertaan

 

Pengenalan Karnival Sukan Mahasiswa Korea Selatan 2015 (KASUMA)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

1. Makluman mesra buat pelajar-pelajar di Korea Selatan bahawa pihak Biro Sukan & Rekreasi PPMK Sesi 2014/15 akan menganjurkan sebuah program Karnival Sukan Mahasiswa Korea Selatan 2015 (KASUMA) pada tahun ini. Program ini merupakan anjuran bersama Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) dan Kelab Umno Korea (KUK).

2. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini ialah:
2.1. Kasuma Indoor Games.
2.2. Kasuma Sports Day.

3. Tujuan program ini diadakan ialah:
3.1. Mencungkil bakat baru dalam aktiviti sukan antara pelajar.
3.2. Menerapkan semangat kesukanan dan kerja berpasukan antara pelajar.
3.3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar.

4. Setiap kategori sukan yang dipertandingkan, markah bagi pemenang akan dimasukkan ke dalam sistem Batch War seperti tahun-tahun sebelum ini, kecuali pertandingan yang berbentuk pertandingan terbuka (Open Tournament).

5. Pihak kami mengharapkan penglibatan yang menggalakkan dari para pelajar dalam menjayakan program KASUMA 2015 ini dengan jayanya. Diharapkan aktiviti ini dapat mencapai objektif-objektif yang diharapkan dan menjadi titik tolak dalam usaha merealisasikan pembentukan insan yang cemerlang sejajar dengan peribadi dan sahsiah diri serta nilai-nilai kesukanan dapat diterapkan dalam diri para pelajar.

Nantikan perkembangan terbaru dari pihak kami mengenai aktiviti-aktiviti KASUMA 2015 ini.

Sekian,terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Wan Abdul Raheem Rasyeed Bin Wan Lokman
Biro Sukan & Rekreasi I PPMK 2014/15

Wan Nur Shahirah Binti Wan Mohd Kamal
Biro Sukan & Rekreasi II PPMK 2014/15.


"Pengetahuan Untuk Pembangunan"

 

Persatuan Pelajar Malaysia Korea Sesi 2014/2015

 

Program Orientasi 2015

Program Orientasi 2015 merupakan aktiviti pertama PPMK yang telah diadakan di Korea Selatan pada tahun ini . Program ini telah diadakan dua hari selepas ketibaan pelajar batch 15 ke Korea. Program Orientasi pada kali ini merupakan program 3 hari yang bertujuan untuk memperkenalkan asas kehidupan di Korea di samping memperjelaskan dasar-dasar yang termaktub dalam perjanjian kontrak yang perlu dipatuhi oleh pelajar-pelajar baru yang pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke bumi sonata ini.

Bertempat di Dongyang Mirae Universiti(DMU) pada tarikh 19 hingga 21 Februari yang ketika itu melibatkan pelajar batch 15 seramai 70 orang serta ahli jawatankuasa(AJK) Orientasi yang terdiri dari senior yang kebanyakannya tidak pulang bercuti pada musim sejuk pada awal tahun 2015.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa Program Orientasi ini, yang antaranya adalah aktiviti Latihan Dalam Kumpulan(LDK) dan juga program kembara. Tidak terlupa juga slot khas Bersama Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA, Puan Dinatra . Beliau telah mengadakan satu sesi perkongsian mengenai kes-kes pelajar tajaan JPA di serata negara turut membuka mata pelajar mengenai isu-isu yang dihadapi sepanjang pengajian.

Secara keseluruhannya, program orientasi pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Pihak AJK PPMK selaku pihak penganjur Orientasi 2015 ingin mencucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, terutama kepada semua AJK Orientasi 2015. Diharapkan apa yang baik semasa program ini akan dijadikan sebagai teladan dan apa yang kurang itu akan dijadikan sebagai pengajaran bagi boleh menjalankan program yang lebih baik pada sesi hadapan. Kepada pelajar Batch 15 pula, kami harapkan agar hubungan silaturahim antara adik-adik dan semua senior akan sentiasa terjalin erat. Dan kami juga mendoakan yang terbaik dan selamat maju jaya kepada semua pelajar batch 15.

For more photos, click here

Disediakan oleh Ahmad Dahlan bin Zolkipli

Perayaan Tahun Baru Cina 2015

Perayaan Tahun Cina merupakan salah satu perayaan yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Pada tahun ini, Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) telah berkolaborasi bersama Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan dan Malaysian Association of the Republic of Korea (MARK) untuk menganjurkan perayaan ini pada 28hb Februari 2015 (Sabtu), bertempat di Kedutaan Besar Malaysia.

Majlis dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada pengerusi majlis, Ahmad Farouq Ahmad Said. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan P.Y.T. Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Dato’ Rohana Ramli, seterusnya ucapan Presiden MARK, En. Aloysius Wee, serta ucapan daripada Presiden PPMK, saudara Ahmad Dahlan Zolkipli.

Seterusnya, majlis dirasmikan dengan sesi menggaul Yeesang. Menggaul yeesang merupakan adat yang dilakukan oleh kaum Cina pada Tahun Baru Cina dan pada tahun ini juga, acara ini dikekalkan bagi menghormati dan mengekalkan adat-adat yang dilakukan. Sesi ini disempurnakan oleh Dato’ Rohana Ramli, Encik Aloysius Wee, Ahmad Dahlan, serta wakil-wakil bagi setiap kaum dari kalangan pelajar Malaysia yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dalam menyambut sesuatu perayaan.

Majlis dimeriahkan lagi dengan tayangan video yang disediakan oleh Biro Multimedia PPMK. Video ini membawa mesej bahawa kita tidak keseorangan meraikan perayaan ini walaupun berada jauh dari keluarga kerana kita sentiasa ada kawan untuk meraikannya bersama. Seterusnya, persembahan nyanyian lagu-lagu Tahun Baru Cina daripada pelajar batch 15 telah memeriahkan lagi majlis ini. Selepas itu, satu lagi tayangan video yang disediakan oleh pelajar batch 15 telah dipersembahkan kepada para hadirin. Video ini menceritakan tentang pengalaman pertama pelajar batch 15 yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina di negara orang dan jauh dari keluarga dan juga membawa mesej bahawa kawan juga merupakan ahli keluarga. Akhirnya, majlis diceriakan lagi dengan satu lagi persembahan tarian tradisional daripada batch 15.

Kesimpulannya, program sambutan Tahun Baru Cina anjuran PPMK bersama Kedutaan Besar Malaysia dan MARK telah berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama serta sambutan dari semua pihak yang terlibat. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kolaborasi yang telah membantu pihak PPMK dalam konteks sumbangan dana untuk menampung kos perbelanjaan dan meminjamkan dewan untuk melaksanakan program ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada AJK Majlis Sambutan Tahun Baru Cina dan semua pelajar, terutamanya pelajar batch 15 dan saudara pengacara yang telah memberi komitmen penuh dalam menjayakan majlis sambutan ini.

For more photos click here

Disediakan oleh Wong Shu Ming

Program Ramah Mesra 2015

On the 17th of January 2015, PPMK has conducted “Program Ramah Mesra” for the students of batch 15 who will be flying off to South Korea very soon. The event aims to share and instil the needed skills and information for their preparation before flying while building stronger relationships between juniors and seniors. The event was attended by 103 students from batch 15 as well as 22 seniors who acted as facilitators for the group discussions.

We started off at 10.05am with the introductory remarks by the Secretary of PPMK, Zulfikri Ahmad, and a brief introduction on PPMK by the Head of Bureau for Communications and Special Tasks, Ralph Lauren Thaddeus, before moving on with the presentation on academic and welfare aspects of the students by Zulfikri Ahmad and Head of Bureau for Culture and Arts, Wong Shu Ming, respectively. At 11.30am, after having breakfast, the students were divided into groups where the facilitators answered any questions that the students had, gave personal insight, and shared their experience on life in South Korea. The event was concluded at 12.45pm with a group photo session and lunch.

Through this event, we hope that the students of batch 15 have gained invaluable input from the presentations and discussions. We also look forward to meeting them as they fly off to Korea in February.

for more photos, click here

By Ralph