KASUMA Sports day 2015 (report)

cover2

 

Pada 3 Oktober 2015 telah berlangsungnya program KASUMA Sports Day 2015 bertempat di Inha Universiti,Incheon dengan jayanya. Program ini adalah merupakan salah satu aktiviti sukan yang dipertandingkan dalam program Karnival Sukan Mahasiswa Korea Selatan 2015 (KASUMA) di bawah kelolaan Biro Sukan dan Rekreasi PPMK 2014/2015 setelah berlangsungnya KASUMA Indoor Games yang telah dilaksanakan pada bulan April yang lalu.

Sebanyak 8 jenis kategori sukan telah dipertandingkan dalam program ini iaitu bola sepak (L), bola baling (L), bola baling (P), bola keranjang, bola jaring, tarik tali (L), lari 100 meter (L) dan lari 100 meter (P). Program ini telah menggunakan sistem pertandingan antara batch yang juga dikenali sebagai sistem “Batch War” yang terdiri daripada Batch 11, Batch 12, Batch 13, Batch 14 dan Batch 15.
Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan serta bacaan doa oleh Pengarah Program iaitu Saudara Wan Abdul Raheem Rasyeed Bin Wan Lokman. Setelah selesai ucapan aluan serta bacaan doa, program diteruskan dengan acara-acara yang dipertandingkan. Pada sesi pagi telah berlangsungnya acara bola sepak, bola baling, bola keranjang dan bola jaring. Pada sesi petang pula, beberapa acara sesi pagi bersambung semula dan acara 100 meter lelaki dan perempuan bermula dan diakhiri dengan acara tarik tali. Program ini telah berakhir dengan ucapan penutupan oleh Puan Noor Aida binti Misran selaku Setiausaha Pertama Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan Seoul serta upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah disampaikan juga oleh Puan Noor Aida dan Encik Khairul Effandi bin Shafiee selaku Setiausaha Ketiga (Hal Ehwal Pelajar).

Pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam menjayakan program ini. Pihak PPMK juga ingin memohon maaf andai berlaku kesilapan dan kekurangan sepanjang mengendalikan program ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan mengambil kira isu cadangan yang telah dibangkitkan oleh peserta dalam program ini.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

Johan keseluruhan : Batch 15 (67 mata)
N.Johan : Batch 13 (38 mata)
Ketiga : Batch 12 (31 mata)
Ke-4 : Batch 14 (24 mata)
Ke-5 : Batch 11 (22 mata)

Bola Sepak (L)
Johan : Batch 13
Naib Johan : Batch 14
Ketiga : Batch 12
Ke-4 : Batch 15
Ke-5 : Batch 11

Bola Baling (L)
Johan : Batch 13
Naib Johan : Batch 15
Ketiga : Batch 11
Ke-4 : Batch 14
Ke-5 : Batch 12

Bola Baling (P)
Johan : Batch 15
Naib Johan : Batch 14
Ketiga : Batch 13
Ke-4 : Batch 11
Ke-5 : Batch 12

Bola Keranjang
Johan : Batch 12
Naib Johan : Batch 15
Ketiga : Batch 13
Ke-4 : Batch 14
Ke-5 : Batch 11

Bola Jaring
Johan : Batch 15
Naib Johan : Batch 12
Ketiga : Batch 11
Ke-4 : Batch 13
Ke-5 : Batch 14

Tug Of War
Johan : Batch 15
Naib Johan : Batch 12
Ketiga : Batch 13

Lari 100 meter (L)
Johan : Wan Aiman Shazne (Batch 15)
Naib Johan : Syamsul Ikmal (Batch 15)
Ketiga : Hafiz Yaakub (Batch 14)

Lari 100 meter (P)
Johan : Rachel (Batch 11)
Naib Johan : Ching Jun (Batch 15)
Ketiga : Jia Yien (Batch 15)

Jumlah pungutan mata terkini sistem Batch War:
Batch 11 : 82.53 mata
Batch 12 : 84.35 mata
Batch 13 : 124.72 mata
Batch 14 : 110.8 mata
Batch 15 : 153.8 mata

 

Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
Wan Nur Shahirah Wan Mohd Kamal
Biro Sukan dan Rekreasi 2,
PPMK 2014/2015

Jemputan ke KASUMA Sports Day 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berhubung dengan Karnival Sukan Mahasiswa Korea Selatan 2015 (KASUMA) anjuran Biro Sukan dan Rekreasi PPMK 2014/2015, sukacitanya pihak kami ingin menjemput seluruh warga PPMK untuk menyertai program Kasuma Sports Day 2015.

Berikut merupakan butiran lanjut mengenai program tersebut

           Tarikh : 3 Oktober 2015 (Sabtu)

           Masa   : 9.00 pagi – 6.00 petang

           Tempat : Padang Inha University, Incheon.

Acara-acara yang dipertandingkan :

1) Bola Sepak (L) – 15 orang

2) Bola Keranjang (L) – 8 orang

3) Bola Baling (L & P) – 10 orang (Lelaki), 10 orang (Perempuan)

4) Bola Jaring (P) – 10 orang

5) Lari 100 Meter (L & P) – 2 orang (Lelaki), 2 orang (Perempuan)

Acara tambahan :

Sukaneka : Tug of War (L)

  • Setiap batch dikehendaki menghantar satu pasukan.
  • Bilangan maksimum peserta adalah 10 orang.
  • Menggunakan sistem saringan dan ‘kalah-mati’.

p/s : Sekiranya ada berlaku perubahan berkaitan acara yang dipertandingkan akan diberitahu dari semasa ke semasa.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli PPMK yang berada di Korea SelatanSistem Batch War akan digunapakai dalam semua acara yang dipertandingkan. Bagi memeriahkan lagi program ini, beberapa acara berkemungkinan akan disertai juga oleh kumpulan “Open Team” yang merupakan masyarakat Malaysia yang berada di Korea Selatan.

Ketua setiap batch diminta mengumpulkan senarai nama peserta bagi setiap kategori dan menghantar penyertaan batch anda kepada kami selewat-lewatnya sebelum 11:59pm 25 September 2015 (Jumaat).

DOWNLOAD TENTATIF DAN PETA LOKASI DISINI 

11222940_860793237345563_8392489309874232834_o

 

 

Teaser KASUMA Sports Day 2015

KASUMA SPORTS DAY 2015

Akan Datang!!
3 Oktober 2015
Padang Inha University, Incheon.

Stay tuned for more updates.

11222940_860793237345563_8392489309874232834_o

Majlis Berbuka Puasa dan Takbir Raya

Tarikh 16 Julai 2015 yang lepas, Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) telah menganjurkan Program Takbir Malam Raya yang merupakan kesinambungan kepada Program Ramadhan Kareem. Program kali ini dianjurkan bertujuan untutk mewujudkan suasana sambutan Aidilfitri di perantauan terutama bagi pelajar-pelajar yang tidak dapat pulang berhari raya di tanahair.

Persiapan program dilakukan sehari sebelum program dengan membeli persiapan untuk juadah berbuka keesokkannya. Penyediaan juadah program kali ini melibatkan pelajar-pelajar senior yang berkesempatan bersama membantu AJK PPMK yang lain. Selain itu, turut membantu dalam penyediaan juadah juga Encik Adham dan Cik Roziana.

11737823_837662196325334_8329605565874236498_n

Takbir raya di laungkan selepas selesai solat isyak.

Selepas segala persiapan dilakukan, tetamu-tetamu yang juga pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia datang membuat persiapan sebelum waktu berbuka. Azan Maghrib dikumandangkan oleh seorang pelajar senior menandakan waktu berbuka. Pelajar dan rakyat Malaysia menunaikan solat Maghrib dan menjamu dengan juadah yang disediakan pada sebelah petang.

Setelah mendapat kepastian tarikh hari raya iaitu keesokkannya, pelajar dan rakyat Malaysia bersama-sama bertakbir raya sebelum dan selepas solat Isyak.

Keseluruhan program berjalan dengan lancar dan kami dari pihak PPMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir memeriahkan program kami kali ini. Diharapkan ahar program ini dapat lagi diteruskan di masa hadapan.

11225207_837680179656869_3799509193053173716_n

sesi bergambar selepas selesai majlis

 

10950667_837680189656868_9016027873278585619_n

 

Disediakan Oleh Firdaus Adzmi
Biro Agama dan Kebajikan 1

GPS registration

Second Chance!

Due to numerous requests, we have decided to open a second batch of registration, for those who didn’t manage to register in time.

You have until 11.59pm, 26th July 2015 (Sunday) !

Only very limited places available on a first-come, first-served basis. Don’t miss out this time!

Grab your second chance here: http://goo.gl/forms/79fAL75MVL

 

1614597_569733256497904_8431264446594399587_o

 

source : Global Policy Symposium 

GLOBAL POLICY SYMPOSIUM 2015

Introduction

The Malaysian Students’ Global Policy Symposium (GPS) is a collective effort of Malaysian student councils around the globe to bring Malaysian students worldwide from different backgrounds and demographics to engage, interact and network in a fruitful discourse over issues of national importance. It is an event for the students to speak up their perspectives while having a line-up of public policy experts and observers to assist them in improvising their ideas for a more pragmatic outcome. GPS has three aims in mind:  

  1. Driving the Nation Forward
  2. Developing Malaysians
  3. Bringing Malaysians Together  

Header-1

 

11705416_561922570612306_4846336180211704525_o

 

11713936_565814643556432_7964035360407535389_o

The Global Policy Symposium is open for registration!
Join us as we host our very first instalment of this historic event.

Dates: 1-2 August 2015
Venue: Sunway University
FREE ADMISSION!

Register now at:
https://goo.gl/DrLmLj

 
 Wanting to know more about how our country can achieve the High Income Nation status by 2020? Head to our symposium and get more insight on a special session with our line of guest panellists:
  1. YB Senator Dato' Seri Abdul Wahid Omar, Minister in the Prime Minister's Department (Economic Planning Unit).
  2. HRH Tunku 'Abidin Muhriz, Chairman and Founding President of the Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
  3. Tan Sri Ramon Navaratnam, Chairman of the Centre for Public Policy Studies (CPPS) at the Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI). He is also currently the Corporate Advisor of the Sunway Group, Deputy Chairman of Sunway College, and Director of the Asian Strategy & Leadership.

11011554_567632816707948_6320532537323926219_n 11705176_567632820041281_1900855081741732179_n 11745729_567632916707938_6134330935824803798_n

THE COUNCIL full video

With the hopes of creating a new means for members of PPMK to voice out, PPMK with the help of every other Malaysian student body in South Korea has started The Council. Each episode of The Council will consist of three different speakers, who each have something different to say to the student community here in the Republic of Korea; be it a new idea, sharing experience, or a comment or critique and The Council itself, which is comprised of representatives from each student association who will be evaluating, providing advice, and commenting on every speech.

For the first episode of The Council, three speakers have been invited:
1. 7:55 Dahlan – “Malaysia’s Global Policy Summit (GPS)” for overseas scholars
2. 38:25 Ralph – “On Being Active”
3. 55:30 Hijazi – “PPMK’s Basketball Club”

We sincerely hope that with the first episode of The Council and hopefully many more to come, members of PPMK will fully utilize this medium and step up to share with the community of students here ^^
(For those who are interested in having their voice to be heard in the next session, stay tuned for our updates!!)

Ramadan Kareem 2015

Pada 20 Jun 2015 yang lalu, Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK) telah menganjurkan program Ramadhan Kareem yang merupakan salah satu program di bawah Biro Agama & Kebajikan bertempat di Kedutaan Besar Malaysia di Korea Selatan. Program ini bertujuan untuk menwujudkan suasana tarbawi di samping ingin mengiatkan ahli-ahli persatuan yang beragama Islam, bulan Ramadhan bukan sekadar bulan yang berlapar dan dahaga tetapi bulan yang membentuk muslimin dan muslimat yang kuat. Ia bukan sahaja dari bentuk fizikal, malah yang lebih besar adalah memupuk ketaqwaan kepada Allah SWT.

Program bermula dengan penyediaan juadah makanan pada jam 2 petang di mana pelajar-pelajar junior hadir membantu menyediakan juadah bersama Pegawai Pendidikan dan Latihan, Puan Dinatra dibantu oleh Encik Adham dan Cik Roziana.
Program diteruskan dengan pembukaan beberapa bazaar oleh pelajar-pelajar di sini. Terdapat pelbagai juadah yang dijual seterusnya mewujudkan suasana bazaar di Malaysia.

Sebelum azan berkumandang, pelajar-pelajar didengari dengan bacaan ayat suci Al-Quran sehingga masuknya waktu Maghrib. Selepas berbuka puasa dan selesai menunaikan solat maghrib, rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai pelbaga bangsa dijamu dengan juadah yang disediakan. Program berakhir dengan solat Isyak dan Terawih.
Pada keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar walaupun tempat agar terhad untuk menampung kesemua tetamu sekaligus dalam satu-satu masa. Kami dari pihak PPMK mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program kami kali ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Hari Kebudayaan 2015 (report)

Hari Kebudayaan merupakan salah satu program tahunan PPMK di mana ahli-ahli PPMK dapat berkumpul dan menghayati kebudayaan serta kesenian Malaysia. Jika dilihat pada tahun-tahun sebelumnya, Hari Kebudayaan telah menerima maklum balas yang positif daripada ahli-ahli PPMK dan merupakan salah satu daripada program PPMK yang paling dinanti-nantikan. Sehubungan dengnan itu, ahli jawatankuasa PPMK telah sebulat suara untuk melaksanakan program ini dengan kerjasama Kelab Umno Korea (KUK) seperti tahun-tahun lepas.

Hari Kebudayaan pada tahun ini telah diadakan di Dongyang Mirae Universiti, Seoul pada 30 Mei 2015 (Sabtu), dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 6.30 petang. 1.1.Disebabkan 30 & 31 Mei adalah tarikh sambutan Tadau Kaamatan dan 1 & 2 Jun adalah tarikh sambutan Hari Gawai, kami merancang untuk menyambut kedua-dua perayaan ini di program Hari Kebudayaan dengan menetapkan tema program sebagai Hari Gawai & Tadau Kaamatan seperti tahun yang lepas. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Multicultural Booth
2. Pertandingan Berbalas Pantun
3. Pertandingan Interpretasi Kebudayaan
4. Pertandingan Gubahan Lagu
5. Pertandingan Permainan Tradisional
a) Sepak Raga
b) Mereka Kolam
6. Pertandingan Melukis dan Menghias Kipas
7. Pertandingan Masakan Tradisional
8. Kuiz Kebudayaan Malaysia
9. Talentime
10. Pertandingan Fotografi

Aktiviti-aktiviti tersebut telah berjaya meningkatkan penglibatan dan mencungkil bakat para pelajar. Antara aktiviti tersebut, Multicultural Booth, Pertandingan Berbalas Pantun, Pertandingan Mereka Kolam, Pertandingan Melukis dan Menghias Kipas, Pertandingan Masakan Tradisional dan Talentime merupakan aktiviti yang diadakan buat pertama kali semasa Hari Kebudayaan.

Pada keseluruhannya, Hari Kebudayaan 2015 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah mengeratkan hubungan antara persatuan-persatuan pelajar melalui kolaborasi yang dilaukan dalam proses persediaaan program ini. Pihak kami juga yakin bahawa Hari Kebudayaan 2015 telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejabat PPL Seoul, iM4U, AJK PPMK, AJK KUK, AJK Penggerak Biro Kebudayaan dan para ahli PPMK yang memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Keputusan Aktiviti Hari Kebudayaan 2015:

Pertandingan Batch Wars:
1. Pertandingan Berbalas Pantun
Tempat Pertama: Batch 13
Tempat Kedua : Batch 14
Tempat Ketiga : Batch 15

2. Pertandingan Interpretasi Kebudayaan
Tempat Pertama : Batch 14
Tempat Kedua : Batch 15
Tempat Ketiga : Batch 13
Tempat Keempat: Batch 12
Tempat Kelima : Batch 11

3. Pertandingan Gubahan Lagu
Tempat Pertama: Batch 13
Tempat Kedua : Batch 11
Tempat Ketiga : Batch 15

4. Pertandingan Permainan Tradisional
a) Sepak Raga
Tempat Pertama: Batch 11
Tempat Kedua : Batch 12
Tempat Ketiga : Batch 13

b) Mereka Kolam
Tempat Pertama: Batch 15
Tempat Kedua : Batch 14
Tempat Ketiga : Batch 13

5. Pertandingan Melukis dan Menghias Kipas
Tempat Pertama: Batch 13
Tempat Kedua : Batch 11
Tempat Ketiga : Batch 15

6. Pertandingan Masakan Tradisional
Tempat Pertama: Batch 15
Tempat Kedua : Batch 14
Tempat Ketiga : Batch 13

7. Kuiz Kebudayaan Malaysia
Tempat Pertama: Batch 11
Tempat Kedua : Batch 14
Tempat Ketiga : Batch 15

Acara yang tidak termasuk dalam Batch Wars:
Pertandingan Fotografi
Tempat Pertama: Nurfarhani Azeera binti Badarudin
Tempat Kedua : Muhammad Harithah bin Zulkafli
Tempat Ketiga : Saeed Owairan bin Misnan

Pihak PPMK juga ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
1. Peserta Talentime
a) Batch 12 – Persembahan nyanyian
b) Batch 13 – Persembahan tarian

2. Peserta Multicultural Booth
a) Ajk Penggerak Biro Kebudayaan
b) Amir Care & Amir Sister
c) Batch 14
d) Afifah Bukhari
e) Isma Korea
f) Buku Jalanan Seoul
g) Lukisan Henna

Jumlah pungutan mata terkini sistem Batch War:
Batch 11 : 60.53 mata
Batch 12 : 53.35 mata
Batch 13 : 86.72 mata
Batch 14 : 86.80 mata
Batch 15 : 86.80 mata

Mini Simposium 2015 (report)

Pada 23 Mei 2015, aktiviti tahunan Program Mini Simposium telah berlangsung dan merupakan antara salah satu aktiviti akademik yang yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Korea (PPMK), bertempat di Bilik 123 Sanghuh Research Building , Universiti Konkuk. Program ini bertujuan untuk menyediakan platform bagi pelajar Batch 15 untuk mendapatkan maklumat berkenaan universiti-universiti yang terdapat di Korea Selatan sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti setelah tamat program persediaan bahasa di Language Education Institute (LEI) Seoul National University.

Sesi pendaftaran dimulakan pada pukul 9 pagi sehingga 10 pagi di mana seramai 90 orang peserta telah menghadirkan diri . Program ini telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh wakil Pengarah program, Saudara Claudio diikuti dengan sesi pencapaian akademik oleh Pn. Dinatra Bt Mohd Saat selaku Pegawai Pendidikan dan Latihan Seoul (PPL Seoul). Program diteruskan dengan pengenalan tentang universiti daripada wakil universiti yang berbeza. Berikut merupakan senarai nama wakil dan universiti yang mengambil bahagian dalam sesi tersebut:

1) Sungkyunkwan University : Rachel Eve Clarence (Batch 11)

2) Konkuk University : Shahrul Bin Abdullah (Batch 13)

3) Korea University : Nur Fatihah Binti Mat Nor (Batch 12)

4) Hanyang University : Renugah A/P Sathasivam (Batch 13)

5) Yonsei University : Azrin Lau Bin Abdul Muhaimin Izzudin (Batch 12)

6) Seoul National University : Nawal Amalin Binti Muhammad (Batch 11)

7) Ewha Womans University : Nurafina Binti Alias (Batch 13)

8) Inha University : Nur Amalina Binti Ahmad Nasir (Batch 11)

9) Dongyang Mirae University : Claudio Canigga Anak George (Batch 13)

Pengisian terakhir program iaitu booth jurusan telah diadakan bagi memberi peluang kepada para senior yang hadir berkongsi maklumat mengenai jurusan yang bakal diambil di universiti.

Satu kaji selidik telah dilakukan selepas Mini Simposium 2015 melalui boring kaji selidik untuk menilai pendapat dan pandangan dari kesemua peserta yang terlibat dalam program ini. Antara cadangan yang dikemukakan ialah:

-Informasi universiti perlu lebih teliti dan wakil universiti diharapkan dapat menyusun pembentangan dengan standard intipati yang sama .

– Menyediakan sesi rehat sebentar selepas setiap perbentangan.

– Memendekkan masa program.

Pada keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan para peserta yang memberikan komitmen dan sokongan yang padu dalam menjayakan program akademik ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan mengambil kira isu cadangan yang telah dibangkitkan oleh peserta dalam program ini.

disediakan oleh Claudio