Pembukaan Jawatan AJK Orientasi 2016

12418005_926455080779378_3322091199072944641_n

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacitanya dimaklumkan kami, Barisan Kepimpinan PPMK 2015/2016 telah membuka jawatan AJK Orientasi 2016 yang akan dijalankan pada 22-24 Februari 2016. Sehubungan dengan itu, kepada ahli-ahli PPMK yang berminat dan bersedia untuk memberi komitmen dalam menjayakan Orientasi 2016 ini, kami amat mengalu-alukan penyertaan anda.

2. Antara jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah:

Fasilitator LDK

• Berperanan untuk menjayakan aktiviti LDK melalui penyampaian dalam skala kecil kepada pelajar junior berlandaskan modul yang telah dibincangkan dan ditetapkan oleh barisan tertinggi AJK orientasi.

• Satu mesyuarat bersama Ketua Fasilitator/Ketua LDK akan diadakan bertujuan untuk mempersiapkan diri fasilitator-fasilitator dengan modul LDK yang telah disediakan untuk Orientasi 2016.

Biro Disiplin

• Berperanan untuk menjayakan aktiviti disiplin pelajar melalui modul yang telah ditetapkan.

• Satu mesyuarat bersama Presiden PPMK/Kem Komandan akan diadakan bertujuan untuk mempersiapkan diri AJK Biro Disiplin dengan modul yang telah ditetapkan untuk Orientasi 2016.

AJK Bantuan

• Membantu Biro-biro sepanjang perjalanan Orientasi 2016.

• Antara biro yang dibentuk untuk orientasi kali ini ialah:

a) Biro Makanan

b) Biro Tugas-tugas Khas

c) Biro Perumahan

d) Biro Multimedia

e) Biro Agama dan Moral

3. Mereka yang memohon untuk jawatan ini mesti berada di Korea sekurang-kurangnya sebelum 15 Februari 2016.

4. Kepada yang berminat anda boleh memohon jawatan-jawatan yang dinyatakan seperti diatas dengan mengisi borang ini :

Borang AJK Orientasi 2016

5. Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Januari 2016, pukul 11.59 malam.

6. Kami sekali lagi mengalu-alukan saudara/i untuk menyertai kami dalam menjayakan program orientasi kali ini. Semoga dengan penyertaan anda, program Orientasi 2016 dapat mencapai objektif untuk memperjelaskan tentang hala tuju kehidupan pelajar serta mempersiapkan diri pelajar dengan asas-asas kehidupan bagi memudahkan penyesuaian diri sepanjang pengajian mereka di Korea Selatan.

Sekian.

“Pengetahuan Untuk Pembangunan”

Yang menjalankan tugas,

Nabilah Hannah Binti Elias
Setiausaha Agung
Persatuan Pelajar Malaysia Korea Sesi 2015/2016

Program Ramah Mesra 2016 (Report)

2016-01-16 08.13.27 1

Pada 16 Januari 2016, PPMK telah menganjurkan Program Ramah Mesra 2016 bertempat di Dewan 3S, Kolej Cemara Intec, Shah Alam. Program Ramah Mesra kali ini telah dihadiri oleh pelajar batch 16 seramai 76 orang dan para senior sebagai fasilitator seramai 23 orang termasuk 7 orang ajk PPMK sesi 2015/2016. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan pendedahan tentang suasana belajar dan kehidupan di Korea Selatan kepada pelajar-pelajar batch 16. Selain itu, objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan tentang dokumen-dokumen yang perlu disediakan sebelum berlepas ke Korea Selatan dam juga memperkenalkan PPMK kepada pelajar batch16.

Program telah dimulakan tepat pukul 10.00 pagi oleh pengerusi majlis oleh saudari Nur Syahidah binti Zulkefli dan bacaan doa bagi memberkati perjalanan program telah dibaca oleh saudara Mohmad Norshafiq bin Mohmad Sallih. Program diteruskan dengan pengenalan PPMK oleh saudara Ahmad Zulkamal bin Abd Manaf. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, program diteruskan dengan sesi bersama fasilitator untuk pembentangan akademik. Seterusnya program diteruskan dengan pembentangan hal ehwal kebajikan oleh fasilitator. Program diteruskan dengan sesi 3. Sesi ini merupakan waktu dan peluang untuk para junior bertanyakan apa sahaja yang mereka ingin tahu. Disebabkan oleh bilangan junior seramai 78 orang, mereka telah dibahagikan kepada 9 kumpulan sewaktu sesi pendaftaran dijalankan. Setiap kumpulan dianggotai oleh 8 hingga 10 orang junior dan 2 atau 3 orang senior.

Tepat jam 12.45 petang , sesi penggulungan telah dijalankan oleh Pengarah Program Ramah Mesra 2016. Junior-junior diminta menyiapkan borang soal selidik yang diedarkan oleh PPMK. Para junior amat berpuas hati dengan Program Ramah Mesra yang telah dijalankan kerana ia sangat bermanfaat kepada mereka dalam persediaan sebelum berlepas ke bumi Korea. Akhir sekali, satu sesi fotografi telah dijalankan dan selepas itu, para hadirin telah disajikan dengan juadah ringan yang telah disediakan. Program bersurai pada pukul 1.00 petang.

 

Pihak PPMK mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pelajar yang dapat menghadirkan diri pada Program Ramah Mersa pada kali ini. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada AJK PPMK 2015/2016 dan juga para fasilitator yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam menjayakan program ini.

Klik sini untuk galeri gambar Program Ramah Mesra 2016

Disediakan oleh,

Ahmad Latiff Bin Abu Hassan

Program Ramah Mesra 2016

Biro Akademik dan Kerjaya 2

Persatuan Pelajar Malaysia Korea

PERTAMA 2016 (Report)

12400914_919489464809273_5033635811108533993_n

Pada 8 Januari 2016 program “PERTAMA” yang merupakan singkatan bagi “Persidangan Tahunan
Mahasiswa” telah diadakan bertempat di Language Education Institute, Seoul National University
serta melibatkan seramai 63 pelajar Batch 15 dan turut disertai Ahli Jawatankuasa Biro Perumahan
dan Penempatan bersama Ahli Jawatankuasa Penggerak Biro sesi 2015/2016. “PERTAMA” mula
diperkenalkan pada tahun 2010 oleh pihak PPMK bertujuan untuk menerima dan mendapat maklum balas serta pandangan daripada pelajar‐pelajar junior, dikhususkan kepada aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun oleh pihak PPMK serta program orientasi. Selain itu, mereka juga berpeluang mendengar penerangan mengenai cara‐cara mencari rumah serta prosedur‐prosedur yang perlu diikuti apabila menandatangani kontrak perumahan di Korea.
Majlis bermula pada waktu 2.30 petang selepas semua pelajar muslim lelaki batch 15 menunaikan
solat jumaat. Program ini dimulakan dengan penerangan mengenai sistem perumahan di Korea dan
diikuti dengan cara mencari rumah serta presedur‐prosedur yang perlu diikuti apabila
menandatangani kontrak perumahan oleh AJK Biro Perumahan 1, Nur Syahidah. Majlis diikuti
dengan sesi ‘Soal Jawab’ daripada pelajar‐pelajar batch 15. Pelbagai persoalan berkaitan perumahan
dan prosedur menandatangani kontrak telah diajukan oleh para pelajar Batch 15, menunjukkan
kepentingan program ini dalam menjelaskan kekeliruan yang dihadapi oleh mereka. Selain itu,
penyerahan kontrak rumah juga turut dilakukan pada penghujung program oleh para pelajar yang
telah siap menandatangani kontrak rumah mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan pada pukul
5.00 petang.
Pihak PPMK mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pelajar yang dapat menghadirkan
diri pada program ini yang julung kali diadakan sebagai pembukaan program PPMK yang pertama
sekali bagi tahun 2016. Tidak dilupakan juga terima kasih kepada AJK Penggerak Biro Perumahan
dan Penempatan yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung dalam menjayakan program
ini.
Disediakan oleh
Nur Syahidah binti Zulkefli
Biro Perumahan dan Penempatan 1

Permohonan Fasilitator Program Ramah Mesra 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

1. Pada 16 Januari 2016, PPMK akan menganjurkan Program Ramah Mesra (PRM) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar Batch 16 berkenaan kehidupan dan sistem pengajian di Institut Bahasa , Seoul National University (LEI).

2. Justeru itu, kami dengan berbesar hati menjemput para ahli PPMK untuk menjadi fasilitator semasa program ini dijalankan. Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi LINK di bawah.

https://docs.google.com/forms/d/1JqFUi71O3RadfFhcH-6CNqFgWN18YYP8CsBIDY9ucsY/viewform

3. Berikut adalah butiran program tersebut:

Tarikh: 16 Januari 2016
Masa: 10 pagi ~ 1 petang
Tempat: Dewan 3S, Kolej Cemara, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor.

4. Besarlah harapan kami agar para ahli PPMK dapat turut serta dalam menjayakan program ini di samping mengeratkan hubungan dengan para pelajar Batch 16 yang akan datang melanjutkan pengajian ke Korea Selatan Februari hadapan.

Terima kasih.

Yang Menjalankan Tugas,
Mohd Nazerin Bin Mohd Nasir
Biro Akademik Dan Kerjaya 1
PPMK 2015/2016

Pengarah Program Ramah Mesra 2016
Ahmad Latiff Bin Abu Hassan
Biro Akademik Dan Kerjaya 2
PPMK 2015/2016

 

“Pengetahuan Untuk Pembangunan”

 

Persatuan Pelajar Malaysia Korea Sesi 2015/2016

Grand Annual Dinner AURELIA 2015 (report)

Pada 8 November 2015, PPMK telah menganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan 2015 atau lebih dikenali sebagai GAD 2015. GAD diadakan pada penghujung setiap tahun dengan tujuan menjadi penutup tirai untuk aktiviti-aktiviti PPMK sepanjang tahun di samping meraikan pencapaian ahli serta graduasi pelajar tahun akhir PPMK. Majlis tahun ini diadakan di Grand Ballroom, Bellagium Convention, Gangnam.

GAD pada kali ini diberi penjenamaan Aurelia ’15, nama yang berasal dari perkataan Latin, Aurum yang bermaksud Emas. Penjenamaan ini simbolik kepada nilai kesemua ahli-ahli PPMK yang tidak terhingga dan memori-memori emas yang dikumpul bersama ahli PPMK sepanjang tahun.

Seperti GAD tahun-tahun sebelum ini, Anugerah Gemilang telah dianugerahkan kepada ahli-ahli yang menunjukkan pencapaian dari pelbagai aspek. Anugerah Gemilang serta pemenangnya adalah seperti berikut:

1. Anugerah Seri Perak: Pelajar diploma dan ijazah yang berjaya mencapai GPA tertinggi pada semester musim bunga.
a. Peringkat Bahasa: Ho Qing Jun (Batch 15, Seoul National University LEI)
b. Peringkat Diploma Tahun Pertama: Nor Afiza Binti Jamil (Batch 14, Electronic Engineering, Dongyang Mirae University)
c. Peringkat Ijazah Tahun Pertama: Tee Hui Min (Batch 13, Department of Engineering, Sungkyunkwan University)
d. Peringkat Diploma Tahun Kedua: Nicholas Rengkin Peter (Batch 13, Mechanical Engineering, Dongyang Mirae University)
e. Peringkat Ijazah Tahun Kedua: Yeo Kah Shang (Batch 13, Chemical and Biomolecular Engineering, Yonsei University)
f. Peringkat Ijazah Tahun Ketiga: Teoh Pei San (Batch 12, Chemical Engineering, Sungkyunkwan University)

2. Anugerah Seri Bintang: Pelajar tahun akhir yang menunjukkan pencapaian akademik tertinggi dan berjaya mencapai CGPA tertinggi semasa pengajian.
– Foo Poh Yit (Batch 11, Chemical Engineering, Hanyang University)

3. Anugerah Seri Wira: Pelajar tahun akhir yang menunjukkan sumbangan kepada masyarakat dan prestasi cemerlang dalam pelbagai aktiviti kokurikulum.
– Nur Syahida Binti Suyot (Batch 11, Advanced Material and Science Engineering, Sungkyunkwan University

4. Anugerah Seri Emas: Pelajar tahun akhir yang berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping menjadi pelajar contoh dalam pelbagai aktiviti dalam tempoh masa 5 tahun
– Ralph Lauren Thaddeus (Batch 11, Mechanical Engineering, Korea University)

Anugerah AJK Terbaik PPMK sesi 2014/2015 juga dianugerahkan kepada Biro Pendidikan dan Kerjaya 2, Claudio Canigga Anak George dan Biro Multimedia dan Penerbitan 2, Muhammad Luqman bin Sujak. Pertandingan Video PPMK dimenangi oleh Batch 11, manakala pemenang keseluruhan untuk pertandingan Batch Wars PPMK dianugerahkan kepada Batch 15.

Malam Aurelia’15 disempurnakan dengan pelbagai jenis persembahan dari ahli-ahli PPMK , hadiah cabutan bertuah dan hadiah pakaian terbaik untuk kategori lelaki dan perempuan.

PPMK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, P.Y.T Dato Rohana Ramli kerana sudi merasmikan majlis dan bersama PPMK meraikan Malam Aurelia ’15, dan juga kepada, Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan di Kedutaan Malaysia di Korea Selatan, Pn. Nor Aida Misran atas pertolongan dan nasihat sepanjang perjalanan program.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada penaja-penaja PPMK yang meletakkan keyakinan mereka ke atas PPMK dan sudi menghadirkan diri ke Malam Aurelia ’15.

Akhir sekali, kepada kesemua ahli PPMK yang hadir pada Malam Aurelia ’15, kami amat menghargai sokongan dan pertolongan anda dalam menjayakan GAD pada tahun ini. Kami mengharap Aurelia’15 akan dikenang sebagai satu memori yang indah buat semua ahli PPMK 2014/2015.

tekan sini untuk galleri gambar-gambar GAD Aurelia 2015 

Disediakan oleh
Ralph Lauren Thaddeus
Biro Perhubungan dan tugas khas 1

 

Simposium kerjaya 2015 (report)

LAPORAN SIMPOSIUM KERJAYA (2015) : MAHASISWA BUMI SONATA PEMANGKIN WAWASAN NEGARA
Pada 31 Oktober 2015 (Sabtu) dan 1 November 2015 (AHAD) telah berlangsung program Simposium Kerjaya (2015) bertemakan Mahasiswa Bumi Sonata Pemangkin Wawasan Negara bertempat di Byeolchae Guesthouse, SNU Hoam Faculty House , Seoul, South Korea. Program dilaksanakan atas kerjasama PPMK, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kedutaan Malaysia, Talentcorp dan Ministry of Education Malaysia.
Simposium Kerjaya merupakan salah satu program tahunan PPMK di mana pelajar-pelajar tahun akhir untuk melahirkan graduan kelas pertama yang mampu bersaing dan mempunyai arah tuju di dalam dunia kerjaya. Selain itu, menerangkan prosedur yang harus dilakukan setelah tamat pengajian, memberikan pengalaman dan menyediakan landasan percubaan untuk para graduan sebelum menghadapi temuduga yang sebenar juga menyediakan peluang untuk para graduan belajar cara penulisan resume yang berkesan serta memberi pendedahan kepada para pelajar tentang peluang kerjaya yang ada.
Slot 1 mengenai penerangan prosedur lapor diri tamat pengajian serta penggantungan kontrak dan slot 2 mengenai pengenalan program Scholarship Talent Attraction & Retention (STAR), Graduate Employability Management Scheme (GEMS), JPA-Management Apprenticeship Programme (JPA-MAP) telah disampaikan oleh Setiausaha Pertama Pejabat Pendidikan dan Latihan, Puan Noor Aida bt Misran. Pada tahun ini juga, atas kerjasama dengan Talentcorp, wakil-wakil syarikat daripada UEM Group, Petronas ICT, INTEL, KEYSIGHT dan Plexus telah datang ke Korea bersama untuk menjayakan program Simposium Kerjaya (2015). Perkongsian penulisan resume dan ekspektasi kerjaya di Malaysia telah disampaikan kepada peserta oleh wakil-wakil syarikat.
Pada Ahad pagi, sesi temuduga secara kumpulan telah diadakan dan penemuduga adalah daripada semua wakil syarikat yang datang. Pada sebelah petang pula, temuduga secara individu telah diadakan untuk peserta yang telah disenarai penddekkan oleh syarikat-syarikat.
Pihak kami juga yakin bahawa Simposium Kerjaya telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan hasil kerjasama daripada semua pihak yang terlibat . Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pejabat PPL Seoul, wakil-wakil syarikat,AJK pgrogram dan peserta program yang memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini. Diharapkan agar program ini dapat diteruskan di masa hadapan.

Tekan sini untuk galleri gambar simposium kerjaya 2015

Disediakan oleh
Claudio George
Biro Akademik 2

Jemputan ke Grand Annual Dinner 2015 “AURELIA”

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk perkara di atas, PPMK akan melangsungkan Grand Annual Dinner (GAD) Aurelia ’15 pada 8 November 2015 (Ahad) bertempat di Bellagium Convention Grand Ballroom, Gangnam. Majlis ini akan dihadiri oleh Puan Yang Terutama Duta Malaysia ke Korea Selatan, tetamu- tetamu kehormat daripada kedutaan Malaysia, serta wakil- wakil daripada syarikat dan universiti di Korea Selatan.

2. GAD pada sesi ini diberi penjenamaan “Aurelia ‘15” bermaksud emas untuk melambangkan kecemerlangan dan nilai kesemua ahli  yang tidak terhingga. Penjenamaan ini juga turut merujuk kepada kenangan indah sepanjang tahun bersama komuniti pelajar dan rakyat Malaysia di Korea Selatan.

3. Sebanyak 500 tempat duduk telah ditempah untuk memuatkan semua tetamu kehormat dan para pelajar serta perancangan yang rapi telah diusahakan untuk menjayakan Aurelia ‘15.

4. GAD merupakan acara kemuncak dan program terbesar PPMK pada setiap tahun. Oleh kerana pemotongan elaun untuk GAD tidak lagi dilaksanakan, pihak PPMK akan mengutip yuran sebanyak KRW 20,000 seorang bagi menampung sedikit perbelanjaan majlis ini. Kami amat berharap ahli- ahli PPMK dapat menjelaskan yuran tersebut kepada wakil batch masing- masing selewat- lewatnya pada 1 November 2015.

5. Sedikit penambahan acara seperti lucky draw telah diatur untuk memberi sedikit saguhati kepada hadirin yang bertuah. Kod pakaian adalah formal dan mestilah sopan, dan bertemakan emas.

6. Kami amat berharap semua pelajar dapat menghadirkan diri untuk memeriahkan Aurelia '15 di samping mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan komuniti Malaysia di Korea.

Sekian, terima kasih.

gadposter

gadtentative

 

 

Penyertaan persembahan dan pertandingan video Grand Annual Dinner 2015

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk pengetahuan para pelajar, pihak PPMK bakal mengadakan majlis “Grand Annual Dinner 2015” pada 8hb November yang akan datang.

2. Justeru itu, pihak kami ingin membuka penyertaan kepada sesiapa yang ingin membuat persembahan di majlis makan malam ini dengan menghantar emel dalam format seperti berikut:

Nama individu/kumpulan :
Jenis persembahan : (Nyanyian, tarian, lakonan, dll)
Butiran persembahan : (Durasi persembahan, tajuk lagu/tajuk persembahan, alatan/instrumen yang diperlukan/digunakan, dll)
Butiran wakil ahli kumpulan : ( Nama, Batch, No. tel, Email)

Persembahan hendaklah kreatif dan bersesuaian dengan tema tetapi mestilah berdurasi kurang daripada 10 minit, menggunakan lagu yang tidak membingitkan telinga para hadirin, dan bersesuaian dengan formaliti majlis. Tarikh tutup penyertaan adalah 14 Oktober 2015 (Rabu) jam 11:59 malam.

3. Pertandingan video antara batch akan turut diadakan pada malam tersebut. Pertandingan ini akan turut termasuk dalam sistem pemarkahan Batch Wars. Adalah digalakkan bagi setiap batch untuk menghasilkan video yang berkualiti, menarik serta kreatif. Agihan markah bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:

Pertama :9 Markah
Kedua :6 Markah
Ketiga :4 Markah
Keempat :2 Markah
Kelima :2 Markah

4. Tema pertandingan video ini adalah “Radiance (Menyinar)”. Video tersebut hendaklah berdurasi antara 5-7 minit, dengan resolusi 720p atau 1080p. Setiap batch juga hendaklah meletakkan sarikata (subtitle) dalam bahasa Inggeris. Gunakan kreativiti dan kebebasan idea anda untuk mengekspresikan tema yang telah ditetapkan. Setiap video hendaklah dimuat naik ke akaun Youtube sendiri dan link tersebut hendaklah diberikan kepada e-mel ppmk (myppmk@gmail.com) sebelum 2 November 2015 (Isnin).

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

Biro Kebudayaan dan Kesenian
PPMK 2014/2015

Biro Multimedia dan Penerbitan
PPMK 2014/2015

Kiriman karya Cetusan 2015

Assalamualaikum dan salam sejatera,

Seperti tahun-tahun sebelum, majalah tahunan PPMK, cetusan tidak akan lengkap tanpa kiriman kreatif dan berbakat dari anda. Oleh itu, kami dari team cetusan crew 2015 sangat berbesar hati untuk menerima kiriman karya anda untuk dipaparkan ke dalam majalah Cetusan 2015.

1. Karya-karya yang anda boleh hantarkan adalah seperti puisi, sajak dan cerpen pendek yang mengandungi tidak lebih dari 800 patah perkataan. Jika anda ingin sertakan sekali gambar berkaitan dengan cerpen anda, kami sangat mengalu-alukan. Pemilihan bahasa adalah bebas (malay, english, korean). Team editor kami akan meneliti hasil karya anda dan karya menarik akan dipapar didalam Cetusan 2015.
Sila hantarkan karya anda ke alamat emel cetusancrew@gmail.com sebelum 12 oktober 2015.

2. Disamping itu, jika anda berminat untuk berkongsi kenangan travelogue anda, sila berikan alamat emel anda dan kami akan berhubung dengan anda untuk maklumat lanjut.
Terima kasih dan selamat berkarya!

Yang benar,
Ahmad Nazirul
Director
Cetusan 2015