Orientasi 2017 (Laporan)

Pada 20-22 Februari 2017, PPMK telah mengadakan Program Orientasi 2017 bertujuan untuk memperkenalkan dan memperjelaskan mengenai hala tuju kehidupan pelajar-pelajar Batch 17 sepanjang mereka melanjutkan pelajaran di Korea Selatan. Program ini telah diadakan di Dewan Besar Dongyang Mirae University dan telah melibatkan pelajar Batch 17 seramai 41 orang dan Ahli Jawatankuasa Orientasi seramai 60 orang.

Pada 20hb Februari 2017, program dimulakan dengan perasmian oleh Ketua Komandan, Luqman Hafiz yang menerangkan konsep dan objektif program Orientasi kepada semua pelajar. Pada pukul 9.45 pagi, program telah diteruskan lagi dengan sesi bersama Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan Seoul, Puan Noor Aida binti Misran yang membentangkan taklimat penajaan dan etika pelajar tajaan JPA. Pada pukul 11.00 pagi, Setiausaha Ketiga Pendidikan dan Latihan Seoul, Encik Khairul Effandi bin Shafiee telah membentangkan proses tuntutan dan kewangan pelajar JPA. Kemudian program diteruskan dengan sesi Ice Breaking di mana fasilitator dan pelajar baru saling berkenalan antara satu sama lain dan mencipta satu sorakan dan nama kumpulan bagi setiap kumpulan. Sesi ini berakhir pada pukul 11.50 pagi dan diteruskan dengan sesi pembentangan oleh Biro Kebajikan dan Keagamaan tentang tugas Biro Kebajikan, hospital yang boleh dilawati dan tuntutan kesihatan pelajar JPA. Program diteruskan dengan pembentangan asas hidup dan pengurusan kewangan oleh saudari Fozi Addiba dan diteruskan dengan pembentangan perumahan oleh saudari Shukhada dan saudara Mirza. Aktiviti pembinaan pasukan 1: One for All, All for One diteruskan pada pukul 4.30 petang yang berobjektifkan memupuk semangat setiakawan antara ahli kumpulan. Aktiviti pembinaan pasukan 2: Stand Together diteruskan pada pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 10.00 malam.

Pada 21hb Februari 2017, Program Kembara: No One Left Behind bermula pada pukul 7.00 pagi. Semua pelajar baru berjalan mengikut kumpulan dan harus menyelesaikan misi yang diberi. Objektif Program Kembara ini ialah untuk membiasakan pelajar dengan sistem pengangkutan di Korea selain memperkenalkan tempat-tempat menarik di sini. Program ini juga bertujuan untuk membina keyakinan pelajar berinteraksi bersama masyarakat tempatan. Perjalanan Program Kembara berakhir di Dongyang Mirae Universiti dan semua pelajar baru dan AJK Orientasi tiba sekitar jam 2.00 petang. Pelajar diberi masa selama satu jam 15 minit untuk menyediakan pembentangan. Sesi pembentangan Program Kembara bermula pada pukul 3.15 petang dan berakhir pada pukul 5.45 petang. Selepas sesi pembentangan tamat, semua pelajar dan AJK Orientasi telah meneruskan aktiviti dengan makan malam, solat Maghrib dan sesi moral. Aktiviti pembinaan pasukan 3: Dream Team bermula pda pukul 7.45 petang hingga pukul 10.00 malam. Aktiviti pembinaan pasukan ini bertujuan untuk membina semangat perpaduan dan kerjasama antara pelajar bagi menyiapkan sebuah replika bangunan yang harus dibina. Aktiviti ini memupuk pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif bagi menyiapkan tugasan tersebut dalam tempoh masa yang diberikan.

Pada 22hb Februari 2017, program bermula dengan sesi pembentangan akademik oleh saudara Safwan dan saudari Azzira pada pukul 9.00 pagi. Selepas itu program Orientasi diteruskan dengan aktiviti pembinaan pasukan 4: My Manitou di mana fasilitator akan menulis surat yang mengandungi kata-kata semangat kepada pelajar baru. Pada pukul 11.30 pagi, terdapat sesi terakhir bersama AJK Orientasi di mana pelajar baru dapat berkenalan dengan AJK Orientasi selain fasilitator kumpulan masing-masing. Pada pukul 2.00 petang, program diteruskan dengan sesi perkenalan PPMK dimana pelajar baru diterangkan dengan lebih jelas tentang objektif, visi dan misi serta kepentingan menjadi ahli PPMK. Program Orientasi berakhir dengan ikrar pelajar oleh Ketua Batch 17, saudari Aidishahir. Semua pelajar bersurai sekitar pukul 3.00 petang.

Pihak PPMK ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar Batch 17 yang telah dapat menyertai program ini dengan jayanya. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK Orientasi 2017 yang telah berusaha keras untuk memastikan kelancaran program. Tidak dilupakan juga kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh,
Nurafira Suraya Mazlan
Setiausaha Agung
PPMK sesi 2016/2017

Program Ramah Mesra (Laporan)

Pada 14 Januari 2017, Program Ramah Mesra 2017 telah diadakan dengan jayanya. Bertempat di Dewan Delima, Kolej Cemara, Shah Alam, Selangor program ini telah dihadiri oleh 24 orang fasilitator yang berdedikasi dan 42 orang pelajar KAMSA Batch 17. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Persatuan Pelajar Malaysia PPMK serta bertujuan untuk memberi pendedahan awal serta persediaan yang perlu dilakukan untuk meneruskan pengajian di Korea Selatan.

Meja pendaftaran telah dibuka dan dikunjungi pelajar seawal jam 9.00 pagi. Program dapat dimulakan setengah jam lebih awal kerana pelajar KAMSA Batch 17 sangat menepati masa dan ini telah memberi pandangan yang sangat baik kepada pihak pengurusan majlis. Majlis telah dimulakan tepat jam 10.00 pagi tanpa kehadiran Koordinator Program Teknikal Korea, Puan Rosha binti Mohamed kerana mempunyai komitmen lain pada hari tersebut. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diteruskan dengan sesi perkenalan PPMK yang telah dikendalikan oleh Presiden PPMK saudari Muhammad Syafiq bin Ahmad Kamil. Melalui sesi ini mereka telah diperkenalkan PPMK dan peranan PPMK sebagai sebuah organisasi pelajar di Korea Selatan.

Selepas itu, mereka telah dibahagikan kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada seorang ahli jawatankuasa PPMK, tiga orang fasillitator dan 7 orang pelajar KAMSA Batch 17. Fasilitator akademik telah mengetuai slot perbentangan dengan dibantu ahli jawatankuasa PPMK dan fasilitator yang lain. Slot ini adalah untuk menerangkan kepada pelajar KAMSA Batch 17 mengenai sesi pengajian di Institut Bahasa di Seoul National Universiti. Mereka telah diperingatkan mengenai dokumen dokumen penting yang perlu dibawa untuk kegunaan semasa proses kemasukan ke universiti nanti. Peserta menunjukkan minat yang sangat tinggi dan tidak kekok untuk bertanya soalan kepada fasilitator.

Pada pukul 12.30 program berhenti seketika untuk makan tengahari dan solat zohor. Peserta menggunakan masa ini sebaik-baiknya untuk merehatkan diri dan kembali cergas dan bersemangat untuk slot penerangan kebajikan dan perumahan yang bermula pada pukul 1.45 petang. Melalui slot ini mereka diberi gambaran awal rumah yang akan mereka diami dan diterangkan mengenai adab teman sebilik yang perlu mereka fahami. Selain itu slot ini juga digunakan untuk menerangkan mengenai jenis- jenis rawatan yang ditanggung penaja dan cara untuk membuat tuntutan bayaran. Selain itu fasilitator juga turut menerangkan mengenai makanan halal dan haram kepada mereka.
Program ini sangat bertuah dengan kehadiran Dr Zokhri bin Idris yang telah tamat pengajian peringkat PHD di Korea Universiti. Beliau bersetuju untuk berkongsi pengalaman dan memberi kata-kata motivasi kepada pelajar KAMSA Batch 17 yang akan melanjutkan pengajian ke Korea pada awal bulan Mac nanti. Rata-rata mereka memberikan respon yang positive semasa sesi ini diadakan. Untuk memeriahkan lagi program, pihak pengurusan majlis telah menyediakan quiz dan hadiah yang sangat menarik. Mereka juga diberi ole-ole tanda kenangan yang dibawa khas dari Korea. Majlis dapat ditamatkan pada pukul 4.30 petang. Sebelum beredar peserta tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama sama.

Secara keseluruhannya program ini telah berjaya membantu pelajar-pelajar baru dalam membina pemikiran yang matang sebagai persediaan mempelajari langkah dan cara menyambung pengajian yang betul di Korea Selatan. . Selain itu hubungan silaturahim yang terbina diharapkan dapat memudahkan kehidupan pelajar KAMSA Batch 17 di Korea nanti.. Diharapkan program seperti dapat diteruskan pada masa akan dating.

Disediakan oleh:
Azzira binti Zakariya
Biro Akademik dan Kerjaya 1
Persatuan Pelajar Malaysia Korea sesi 2016-2017

Permohonan Fasilitator Orientasi 2017

ORIENTASI 2017

Borang permohonan secara online AJK Orientasi 2017: http://bit.ly/2iUWwR8

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru!

Seperti semua sedia maklum, Orientasi 2017 akan dijalankan pada 20-22 Februari 2017. Kepada ahli-ahli PPMK yang berminat untuk menjayakan program orientasi ini, jangan lupa untuk memohon dengan mengisi borang secara online melalui link yang disediakan di bawah! :

Pelajar yang berminat untuk memohon menjadi AJK mesti berada di Korea sebelum 17 Februari memandangkan taklimat untuk AJK orientasi akan diadakan pada 17 Februari 2017 (Jumaat).

Antara tugas penting setiap biro adalah:

+Biro Disiplin: Berperanan untuk menjaga disiplin pelajar melalui modul yang telah ditetapkan.

+Biro Makanan: Berperanan untuk memastikan kelancaran pembahagian makanan dan kebersihan.

+Biro LDK (Fasilitator): Berperanan untuk menyampaikan modul yang dibincangkan dan ditetapkan oleh barisan tertinggi AJK orientasi dalam skala kecil.

+Biro Kebajikan & Keagamaan: Menjaga kebajikan peserta dan membantu semasa sesi moral/keagamaan.

+Biro Perumahan: Membantu peserta dalam masalah berkaitan perumahan dan mengiringi para peserta ke tempat orientasi dan pulang ke rumah.

+Biro Protokol & Tugas-Tugas Khas: Mengiringi peserta yang tiba di lapangan terbang dan menguruskan pengangkutan untuk bagasi peserta.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 6 Januari 2017, jam 10.00 malam.

Jangan lepaskan peluang ini!

Program Ramah Mesra 2017

Bosan dengan cuti di Malaysia?

Ingin mengenali hubae 17 sambil berkongsi pengalaman serta ilmu sepanjang pengajian anda di Korea?
Jom sertai kami pada Program Ramah Mesra 2017 kali ini!

Anda hanya perlu mengisi borang fasilitator ini dan kami akan menghubungi anda.
Psssttt~~ penginapan juga disediakan bagi yang memerlukan!!
Tunggu apa lagi?? Mari sertai kami dan hangatkan PRM kali ini!

Daftar di sini :
https://docs.google.com/…/1FAIpQLSchWJFC35JCoeiM58…/viewform

——————————————————————————

Sekiranya anda mempunyai kritikan idea mahupun cadangan, anda boleh menggunakan medium kami:
http://letterstoppmk.tumblr.com/

KASUMA II Outdoor 2016 (Report)

Pada tanggal 1 Oktober 2016, PPMK telah berjaya melaksanakan program KASUMA II:Outdoor di Inha Universiti. Program yang telah dibantu oleh TeamKASUMA ini turut ditaja oleh KT Corporation dan Makan Restaurant selain penaja rasmi iaitu JPA. Meskipun terdapat isu kekurangan makanan dan isu kecederaan yang banyak, program pada kali ini tampak meriah dan mendapat sambutan yang hangat daripada para pelajar. KASUMA II: Outdoor juga telah mencipta sejarah apabila kehadiran melebihi daripada 300 orang berbanding tahun-tahun sebelumnya. Antara acara-acara yang dipertandingkan:

  • Bola Sepak
  • Bola Baling (L&P)
  • Bola Jaring
  • Bola Keranjang
  • 100m (L&P)
  • 족구
  • Tarik Tali

Manakala berikut merupakan senarai-senarai para pemenang mengikut batch:

Bola Baling (L)

  1. Batch 13
  2. Batch 12
  3. Batch 15
  4. Batch 14
  5. Batch 16

Bola Baling (P)

  1. Batch 15
  2. Batch 13
  3. Batch 14
  4. Batch 16
  5. Batch 12

Bola Sepak

  1. Batch 15
  2. Batch 12
  3. Batch 14
  4. Batch 13
  5. Batch 16
  6. Team Open

Bola Jaring

  1. Batch 15
  2. Batch 12
  3. Batch 16
  4. Batch 14
  5. Batch 13

족구

  1. Batch 13
  2. Batch 12
  3. Batch 14
  4. Batch 16
  5. Batch 15

Bola Keranjang

  1. Batch 12
  2. Batch 15
  3. Batch 16
  4. Batch 14
  5. Batch 13

100m (L)

  1. Batch 14 – Rashady (11.85s)
  2. Batch 15 – Wan Aiman
  3. Batch 15 – Syamsul Ikmal
  4. Batch 13 – Amy Aidil

100m (P)

  1. Batch 15 – Jun
  2. Batch 13 – Wei Shern
  3. Batch 15 – Afrina Kiasatina
  4. Batch 14 – Nurfarhani Azeera

Tarik Tali

  1. Batch 15
  2. Batch 12
  3. Batch 14
  4. Batch 16
  5. Batch 13

 

 Markah Keseluruhan KASUMA II Outdoor

Batch 12 – 50

Batch 13 – 42

Batch 14 – 40

Batch 15 – 71

Batch 16 – 25

 

KARYA CETUSAN 2016

14380115_1086036274821257_5431125328504281129_o

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hi,
Minat berkarya ?
Menulis adalah hobi anda ?
Berita baik untuk anda .Seperti tahun-tahun sebelum ini, majalah tahunan PPMK, Cetusan tidak akan lengkap tanpa kiriman kreatif dan berbakat dari anda. Oleh itu, kami dari team cetusan 2016 sangat berbesar hati untuk menerima kiriman karya anda untuk dipaparkan ke dalam majalah Cetusan 2016.

1. Karya-karya yang anda boleh hantarkan adalah seperti:
i. puisi
ii. sajak
iii. penulisan kreatif/ ilmiah (tidak lebih dari 800 patah perkataan)
iv. komik

Jika anda ingin sertakan sekali gambar berkaitan dengan karya anda, kami sangat mengalu-alukan. Pemilihan bahasa adalah bebas (malay, english, korean). Team editor kami akan meneliti hasil karya anda dan karya menarik akan dipapar dalam Cetusan 2016
Sila hantarkan karya anda ke alamat emel:

teamcetusan@gmail.com

sebelum 8 Oktober 2016

2. Disamping itu, jika anda berminat untuk berkongsi kenangan travelogue anda, sila berikan alamat emel anda dan kami akan berhubung dengan anda untuk maklumat lanjut.

Expresikan diri anda dan selamat berkarya!

Keputusan Pertandingan Poster Kemerdekaan 2016

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2016 dan Hari Malaysia, PPMK telah menganjurkan pertandingan mencipta poster.

Berikut merupakan keputusan bagi pertandingan poster pada kali ini.


Tempat Pertama – Claudio Canigga Anak George

14138272_1067859089972309_6494535231017195217_o

 

Tempat Kedua – Amirussalam Aswadi

14124873_1067858933305658_8953117886720095139_o

 

Tempat Ketiga – Muhammad Faiz bin Hafazil

14124987_1067859093305642_4217299197451826797_o

 

Saguhati

14063744_1067858913305660_5388185132111741108_n                     13975352_1067859053305646_977433833985028934_o                      14114917_1067859059972312_2420630736136951357_o

 

Tahniah kepada para pemenang bagi Pertandingan Poster Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia PPMK kali ini.

Semoga dengan pertandingan mereka poster dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar seterusnya melahirkan mahasiswa berjiwa Malaysia.

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER KEMERDEKAAN 2016

poster merdeka

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59 dan Hari Malaysia tidak lama lagi, PPMK mengambil peluang menganjurkan pertandingan mencipta poster bertemakan kemerdekaan negara kita.

Berikut adalah syarat penyertaan:
1) Penyertaan terbuka kepada semua pelajar Malaysia di Korea Selatan.
2) Bertemakan “Merdeka dan Hari Malaysia
3) Meletakkan ‪#‎WEMALAYSIA‬ di dalam poster
4) Meletakkan juga salah satu daripada hashtag berikut
‪#‎FORMALAYSIA‬
‪#‎AKUANAKMERDEKA‬
‪#‎MERDEKA2016‬
‪#‎MALAYSIADAY2016‬
‪#‎SEHATISEJIWA‬

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Ogos 2016, jam 2400 waktu Korea.

Hantarkan penyertaan anda ke myppmk@gmail.com

Keputusan pertandingan adalah berdasarkan undian ‘likes’ terbanyak di page PPMK dan penilaian daripada juri kami iaitu AJK Multimedia PPMK.

Keputusan akan diumumkan pada 29 Ogos 2016.

Semoga dengan pertandingan ini kita dapat menyemai semangat patriotisme dalam kalangan pelajar seterusnya melahirkan mahasiswa berjiwa Malaysia.

#WEMALAYSIA
#FORMALAYSIA
#AKUANAKMERDEKA
#MERDEKA2016
#MALAYSIADAY2016
#SEHATISEJIWA

Hari Kebudayaan 2016 (Report)

Pada 4 Jun 2016 yang lepas, pihak PPMK telah menganjurkan Hari Kebudayaan 2016 di Dongyang Mirae University. Hari Kebudayaan merupakan salah satu program tahunan PPMK yang melibatkan semua ahli untuk menjalankan aktiviti kebudayaan dan kesenian Malaysia dalam satu hari. Program Hari Kebudayaan ini seringkali mendapat respon yang positif dan menggalakkan daripada para peserta dan merupakan satu program yang amat dinanti-nantikan oleh ahli-ahli PPMK. Sehubungan dengan itu, PPMK pada sesi 2015/2016 telah membuat keputusan untuk mengadakan Hari Kebudayaan sekali lagi dengan bertemakan Hari Gawai sempena sambutan Hari Gawai di Malaysia pada tahun ini.

Antara aktiviti yang telah diadakan adalah pertandingan Mereka Kolam, pertandingan Ceper, pertandingan Seni Kaligrafi, pertandingan Chopstick Master, pertandingan Baling Selipar, pertandingan Berbalas Pantun, pertandingan Ratu Gawai dan pertandingan Interpretasi Budaya serta pertandingan Talentime di mana kesemua pertandingan dimasukkan ke dalam batch war kecuali pertandingan Talentime yang dibuka kepada semua pelajar tanpa mengira batch.

Seawal jam 9.00 pagi, kaunter pendaftaran dan Multiculture Booth telah dibuka kepada semua pelajar. Namun begitu majlis pembukaan telah ditangguh ke pukul 10.00 pagi atas sebab kebanyakan pelajar masih dalam perjalanan. Majlis dimulakan dengan perasmian majlis oleh Presiden PPMK, Muhamad Irsyad Bin Muhamad Ibrahim dan diteruskan dengan penerangan tentative dan aktiviti yang dijalankan oleh Biro Kebudayaan dan Kesenian 1, Mohamad Aiman Bin Hassan.

Program telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Pada sesi pagi, aktiviti Mereka Kolam, Ceper, Seni Kaligrafi, Chopstick Master, Baling Selipar, Berbalas Pantun serta pra-Ratu Gawai telah dijalankan serentak di berlainan tempat setelah taklimat dijalankan. Mereka Kolam, Ceper, Seni Kaligrafi dan Chopstick Master telah dijalankan di sekitar Dewan Orientasi manakala Berbalas Pantun dijalankan di dalam Dewan Orientasi. Pra-Ratu Gawai merupakan sesi penyediaan kostum ratu gawai dan model sebelum diperagakan di sesi petang. Tahun ini, bagi menggantikan Sepak Takraw bagi acara lelaki, pertandingan Baling Selipar telah dijalankan di padang di hadapan perpustakaan Dongyang Mirae University. Walaupun terdapat sedikit perselisihan faham di antara pihak penganjur dan pihak staf Dongyang Mirae University, pertandingan Baling Selipar berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Program dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat, Setiausaha Pertama Pendidikan dan Latihan Seoul, Pn Noor Aida binti Misran bersama suaminya yang telah memberikan sokongan penuh di setiap aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program berlangsung. Program berhenti sebentar untuk memberikan laluan kepada para pelajar dan peserta untuk berehat, makan dan menunaikan solat sebelum aktiviti diteruskan ke sesi petang.

Sesi petang dimulakan dengan pertandingan Berbalas Pantun peringkat akhir sebelum diteruskan pertandingan Ratu Gawai. Bagi pertandingan Ratu Gawai, 5 orang juri telah dipilih secara rambang daripada setiap batch bagi melibatkan lagi pelajar di dalam program kali ini. Ratu Gawai jelas menunjukkan bakat dan kreativiti seni pelajar dalam mereka dan memperagakan pakaian mengikut syarat-syarat yang telah dijelaskan. Program kemudian disambung dengan pertandingan Interpretasi Budaya. Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan ketika Hari Kebudayaan dijalankan dengan sedikit perubahan bagi setiap tahun. Tahun ini, tema telah ditetapkan bagi setiap batch melalui proses cabutan oleh wakil setiap batch 2 minggu sebelum program berlangsung. Batch 12 mendapat tema India manakala Batch 14 mendapat tema Cina dan batch 15 telah mendapat tema Melayu. Batch 13 dan 16 telah mendapat tema yang sama iaitu tema Borneo.

Program diteruskan lagi dengan aktiviti terakhir iaitu pertandingan Talentime dimana pelajar bebas untuk menunjukkan bakat masing-masing sama ada dalam bentuk kumpulan atau solo tanpa mengira batch. Talentime telah mendapat 5 penyertaan daripada pelajar iaitu “Khairil & Izzat” dan “Heart of Borneo Sound” yang melakukan persembahan akustik gitar dan nyanyian, “STLO Somebody to lean on” “Ya Salam” dan “Powerpuff Girls” yang melakukan persembahan tarian.

Hari Kebudayan kemudian ditutup dengan pengumuman pemenang bagi setiap pertandingan dan sesi bergambar. Berikut merupakan keputusan bagi pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan. Bagi pertandingan Ceper, tempat pertama dimenangi oleh batch 14, kedua batch 12 dan tempat ketiga batch 16. Bagi pertandingan Baling Selipar dijuarai oleh batch 12 diikuti batch 14 di tempat kedua dan batch 15 di tempat ketiga. Pertandingan Chopstick Master dijuarai oleh batch 12 dan batch 16 di tempat kedua serta batch 13 di tempat ketiga. Bagi pertandingan Kaligrafi dan Ratu Gawai, batch 15 telah memperoleh tempat pertama, batch 13 di tempat kedua dan batch 14 di tempat ketiga bagi kedua-dua aktiviti. Pertandingan Kolam dimenangi oleh batch 13 ditempat pertama, batch 14 di tempat kedua dan batch 12 di tempat ketiga. Bagi acara Berbalas Pantun pula, batch 13 mengekalkan kedudukan sebagai juara diikuti oleh batch 15 di tempat kedua dan batch 14 di tempat ketiga. Pertandingan Interpretasi Budaya dimenangi oleh batch 14 sebagai juara, batch 16 sebagai naib juara, batch 13 di tempat ketiga dan batch 15 dan 12 masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Pengiraan markah batch war bagi Hari Kebudayaan adalah seperti berikut. Kesemua pertandingan kecuali pertandingan Interpretasi Budaya; tempat pertama 5 markah, kedua 3 markah dan ketiga 1 markah. Bagi acara Interpretasi Budaya, tempat pertama 10 markah, kedua 7 markah, ketiga 5 markah, keempat 3 markah dan tempat terakhir 1 markah. Bagi Hari Kebudayaan 2016, batch 12 mendapat markah sebanyak 15 markah, batch 13 mendapat 22 markah, batch 14 mendapat 26 markah, batch 15 mendapat 12 markah dan batch 16 mendapat 16 markah terkumpul.

Tema Grand Annual Dinner 2016

[Pengumuman Tema PPMK Grand Annual Dinner 2016]

12031432_1020869918004560_6058866169665523888_o

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dengan sukacitanya kami ingin mengumumkan Grand Annual Dinner untuk tahun 2016 ini bertemakan dengan tema Vintage.
Vintage yang diambil dari kosa kata Bahasa Inggeris yang membawa unsur klasik, berkualiti tinggi walaupun dibawa dari era sebelumnya atau pun biasanya merujuk kepada stail pemakaian pada era sebelum ini. Dengan bahasa mudahnya vintage boleh diklasifikasikan sebagai

” Not too old to be called as antique but not too new to be called as modern”

Dengan harapan dengan tema Vintage ini generasi sekarang dapat mengimbas kembali nostalgia dan kenangan era dahulu dan dalam pada masa yang sama dapat mengadaptasikan dengan era kini serta dapat menjadikan masa masa berkualiti yang diluangkan sepanjang berada di Korea sebagai kenangan yang tidak akan hilang di mamah waktu.
Nantikan update dari kami mengenai tempat dan waktu berlangsungnya GAD Vintage ’16 pada masa masa akan datang.